“Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah” Mira Filzah & Suami Kongsi Tutorial Pilih Nama Anak Guna Apps!

Share

Perkara paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir. Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik. Itulah impian semua ibu bapa.

Perkongsian pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang mencari nama anak sulungnya menerusi apps menarik perhatian ramai malah boleh juga dijadikan panduan untuk ibu hamil lain mencari nama anak.

Kongsi Mira menerusi perkongsian Instagram suaminya, Wan Emir Astar, dia dan suami sepakat mencari nama Wan Khair Amir melalui apps tersebut.

Paling menarik, dengan hanya menyebut nama kesukaan, beberapa surah ditunjukkan beserta makna dan tafsirannya sekali. Bagus untuk kita semua.

“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.

“Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah,” kongsi Wan Emir melalui kapsyennya di Instagram.

Melalui hantaran yang sama, ayah kepada Wan Khair Amir ini juga turut memberi panduan untuk mencari nama terbaik buat anak itu secara tutorial agar lebih difahami oleh pengikutnya dan Mira di IG.

Dengan hanya menyebut perkataan atau ayat yang menjadi pilihan, terus sahaja dibukakan pilihan nama mengikut ayat-ayat Al-Quran. Memang terbaik!

Kongsi Wan Emir lagi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa untuk mencari nama yang baik buat anak-anak. Malah nama yang baik inilah yang disarankan oleh Rasullullah SAW.

Dapatkan Karangkraf Al Quran Multazam A4 dengan kod diskaun RM5, menggunakan kod PNMGSP5 ini di SINI.

Suami penyayang ini juga turut mendoakan nama pilihannya dan Mira menjadi nama yang dapat membawa anak kesayangan mereka ke jalan Allah dan sentiasa menjadi insan yang lebih baik dalam segala hal.

“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang:

“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,
maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya berkongsi.

 

Terdahulu, anak pasangan ini, Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei lalu dan kini berusia hampir tiga bulan.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM