Anak tidak kira lelaki atau perempuan akan ada nakal. Irma Hasmie faham kalau ada sifat nakal, tetapi berharap anak terhindar daripada kedegilan dan perkara negatif. Harapan ibu ini mahu anak suulungnya mendalami Al-Quran.

Pelakon dan pengacara Irma Hasmie, menyatakan harapan buat anak sulungnya, Redza Syah Irfhan yang kini berusia 5 tahun. Katanya di Instagram, dia selalu mendoakan agar Irfhan menjadi anak soleh, dijauhi perkara negatif & kedegilan. Niat murninya untuk melihat Irfhan mendalami Al-Quran.

Nakal Itu Biasalah, Tapi Jauhkan Degil & Perkara Negatif. Irma Hasmie Mahu Anak Lelaki Faham & Dalami Al-Quran

irmahasmie Doa selalu jadi anak soleh…nakal tu mmy faham, tapi jauhkan sifat degil.. Nauzubillah, xmau perkara negatif.
Niat untuk Irfhan faham al quran, ada rezeki tahfiz insyaAllah bole usaha.
Moga dipermudahkan oleh Allah swt.
#redzasyahirfhan #irfhan5years

 

IKLAN

HARAPAN BUAT ANAK KEDUA DIBERIKAN AKHLAK YANG BAIK

Selain itu, Irma turut menyatakan harapan buat si adik, Iman Nur Naylie agar diberikan petunjuk dari Allah dalam membentuk akhlak yang baik. Irma berharap kedua anaknya mengikuti cara hidup Rasulullah SAW.

IKLAN

Ini sorang lagi… Doa lagi banyak2, minta sangat Allah jaga setiap saat umur die meningkat..moga akhlaknya sentiasa mendapat petunjuk Allah swt, terpelihara dari sebarang kejahatan.Mudah-mudahan dua2 anak mmy dekat dengan cara kehidupan Rasulullah saw.Allah.

Nakal Itu Biasalah, Tapi Jauhkan Degil & Perkara Negatif. Irma Hasmie Mahu Anak Lelaki Faham & Dalami Al-Quran

IKLAN

HARAP JADI IBU BAPA YANG KUAT, DIDIK BEKALAN AKHIRAT & BARZAKH DENGAN BAIK

Jadikan kami semua disini yang membaca ini menjadi ibu ayah yg kuat, melaksanakan tanggungjawab mendidik setiap anugerah zuriat kurniaan Allah pada kami ini sebaiknya dan tidak lari dari Quran dan Sunnah, ameenn ameeennn aaameeennn.


Ini lah bekalan kita di alam barzakh dan akhirat kan… #irmanurnaylie #naylie4years

Sumber: irmahasmie

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI