Sama seperti ibu bapa lain, Nedim Nazri yang baru menimang cahayamata pertama dengan pelakon Nora Danish turut rasa tersentuh dan sedih melihat keadaan bayi yang menghidap penyakit ekzema krtitikal yang dikongsi di sosial media.
Justeru selepas terbaca posting dikongsi oleh admin Instagram lawak_ker_der, Nedim menulis di bahagian komen memaklumkan sedia untuk menaja kos perubatan bayi tersebut termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.
“Salam. Boleh periksakan budak kena ekzema tu. Saya nak sponsor sepenuhnya untuk berjumpa doctor saya di KL. Saya akan tanggung hotel, penerbangan untuk ibu dan bapa, dan juga kos perubatan. Terima kasih,”tulisnya.
Nedim juga turut meminta netizen memaklumkan hasratnya itu kepada ibu bapa bayi berkenaan kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook.
Menerusi perkongsian di instagram tersebut, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang ayah bernama Danial Rayyan yang meminta rakan-rakan facebooknya mendoakan keadaan bayinya yang berpenyakit ekzema kritikal.
Danial Rayyan juga memberitahu setiap minggu bayinya perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.. Anak saya disahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal. Saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan. Setiap minggu baby refer di HSA JB. Saya mohon doakanlah anak saya semoga sembuh dari penyakitnya. Terima kasih,” tulisnya.
Ramai netizen memuji usaha Nedim serta berbangga dengan niat murninya hendak membantu bayi tersebut. Mereka juga mendoakan Allah permudahkan urusan beliau dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Sumber: Sinar Harian , Instagram Nora Danish & Instagram lawak_ker_der