Selamat menyambut kelahiran anak perempuan keduanya pada 25 Jun lalu, pelakon Fizo Omar tampil berkongsi nama cinta hati terbarunya itu kepada umum.
Memilih nama yang ringkas dan indah, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sepakat memilih nama Wan Khaleeda buat bayi sulung mereka.
Menerusi Instagramnya, Fizo turut memuat naik video ketika melakukan pendaftaran kelahiran bayinya itu. Tidak hanya menunjukkan sijil kelahiran dengan nama yang dipilih bahkan Fizo turut berkongsi senarai dan tip untuk proses mendaftarkan kelahiran anak.
“Wan Khaleeda binti Wan Hafizol ✅.
“Dah nak setahun dah kawen baru ambik sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby.
“Daddy baru nak up macam ni la. Daddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat k,” kongsinya.
Ads
Bagi memudahkan ibu bapa baru lain untuk membuat pendaftaran, Fizo turut berkongsi dokumen yang perlu di bawa semasa mendaftar kelak.
“Abe Joe share pengalaman dan checklist apa yang daddy-daddy di luar sana perlu bawak untuk mendaftar kelahiran anak ni.
Ini check list yang disenaraikan Fizo untuk memudahkan semua.
* Ic bapa (original dan photostat) * Ic ibu (original dan photostat) * Sijil perkahwinan (original dan photostat) * Kad pranatel (check up baby sebelum bersalin)
Ads
Tempoh pendaftaran tak boleh melebihi 60 hari.
“Rasa-rasa macam tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry,” kongsi Fizo berseloroh.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Fizo di Instagram turut memuji nama ringkas tapi bermakna yang menjadi pilihan Fizo dan isteri. Ringkas tapi sedap kata wargamaya.
Terdahulu, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada 25 Jun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Untuk ibu ayah yang bekerja, salah satu kegusaran apabila terpaksa meninggalkan anak sama ada di taska mahupun rumah pengasuh. Bukan mudah kita buat keputusan untuk membiarkan orang lain menjaga anak kita kan? Apatah lagi dengan macam-macam kes yang ada sekarang, buat kita rasa susah hati.
Namun, bukanlah semua pengasuh sambil lewa dalam soal penjagaan anak. Dengan rasa tanggung jawab serta keikhlasan menjaga anak kita, kadang-kadang mereka lebih rapat dengan pengasuh. Sampai tak nak pula dengan ibu ayah sendiri! Itulah tanda anak kita selesa dan menyayangi pengasuh mereka. Bila dapat pengasuh yang baik macam ni, ia adalah satu REZEKI yang harus kita hargai.
Seperti yang dikongsikan di Tiktok araa_vaniella ni, kelihatan anaknya berada dalam dukungan pengasuh yang dikenali sebagai Patti. Bila melihat si ibu, anaknya terus memalingkan wajahnya ke belakang umpama tak mahu mengikutnya. Comel sungguh dia memanggil Patti sebagai Emak.
Rupa-rupanya ia bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Patti menjaga anaknya dengan baik sehingga bayi perempuan itu tak mahu balik rumah. Menurut ibu ini lagi, anaknya itu kini berumur 7 bulan dan Patti telah menjaganya selama empat bulan. Perkataan pertama anaknya adalah Emak, sedangkan Ibu dan Ayah tidak disebut pun.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Wean off anak susu ibu adalah tugas paling berat dan mencabar bagi seorang wanita yang menyusukan anaknya. Ia memerlukan kerjasama daripada dua pihak iaitu ibu dan anak sendiri.
Ketika proses ini ia akan melibatkan emosi ibu dan anak saling berperang antara rasa sedih, tak sampai hati dan pelbagai lagi perasaan. Hanya kekuatan dan kekentalan hati ibu yang mampu meneruskan proses tersebut hingga berjaya.
Perkongsian melalui proses wean off oleh Puan Intan Dzulkefli diharap bermanfaat kepada ibu-ibu menyusu yang sedang dalam usaha untuk bercerai susu dengan anak yang sudah melewati usia lebih 2 tahun. Semoga berjaya, paling penting ibu kena cekalkan hati!
WEAN OFF ANAK TANDEM NURSING
Alhamdulillah, hari ini masuk minggu kedua proses wean off kakak Maira. Last two weeks birthday anak solehah yang ke-3 tahun, alhamdulillah. Maknanya genap 3 tahun ummi fully bf kakak, sekali tandem dengan adik Insyirah (1y4m).
Sehari dua minggu pertama haritu, mengamuk sakan dia waktu nak tidur bila tengok adik menyusu tapi dia tak disusukan sekali. Menangis, mengamuk, menjerit marah. Memang dia geram sangat ummi tak pedulikannya. Namun, ummi tetap keraskan hati. ‘Maaf kakak, this time, no matter what, my answer will still be NO,’
Hari kedua, ketiga, dia dah tak begitu, dia guna teknik memujuk lembut pula. Pandai dia nak tackle ummi.
Bila kakak Maira pujuk ummi, “ummi tak sayang kakak ke? Kakak kan nak susu ni?”
Ummi pujuk kakak elok-elok, “ummi sayang… tapi kakak dah besar, nak school dah, tak boleh susu ummi dah..” & distract dia dari nak susu, buatlah aktiviti yang melekakan dia.
Ini bukanlah percubaan pertama, bahkan entah berapa kali sejak Maira masuk 2y3m. Paling serius sejak awal tahun ni, bila umurnya menjengah 2y8m atas faktor ummi rasa nak surrender, tak larat dah nak tandem nursing memandangkan fizikal Maira pun dah berat. Kadang unintentionally membuatkan ummi selalu emosi (baca : stress) sebab sakit pinggang, rasa tak selesa. Allah, the struggle is real, the pain is real.
Sampai satu masa, waktu menyusukan anak-anak sambil menangis sebab stress. Terfikir, takkanlah nak sambung lagi sampai Insyirah wean off? Ya Allah… waktu tu Maira dah nak masuk 4 tahun! Allahu.. tak boleh nak imagine.
Wean off bukan untuk menzalimi anak, bukan kerana tak sayang, tapi kerana sudah cukup haul. Ini pun dah extended contract selama setahun.
Satu hari, ambil masa meluahkan & terus terang dengan suami, heart to heart. Sebelum ni memang selalu bincang bersama, namun kali ni saya lebih clear, terus terang saya dah tak mampu nak continue sebagaimana yang orang luar suggest untuk ikutkan sahaja Maira sampai dia sendiri stop. You should help & support me, kata saya kepada suami. Suami bagi cadangan (ikut tip dari pembacaan & sharing kenalan) untuk letak asam jawa/nescaffe supaya Maira reject.
Saya kata, saya tak nak buat macam tu. Maira anak cerdik solehah, insyaAllah dia faham. Tak perlu gunakan taktik sebegitu, fikir saya. Tapi kita kena sabar, konsisten & be bold.
Saya minta suami tolong take over Maira bila saya tidurkan Insyirah sebab waktu nak tidurlah biasanya dia paling bersungguh request nak susu hingga kadang boleh berkecamuk mood saya kalau handle mereka seorang diri (apabila suami perlu kerja lebih masa).
Inilah 8 PERKARA yang kami buat untuk support Nur Humairah stop menyusu & minta susu;
1) SET MINDSET. Ibu perlu kuatkan tekad, semangat & fokus. Bila ibu tekad, anak pun dapat rasakannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam, anak boleh tahu bila kita tak serius. Sentiasa ulang, “kakak dah tak boleh susu dengan ummi, kakak dah besar, kakak minum guna cawan, kakak nak school. Yeay! Budak cerdik solehah dah tak susu ummi.”
2) JANGAN PROVOK. Untuk permulaan, elakkan provok dia dengan menyusukan adiknya depan dia. Cover sikit bagi dia tak nampak. Macam saya, saya menyusu waktu layan dia melukis & menulis di meja, adik terlindung di bawah meja.
3) JAGA MAKAN MINUM. Pastikan up portion makan & minumnya supaya dia tak lapar & haus. Untuk elak dia request nak susu. Sebelum tidurkannya, pastikan dia kenyang untuk elak dia terjaga malam & menangis minta susu pula. Standby siap-siap air kosong incase kalau dia bangun minta air.
