Sekian lama menanti, akhirnya selepas seminggu kelahiran pasangan kembar kedua angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos mengumumkan nama pilihan mereka buat si kembar comel.
Menerusi satu entri di instagramnya pagi tadi, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi nama yang menjadi pilihan buat anak kembarnya. Nama indah dengan makna yang cukup sempurna.
“Eusoff & Emelia, nama yang diberi untuk pasangan kembar kami.
“Sheikh Eusoff & Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain,” katanya berkongsi di instagram.
Nama yang cukup indah, sama seperti nama kakak dan abang-abangnya, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan pastinya Sophea Emelia.
Malah menerusi entri yang sama, bapa penyayang ini juga turut mendoakan agar perjalanan dua anaknya ini dipermudahkan, menjadi insan soleh dan solehah serta menjadi anak yang mampu berbakti kepada ibubapa serta ummah malah taat kepada Allah SWT.
Ads
“Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Solehah.
Berkehendak & Bertuhan kepada Allah, Berbakti kepada IbuBapa, Berilmu & Beriman, Berpaksi kepada Kebenaran, Berbakti kepada Ummah, Berjaya Dunia Akhirah,
“Sebagai ayah, ku pohon doa, makbulkan doaku di hari baraqah ini,” katanya lagi sambil mengharapkan yang terbaik buat dua anaknya ini.
Sejak kelahiran bayi kembar kedua mereka pada Jumaat, 20 November lalu, baik Dr Sheikh Muszaphar mahu pun Dr Halina di lihat sering berkongsi beberapa gambar dan video kembar mereka.
Ads
Seronok melihat video-video yang dikongsikan, penuh emosi dan keterujaan menyambut kelahiran bayi kembar yang cukup bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.
Semoga bayi comel, Eusoff dan Emelia menjadi pelengkap bahagia Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga.
Ads
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dan kini Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Jumaat, tanggal 12 Februari, pelakon dan pengacara cantik manis, Scha Alyahya sudah pun selamat melahirkan bayi keduanya di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Sejurus memaklumkan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram, Scha dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan keduanya itu.
Hasil tinjauan Pa&Ma, hantaran yang dimuat naik Scha mengenai kelahiran bayi keduanya itu menerima lebih 5 ribu komen yang mengucapkan tahniah atas kelahiran itu. Malah menerima lebih 306 tanda suka daripada seluruh pengikutnya di Instagram.
Semalam menerusi Instagram, Scha tampil berkongsi gambar suami kesayangannya, Awal Ashaari yang setia menemaninya malah menjadi orang kuat menyokongnya saat menanti detik mencabar di hospital.
Kapsyen ringkas dari Scha namun cukup bermakna bagi menggambarkan betapa dia menghargai jasa yang dilakukan suaminya.
“Real heroes dont wear capes, they wear blankets.
“Thank you Daddy, we love you,” tulis Scha ringkas tapi cukup bermakna.
Perkongsian Scha dengan sekeping gambar Awal memangku bayi mereka itu mendapat pelbagai reaksi dari seluruh rakan selebriti juga peminat Scha.
Bukan itu sahaja malah Scha turut berkongsi video pendek Awal yang tidur di kerusi dengan hanya memakai selimut.
Lebih menarik lagi, Scha sempat mengusik ayah kepada dua cahaya mata itu di Instastorynya. Seronok melihat gelagat Awal di bilik khasnya, di hospital ketika menemani Scha.
“Cukup tidur tak?
“Sebab mommy tak kacau awak,” kongsi Scha.
“Mommy pulak bagus lah this time around, mommy boleh buat semua sendiri,” kata Awal berseloroh.
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini Datuk Jamal Adillah ada memaklumkan isteri kesayangannya, Datin Zai Izzati Khiruddin akan melalui proses kelahiran secara pembedahan.
Terbaharu, dia berkongsi berita baik isterinya telah selamat bersalin anak perempuan. Datin Zai melahirkan bayi seberat 2.94 kilogram semalam.
Bayi tersebut merupakan anak keempat pasangan itu dan dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
“Alhamdulillah isteri dah selamat melahirkan cahaya mata kami. Memanglah gembira dan teruja dapat baby baru.”
Bayi perempuan itu telah diberi nama Rahil Laura Salsabila yang membawa maksud air mata syurga.
Bercerita mengenai sambutan hari raya yang bakal tiba, Datuk Jamal mengatakan kemeriahan pasti dirasai dengan kehadiran ahli keluarga baharu dalam famili mereka.
“Yang sebelum ni usianya setahun. Sekarang dah tambah lagi seorang, memang seronok nak sambut raya kali ini.”
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani dan Iskandar Rayyan Yamani.
Selain empat orang cahaya mata bersama Datin Zai, melalui perkahwinan sebelum ini Datul Jamal mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Tumpah darah selepas bersalin juga dikenali sebagai post partum haemorrhage (PPH). Ianya dibahagi kepada primary PPH sekiranya pendarahan dalam tempoh 24 jam selepas bersalin manakala secondary PPH pula pendarahan yang berlaku selepas 24 jam sehingga 6 minggu.
Menurut penjelasan daripada Dr Mohd Haizal Mohd Nor, Konsultan Obstetrik & Ginekologi dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) antara faktor penyebab kepada PPH ini adalah:
Genital tract trauma semasa kelahiran
Kandungan kembar atau kelahiran anak yang besar (macrosomic baby)
Cebisan uri yang tertinggal di dalam Rahim
Rahim yang tidak mengecut selepas kelahiran (uterine atony)
Golongan manakah yang berisiko tumpah darah selepas bersalin?
Beberapa golongan yang berisko untuk mengalami tumpah dara selepas bersalin, antaranya: –
Mereka yang mengandung di dalam keadaan rahim yang besar seperti kandungan kembar atau air ketuban yang berlebihan (polyhydromnious)
Ibu ibu yang melahirkan di dalam keadaan yang lama (prolonged labour)
Ibu ibu melahirkan lebih dari enam kali
Keadaan uri yang di bawah (placenta previa)
Ibu ibu yang mempunyai masalah kesihatan semasa mengandung seperti darah tinggi (PIH)
Jangkitan kuman di dalam rahim
Dalam tempoh berapa lama boleh berlaku tumpah darah? Sejurus selepas bersalin atau semasa berpantang?
Seperti mana yang dikatakan tadi, tumpah darah ini dibahagi kepada Primamry PPH yang berlaku di dalam tempoh 24 jam selepas bersalin manakala secondary PPH berlaku 24 jam selepas bersalin sehingga habis masa tempoh pantang
Apakah simptom-simptom tumpah darah selepas bersalin?
Simptom utama tumpah darah selepas bersalin bagi Primary PPH ialah ibu ibu akan mengalami pendarahan yang berlebihan (melebihi 500 ml pendarahan sekiranya beranak secara normal atau pendarahan melebihi 1000 ml sekiranya beranak secara pembedahan atau caesarean). Manakala bagi pendarahan Secondary PPH pula, ibu ibu akan mengalami pendarahan yang berlebihan dari kadar yang biasa semasa pantang dan selalunya akan mengeluarkan bersama ketulan darah.
Adakah tumpah darah boleh menyebabkan kematian kepada si ibu?
Pendarahan yang berlebihan dan sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera, kematian kepada ibu yang mengalami tumpah darah boleh terjadi.
Apakah yang perlu dilakukan si ibu jika berlaku tumpah darah ketika berpantang di rumah?
Langkah yang sepatut diambil oleh ibu ibu dan juga para suami ialah mebawa pesakit tersebut ke hospital dengan kadar segera bagi merawat keadaan pesakit tersebut
Apakah rawatan yang diberikan di hospital?
Rawatan utama yang akan diberikan kepada ibu ibu yang mengalami tumpah darah adalah:
Memastikan ibu ibu stabil, sekiranya perlu blood transfusion diperlukan
Mengenalpasti punca punca tumpah darah dan merawat punca tersebut
Pembedahan (hysterectomy) adalah jalan terakhir bagi menyelamatkan nyawa ibu
Apakah yang perlu dilakukan jika setelah rawatan diberikan, si ibu masih mengalami tumpah darah?
Ibu ibu yang pernah mengalami sejarah tumpah darah harus:
Memaklumkan kepada petugas atau pusat kesihatan berdekatan agar lawatan susulan dapat dilakukan dan memberi perhatian kepada ibu bersalin tersebut
Pastikan ibu ibu yang mengalami tumpah darah boleh menyusu badan kerana pendarahan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan susu badan terbantut. Sekiranya ini terjadi, ibu ibu dinasihatkan berjumpa doctor bagi membuat rawatan lanjut.
Sekiranya ibu ibu mengandung lagi, maklumkan kepada petugas atau doctor terlibat bahawa ibu ibu pernah mengalami sejarah tumpah darah di dalam kandungan sebelum ini dan ini penting bagi doktor doktor yang akan merawat ibu bersedia menghadapi kemungkinan yang sama
Dinasihatkan agar ibu ibu mengawal beberapa risiko seperti mengelakkan kelahiran bayi yang besar dengan menjaga pemakanan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.