Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian merupakan nama terpanjang di Malaysia dalam rekod jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini. Setelah namanya diumumkan, ibu kepada Princess tampil menjelaskan semuanya akibat dikecam netizen.
Assalamualaikum
Terutama sekali terima kasih dan alhamdulilah di atas segala nikmat dan kurniaan dari Allah S.W.T.
Terima kasih juga kepada Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya yang telah pun mengumumkan bahawasanya setakat ini nama anakanda Puteri Tujuh adalah nama yang terpanjang dalam rekod JPN dan Malaysia.
Bukan nak cari publisiti, bukan nak glamour. Abang dia pun pemilik nama yang panjang. Manakala kakaknya juga begitu
Banyak pihak yang bertanya tak kesian ke nama anak panjang panjang, nak angkat nikah susah dan sebagainya
Jawapan puteri mudah
Apa nak susah, Allah kan ada. Kalau Allah tak izin nama mereka pun tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Dah termaktub dan sudah tertulis. Allah lebih berkuasa biarpun puteri mahupun ayahanda mereka bercadang mahupun berhajat. Kalau Allah tidak izin maka ianya tidak akan berlaku. Doakan yang baik-baik. Allah permudahkan urusan mereka kelak. Amin
Ingin puteri katakan disini bukan sahaja Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra memiliki nama yang panjang. Sebenarnya abang dan kakaknya juga sama.
Setakat ini alhamdulilillah Islam tidak melarang meletakkan nama anak-anak terpanjang namun Islam menggalakkan nama anak dengan maksud yang baik.
Dan alhamdulilah nama nama tersebut jua mempunyai maksud tersendiri dan makna tersendiri di sebalik 7 bulan dalam kandungan Puteri Tujuh. Dan mempunyai jalan cerita mereka sendiri. Dan nama tersebut diberi oleh ayahanda mereka.
Luar biasa hanya Allah saja yang tahu
Namun begitu Puteri Tujuh sebagai ibu yang melahirkan mereka sentiasa mendoakan agar kelak mereka menjadi insan jutawan dan dermawan. Demi membantu dan sentiasa merendah diri membantu semua makhluk Allah. Dan juga Puteri Tujuh percaya mereka juga punya pancaindera ke enam yang jauh lebih mantap dari bonda mereka. Dan gunakan ilmu pancaindera ke enam mereka demi alif ba ta.
Suatu hari apa yang berlaku kita tidak akan tahu. Masa tidak akan menunggu kita. Namun kita boleh mencuba pada hari ini untuk kita jadikan ianya satu kenyataan dimasa mendatang.
Semoga Allah melindungi anakanda Puteri Tujuh walau dimana mereka berada kerana dunia akan tahu inilah legasi susur galur keturunan Puteri Tujuh. Amin amin
Semoga anda semua dirahmati Allah selalu. Amin
Sekian saja penjelasan dari Puteri Tujuh
Salam praktisi spiritual Malaysia/Indonesia
Puteri Tujuh
Biarlah Orang Nak Kutuk
Inilah wajah pemilik nama terpanjang yang diumumkan oleh JPN- Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra
Auraku sayang,
Biarlah orang nak kutuk, kecam apa saja tentang nama awak. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu sayang. Moga kelak, menjadi insan yang disegani suatu hari nanti.Amin
Buat adindaku,
Bertabahlah, ini semua hanya sementara sahaja. Tidak perlu hiraukan apa komen-komen negatif dari netizen. Anggap ini semua ujian dan kritikan yang membina. Berbanggalah, memilik anak bertuah!
Yang orang lain dok sibuk kalut nak susah hati satgi nak sekolah payah nak tulislah, masa nak nikah bakal suami susah nak sebut nama laa,itu ini laa.. Padiaa hampa ni semua??? Dah tentulah nama dia sendiri, dia boleh hafal. Doa yang elok-elok sudah, itu yang terbaik.
Biarlah apapun netizen diluar sana nak kecam atau nak kata apa-apa yang negatif, bagi aku nama penuh Aura sangat unik dan tercatat dalam sejarah negara kita, Malaysia. Nama kau hadoooo???
Polis telah merakam keterangan ibu bapa dua kanak-kanak yang tular di media sosial bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Taman Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat.
“Pasangan tersebut telah dibenarkan pulang malam tadi (Selasa), pegawai penyiasat akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ashari berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu dibuat oleh Pegawai Polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
“Hasil siasatan mendapati ibu bapa mangsa berada di dalam rumah namun tidak menyedari kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001).
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Pada Selasa, satu video tular berdurasi 11 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun berada di balkoni tingkap kediaman terbabit.
Sejak kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau carseat, ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membeli carseat walaupun ingin sangat anak mereka selamat di dalam kereta.
Baru-baru ini kerajaan menawarkan subsidi sehingga 50% bagi keluarga B40 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta yang dilancarkan pada bajet 2022.
Maknanya jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, akan mendapat subsidi 50% dan jika harga carseat melebihi RM300 maksima subsidi diterima ialah RM150.
Bagi orang lain mungkin sikit RM150, tapi nilai ini dah sangat berbaloi bagi ibu bapa yang betul-betul ingin anak mereka selamat.
Terlalu banyak kisah bayi tercampak namun ibu bapa selamat apabila kemalangan. Kerusi kereta tidak direka untuk bayi tapi orang dewasa. Sebab itu bayi dan kanak kanak perlu CRS.
1 keluarga layak 1 carseat namun mereka yang layak tetap perlu memohon di website www.mycrs.gov.my bermula Mac. Kemudian, boleh menyemak samada mereka mendapat subsidi atau tidak bermula 1 April 2022.
Apabila dah ada nama dan layak dapat subsidi, boleh pergi ke kedai terpilih yang diluluskan MIROS.
MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.
Alhamdulilah, kesemua 13 cawangan Butik Tateh mempunyai 16 orang team yang telah menghadiri latihan COSA oleh MIROS sejak tahun lepas.
Misi kami memperjuangkan keselamatan kanak kanak dan mengajar betul cara guna carseat lebih mudah dengan adanya subsidi ini.
Saranan kami semoga ibu bapa boleh mula menabung sekurangnya RM150 bagi membolehkan membeli carseat 1 April nanti.
Semoga subsidi ini mendapat sambutan dan kerajaan menyambung lagi setelah habis RM30juta ini.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi meninggal dunia selepas dilapor memasukkan wayar pengecas telefon pintar yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya.
Dalam kejadian di Jahangirabad, India itu, bayi itu dipercayai ditinggal sendirian oleh ibunya di ruang tamu kediaman datuknya sebaik saja tiba di rumah tersebut.
Menurut laporan berita thesun.co.uk, ibu bayi itu terlupa menutup suis pengecas telefon pintar miliknya.
Susulan kejadian, bayi itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Setibanya di hospital, bayi malang itu disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas jantina dan usia bayi tersebut.
Kejadian seperti ini pernah belaku di Amerika Syarikat. Sila ambil iktibar!
Pada 28 september 2017, satu kejadian buruk telah menimpa seorang bayi perempuan berusia 19 bulan di Amerika. Bibir bayi tersebut telah melecur teruk di bahagian kiri gara-gara mengigit wayar caj telefon yang masih terpasang.
Bukan melecur sahaja, malah banyak lagi bahaya lain yang berpunca dari arus elektrik pengecas telefon ini.
Antaranya:
Boleh menjadi punca kebakaran
Terkena renjatan elektrik tinggi
Melecur & Terbakar Kulit
Peranti boleh meletup
Boleh bawa maut
Ya boleh bawa maut, dah banyak kes maut yang melibatkan pengecas telefon ini.
Ramai orang salah anggap, mereka sangka voltan rendah seperti 5-12 Volt dari pengecas telefon tidak mungkin bawa maut, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.
0.5 Ampere arus elektrik jika mengalir pada jantung dah boleh membawa maut. 10 kali ganda lebih rendah dari arus yang keluar dari pengecas telefon.
Ibarat jika anak kita mengigit wayar pengecas telefon yang sedang terpasang risiko maut adalah 10 kali ganda lebih tinggi.
Tolonglah beringat mak ayah sekalian..
Jauhkan segala soket, wayar atau sebarang perkakasan yang ada arus elektrik daripada boleh di capai oleh anak kecil.
Simpan atau sorok soket pengecas telefon daripada di lihat oleh anak-anak semasa mengunakannya.
Pastikan suis soket sudah di tutup selepas digunakan. Sebaiknya lepas guna cabut wayar pengecas tersebut dan simpan dalam laci.
Gunakan pengecas yang tulen kerana yang tulen kurang berisiko untuk rosak dan ada kebocoran arus elektrik.
Jangan cas telefon semasa mahu tidur atau ditinggalkan. Di khuatiri terlebih cas dan boleh sebabkan kerosakan pada soket dan telefon.
Powerbank pun sama, jangan biar anak jilat atau gigit walaupun kuasa dah tinggal 0 peratus kerana masih ada sedikit arus elektrik. Mungkin lebih 0.5 ampere yang tertinggal.
Jika anak dah besar boleh ajar tips bahaya dan keselamatan menggunakan perkakasan elektrik di rumah. Tetapi dengan pantauan orang tua.
Elektrik jangan buat main-main. Hanya 1-2 saat sahaja dah boleh membawa maut jika terkena. Terlalu pantas kesan elektrik ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Watie Hanifiah, isteri Shuib, enggan sahkan berita kehamilan selepas alami keguguran. Dalam temu bual terbaru, Watie mohon doa dan kongsi rasa trauma serta harapan untuk bergelar ibu.