Kehamilan

“Nama Anak Sebelum Kahwin Dah Pilih.” Remy Ishak Suka Gabungan Nama, Teruja Bakal Jadi Ayah!

Share

Aktor berbakat besar, Remy Ishak, telah diketahui ramai bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi. Katanya, dia sudah pun menyediakan senarai nama buat bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Sumber foto: Instagram Remy Ishak

Remy turut berkongsi bahawa pemilihan nama untuk anaknya sudah dibuat sebelum berkahwin dengan isteri tercinta, Ezza Yusof.

“Nama anak sebelum kahwin lagi saya dah pilih, kalau dapat bayi perempuan nama apa. Kalau lelaki pun dah ada senarai.”

Menurut portal mStar, dia ada berbincang dengan isteri tentang nama-nama yang disukainya. Memandangkan isterinya itu jenis ‘sempoi’, maka tiada sebarang masalah dalam pemilihan nama anak.

Baca Juga:

“Ingatlah, Allah SWT Sentiasa Melihat.” Fazura Luah Rasa Kesal Kes Pengasuh & Taska Tak Bertanggungjawab

“Baru Seronok-Seronok Jaga Baby, Kena Masuk Wad.” Usia 26 Hari, Anak Safwan Nazri Dijangkiti RSV

“Wait, Sabar.” Video Anak Zahirah MacWilson Tahan Diri Makan Coklat Buat Ramai Kagum. Cerdik!

Sumber foto: Instagram Ezza Yusof

Kata pelakon yang pernah menjayakan filem Sangkar bersama teman aktor, Zul Ariffin ini lagi, dia sememangnya sukakan gabungan nama.

“Sejak dulu lagi saya memang suka cipta gabungan nama tapi bukan merujuk kepada individu tertentu.”

Turut memberitahu yang dia tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan dan amat bersyukur diberi rezeki untuk menimang cahaya mata pada usianya 40 tahun.

Sumber foto: Instagram Ezza Yusof

Turut berkongsi keadaan isterinya yang sedang hamil sangat baik dan tidak mengalami alahan seperti orang lain tetapi lebih sensitif dari biasa.

Teruja bakal menjadi seorang ayah, Remy seakan-akan tidak percaya dan perasaannya juga bercampur-baur. Turut melahirkan rasa bimbang dengan didikan yang akan diberikan kepada anaknya dengan cabaran dunia sekarang.

“Zaman dah berbeza, itulah yang buatkan saya risau nak mendidik anak. Takut tersalah didik pula tapi doakan yang baik-baik buat saya dan isteri.”

Sekadar recap, Remy dan Ezza melangsungkan perkahwinan pad 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H