4) BANYAKKAN PUJI. Puji dia bila melepasi satu-satu fasa tanpa menyusu. Contohnya dah 48 jam dia tak menyusu, pujilah, “bagusnya kakakkkk… kakak dah 2 hari tak menyusu dekat ummi pun. Haaa.. macam tulah anak cerdik solehah..” mesti dia tersipu..
5) BANYAKKAN AKTIVITI. Galakkan anak beraktiviti pada siang hari & elakkan dia tidur siang. Biar dia keletihan, supaya mudah tidur malam & nyenyak tidurnya.
6) PERANAN SUAMI. Minta suami tolong tidurkan anak yang nak wean off. Suami saya contohnya akan bawa Maira jalan-jalan naik kereta waktu saya susu & tidurkan Insyirah. Biasa bila kena aircond, kalahlah dia.
7) KAWAL EMOSI. Semasa proses wean off, jangan sesekali marah anak bila dia mengamuk. Bimbang tercedera emosinya. Fikir ummi abi dah tak sayangkan dia & sisihkan dia kerana adik. Adik susu boleh, kenapa kakak tak boleh? Tak sayang kakak ke? So jelaskan dengan lembut secara berulang-ulang. Banyakkan pujukan, pelukan, ciuman, pujian.
8) DOA & DOA. Tip paling penting, banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan wean off. Kejayaan usaha hamba ialah bila dia meminta pertolongan Allah sejak dari mula, insyaAllah. Nak tidurkan anak tanpa mengempeng, banyakkanlah doa & zikir minta hati anak lembut & lapang dada.
Alhamdulillah, ummi ambil keberkatan bulan Ramadhan untuk buat solat sunat & doa minta sungguh-sungguh agar mudah Maira wean off, seolah dia lupa terus dia perlu menyusu tanpa perlu drama air mata yang tentunya akan buat ummi tersentuh.
Hanya ini sahaja yang kami praktikkan. There’s no secret tips. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Namun, saya pasti, lain anak, lainlah caranya. Harapnya perkongsian ni membantu sedikit sebanyak buat yang ‘sekapal’.
Semoga akan dipermudahkan segala urusan semua ibu yang sedang berusaha untuk wean off anak tandem nursing yang sudah cukup haul. Amiin.
Memang lumrah ibu-ibu, walaupun sakit tetap akan melakukan kerja rumah dan tetap menjalankan tugas sebagai ibu serta isteri. Penat macam mana sekalipun para ibu tetap tidak akan berhenti dan berehat. Baginya, selepas berkahwin hidup hanyalah untuk suami dan keluarga.
Tapi ibu-ibu perlu ingat, sekuat mana pun kita usaha untuk melaksanakan tugasan kita. Kita tetap memerlukan rehat. Ambil masa dan tenangkan diri, buatlah terapi diri yang anda sukai kerana ibu-ibu juga manusia biasa. Jika bukan anda yang meraikan diri sendiri, siapa lagi kan?
It’s OK Mommy…
It’s OK Mommy untuk take a break dari melayan anak bermain dan memintanya bermain sendiri pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari memasak dan memberi anak makan apa saja yang ada di rumah, asalkan kenyang pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari sesi pengajaran akademik dan membiar anak menonton kartun dari ipadnya pada hari ini.
It’s Ok Mommy untuk take a break dari mengemas dan mencuci lalu bergolek saja senang hati layan YouTube pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari mengurus rumah dan anak-anak untuk melepak sebentar bersama kawan-kawan pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari tidurkan anak on time demi layankan movie best di Netflix pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari habit pantang nampak makanan kegemaran anak di kedai pasti nak belikan dan beli saja apa anda mahu untuk diri sendiri pada hari ini.
Tidak ada sesiapa yang akan berikan ibu cuti jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada sesiapa, TERMASUK anak- anak, boleh buat ibu gembira jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada anak yang gembira memiliki ibu yang tak hidup dengan gembira.
Pemandangan indah yang terpampang di depan mata hanya MAMPU DI NIKMATI ANDAI
KITA MEMILIH UNTUK BERHENTI SEKETIKA.
Maka ibu belajarlah untuk berhenti seketika.
Kerana
Urusan hidup dan tanggungjawab tidak akan pernah selesai samada ibu pilih untuk take a break atau tidak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