Isteri kepada Shahrol Shiro, pelawak terkenal, Hana Anna memohon doa ramai agar anaknya yang baru berusia 9 bulan agar diberikan kesihatan yang baik setelah doktor mengesahkan anaknya menghidapi penyakit buah pinggang kronik.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak disahkan tiada buah pinggang di sebelah kanan dan di sebelah kiri pula buah pinggang anaknya semakin membengkak.
Assalammualaikum. Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami. Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna.
Doctor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kene dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak. Anna mohon atas jasa baik kalian, doakan lah untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian. Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian.
Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAH😭😭.
Menurut Anna, naluri sebagai ibu merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana anak keduanya sentiasa tidak sihat walaupun secara fizikal bayi ini ceria dan nampak sihat.
Dia selalu demam on off, kalau tengok secara fizikal dia macam sihat sahaja tapi naluri ibu. Kita rasa macam ada tak kena
Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.
Sekarang Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik.
Rata-rata rakan artis dan juga warga maya mendoakan kesihatan buat baby comel ini. Semoga Ismail diberikan kesihatan berpanjangan.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki, Iskandar Rizqi (4 tahun) dan Ismail Rifqi (9 bulan).
Kredit: Anna Hanna
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/