Selepas bersalin badan terasa cukup ringan dan paling membanggakan dapat kembalikan berat asal seperti sebelum mengandung dahulu. Pun begitu biasanya tidak lama, selepas enam bulan, badan naik bagai dipam-pam.
Nak berdiet risaukan anak yang menyusukan badan? Jadi apa mak-mak nak buat untuk kembali langsing macam dulu? Ini panduan pemakanan sihat yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia. Tak perlu terlalu drastik, perlahan-lahan hingga nampak hasilnya. Jom cuba!
Nak turunkan berat badan ni sebenarnya mudah jika kita faham konsep yang sihat. Tak perlu pun siksa kan diri untuk tak makan atau skip makan.
Pertama, kena tengok aktiviti harian kita. Adakah kita aktif setiap hari? Adakah kerja kita memerlukan tenaga yang banyak? Adakah kita hanya duduk sahaja di tempat kerja?
Kedua, kena lihat apa menu harian kita. Apa yang kita biasa makan dan minum setiap hari.
Ketiga, kena tengok juga kita ada aktiviti lain tak yang memerlukan tenaga yang lebih, contoh macam kita menyusu badan ke atau kita lepas kerja ada tanggungjawab lain macam pergi berkebun ke.
Konsep dia senang saja. Untuk turunkan berat badan, kalori yang keluar mesti lebih dari kalori yang masuk.
Kalori yang keluar tu maksudnya tenaga yang kita guna seharian. Sebab tu tak semua orang sama sebab kerja kita, aktiviti kita tak sama. Ada orang yang kerja kuat contoh orang kerja buat bangunan, ada orang sedentari je macam sayalah hanya duduk di klinik dan tak banyak tenaga guna.
Err kalau tembak waterjet tak dikira sebab kalau setakat sekali je buat, itu bukanlah rutin, melainkan yang menjadi suri rumah, di mana setiap mana ada saja benda nak buat, bersih rumah la, masak la, kejar anak la.
Menu harian pun tak sama setiap orang. Nampak macam rumit tapi sebenarnya mudah, cuma perlu kesabaran dan kekuatan diri terutama dari segi mental:
Saya nak turunkan berat badan sebab saya nak sihat, saya nak turunkan berat badan sebab saya nak jadi cantik supaya nanti suami saya tak pandang perempuan lain, saya nak turunkan berat badan supaya saya mudah untuk solat, saya nak turunkan berat badan supaya nanti saya tak sakit lutut yada yada yada.
Bagaimana nak mula?
Pertama sekali, buang atau kurangkan dulu makanan/minuman manis dan fast foods serta jajan. Letak jauh jauh, jangan ambil dah. Kalau rasa susah, boleh kurangkan kuantiti dulu.
Kedua, mulakan dengan menyusun makanan dalam pinggan. Susun kat sini bukanlah bermaksud susun cantik cantik pun, susun ikut apa yang badan perlu setiap hari dan setiap menu besar : kena ada sumber karbohidrat, protein dan serat. Maksudnya, makan pagi, tengah hari, petang, pastikan ada semua ini. Kuantiti adalah suku karbo, suku protein, separuh serat.
Bunyi macam boring tapi kalau buat dengan betul, inshaAllah sangat membantu. Suku tu sama dengan segengam tangan kita, separuh tu ada sebesar tapak tangan kita.
Snek di antara makan utama, boleh pilih yang simple je contoh buah ke, biskut 2-3 keping ke atau salad.
Kemudian, latih diri untuk bersenam at least 3 kali seminggu. Tak perlu pergi jauh, dalam rumah pun boleh. Belajar dekat youtube atau boleh saja nak lompat bintang ka joging setempat ka atau kayuh basikal. Janji buat dan keluar peluh.
Kerja rumah dan kerja harian tak sama dengan bersenam ye. Yang terakhir, tukarlah semua minuman menjadi air kosong sebab air kosong tak ada kalori, tak kira sejuk atau panas.
Mula mula memang nampak semua yang saya taip ini payah tapi jika kita tak mula, sampai ke sudah kita taktahu. Cari kawan yang boleh support kita untuk turunkan berat badan atau sama sama boleh turunkan berat badan.
Tak perlu diet melampau sampai tak makan itu ini, sampai nak kena puasa lama lama sehingga boleh jadi gastrik, sampai stress sebab tak berjaya turun sekian sekian kilo.
Sabar. Penurunan berat badan yang bagus tak perlu mendadak pun. Yang penting kita selesa dan boleh istiqomah. Enjoy the journey okay.
Dan, yang paling penting adalah jangan tiru sesiapa atau cuba nak jadi seperti orang lain. Do it on your own pace and peace. Kita nak dapatkan berat ideal sebab kita nak sihat, bukan sebab kita nak menunjuk. Bersihkan hati dan niat kita, tuan puan.
InshaAllah kita semua boleh jadi ideal dengan cara yang sihat.
Be happy,be healthy and be wealthy!
Dr. Erna Nadia
Berat53kg, tinggi 159cm.
Menarik: Cantiknya Serba Pink, Ain Edruce Raikan Puteri Sulung, Majlis Aqiqah Serba Sederhana
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!