Perkara paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir. Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik. Itulah impian semua ibu bapa.
Perkongsian pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai malah boleh juga dijadikan panduan untuk ibu hamil lain mencari nama anak.
Kongsi Mira menerusi perkongsian Instagram suaminya, Wan Emir Astar, dia dan suami sepakat mencari nama Wan Khair Amir melalui apps tersebut.
Paling menarik, dengan hanya menyebut nama kesukaan, beberapa surah ditunjukkan beserta makna dan tafsirannya sekali. Bagus untuk kita semua.
“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.
“Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah,” kongsi Wan Emir melalui kapsyennya di Instagram.
Ads
Melalui hantaran yang sama, ayah kepada Wan Khair Amir ini juga turut memberi panduan untuk mencari nama terbaik buat anak itu secara tutorial agar lebih difahami oleh pengikutnya dan Mira di IG.
Dengan hanya menyebut perkataan atau ayat yang menjadi pilihan, terus sahaja dibukakan pilihan nama mengikut ayat-ayat Al-Quran. Memang terbaik!
Kongsi Wan Emir lagi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa untuk mencari nama yang baik buat anak-anak. Malah nama yang baik inilah yang disarankan oleh Rasullullah SAW.
Dapatkan Karangkraf Al Quran Multazam A4 dengan kod diskaun RM5, menggunakan kod PNMGSP5 ini di SINI.
Ads
Suami penyayang ini juga turut mendoakan nama pilihannya dan Mira menjadi nama yang dapat membawa anak kesayangan mereka ke jalan Allah dan sentiasa menjadi insan yang lebih baik dalam segala hal.
“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang:
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya berkongsi.
Dalam sesebuah hubungan, suami lebih suka menjadi pemerhati. Namun dalam rumah tangga, orang perempuan terutamanya isteri sentiasa harapkan pujian. Walaupun dah mempunyai anak, pujian itu dianggap sesuatu yang mahal dan sangat bermakna.
Sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’ tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban bagi membuktikan cinta mereka serta boleh hidup susah dan senang bersama.
Seorang isteri, kecantikannya mula jatuh nombor dua selepas mempunyai anak. Bukan tak nak bergaya, kadang lepas bersalin berat susah nak turun, perut mengeleber, strecth mark masa mengandung jadi parut kekal dan sebagainya.
Namun perkara ini bukan satu masalah buat isteri, kerana dia tetap akan bagi zuriat buat suami selagi ada rezeki. Cumanya bagi pihak suami, pengorbanan isteri ini mereka tak nampak sangat kerana yang dinilainya adalah kecantikan masa zaman anak dara.
Justeru itu, buat suami anda sepatutnya bangga dan hargai wanita yang bergelar ibu buat anak-anak kita. Belum tentu yang kita nampak cantik itu boleh membahagiakan kita sehingga akhir hayat.
Suami yang dihormati..
Parut dan regangan pada perut isterimu melambangkan kesakitan yang datang dengan cinta dan kehidupan. Ingat betapa indahnya dia ketika dia adalah isterimu yang baru-baru kamu nikahi, dia masih wanita yang sama yang kamu jatuh cinta!
Perbezaan sekarang ialah, dia telah memberikan zuriat, dia telah memberikan kehidupan, dia telah memberkatimu dengan sebuah keluarga.
Jangan abaikan isterimu, hargai setiap tanda regangan dan parut yang ada. Jangan tinggalkan isterimu kerana hodoh perutnya, di mana dia menempatkan zuriatmu berbulan-bulan.
Parut dan tanda regangan itu mewakili cintanya kepadamu, kesakitan yang dilaluinya selama 9 bulan adalah bukti kasih sayangnya yang tiada batas sempadan untukmu.
Suami yang dihormati, jangan sakitinya, jangan lukakan hatinya, jangan menghinanya. Hargainya dia dan tunjukkan cinta yang lebih kepada wanita itu, ISTERIMU wahai suamiku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami isteri mana yang tak teruja menanti kelahiran anak pertama. Begitu juga bagi Anzalna Nasir dan suaminya yang bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.
Teruja dengan kelahiran ini, aktres cantik ini sudahpun mempersiapkan sebuah bilik tidur yang baru dihias indah. Anzalna menerusi instagramnya berkongsi foto bilik tidur yang baru siap dihias buat anak lelakinya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“His room is ready!” tulisnya ringkas di instagram.
Setiap sudut ruangnya dihias indah dengan tema warna kelabu dan putih. Di satu sudut lagi diletakkan patung teddy bear bersaiz besar, bewarna putih. Cukup selesa malah perinciannya kemas, tersusun dan minimalis, sesuai untuk menyambut si comel.
Paling menarik, Anzalna turut memuat naik video keseluruhan bilik buat si comelnya ini. Tulisnya, “Kami sudah bersedia untuk berjaga malam dan lakukan apa saja boss!” Sangat cute!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna memuji bilik tidur tersebut, ada juga yang menyamakannya seperti bilik pengantin.
“Lawanya…Macam bilik pengantin,” tulis netizen.
“Selalunya nampak baby boy colour biru je, yang ni cantik”
Sedang sarat hamil lapan bulan, bayi lelaki di dalam kandungan Anzalna bakal dilahirkan pada bulan hadapan. Peminat pastinya tak sabar menantikan kelahiran si cilik boss!
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam berumah tangga, perselisihan faham itu biasa. Cuma pasangan perlu tahu macam mana untuk pastikan keadaan ini tak berterusan. Seorang isteri dia hanya harapkan rumah tangga dibina dapat berkekalan dan boleh sama-sama mengecapi bahagia.
Seperti perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, beliau berkongsi walau apa sekalipun yang berlaku pada suami, isteri tak pernah nak minta yang bukan-bukan berlaku pada suaminya.
Suami perlu ingat, isteri tak pernah mendoakan hal buruk untuk suaminya walau macamana pun perangai suami.
Isteri juga takkan pernah doakan suaminya ditimpa ujian berat walau saat itu seorang isteri sedang diuji berat dari segi hati dan mentalnya.
Isteri juga tak pernah minta suaminya dihukum oleh Tuhan biarpun dosa yang telah disaksikannya tak boleh diterima akal.
Dia sabar. Yang dia minta, Allah beri suaminya hidayah. Buka pintu hati dan berubah demi masa depan keluarga.
Dia sabar. Kerana harapannya besar. Dia tahu dia sedang berusaha menyelamatkan syurga yang kalian cipta saat dia mendengar lafaz suami berkata, “aku terima nikahnya…”
Maka, para suami. Dengarlah rintih dan kasih sayang seorang isteri. Saat kalian penat dan sudah mulai bosan dalam rumahtangga, janganlah terus menerus lukakan hatinya.
Galilah semula keindahan berumahtangga. Ingat semula tanggungjawab dan keseronokkan awal percintaan dahulu.
Ingat semua momen-momen manis. Sebelum tidur, janganlah sibuk dengan handphone dan game sahaja. Semua itu tolak tepi. Duduk sebelah isteri dan belainya perlahan-lahan.
Belaian itu bukan sahaja untuk melembutkan hati isteri namun sentuhan mesra itulah yang akan menambah rezeki buat suami selepas ini.
Mula terus hari ini. Cipta semula keharmonian. Suburkan ikatan mesra. Berdamailah dengan cinta dan kasih sayang.
Percayalah apa yang kalian cuba lakukan hari ini akan menentukan kebahagiaan kalian untuk 5,10 tahun bahkan sepanjang hidup berumahtangga.
Semoga semakin ramai pasangan di luar sana menemui kebahagiaan dan kecintaan sejati. Tok Abah sentiasa berdoa.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didapati terbabit buli fizikal termasuk bersubahat dengan perbuatan itu akan ditamatkan pengajian.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk...