Mendidik anak bukan hanya isteri bahkan suami iaitu ayah berperanan lebih besar untuk menegur anak. Ibu mungkin sudah terbiasa memarahi anak, namun ayah yang jarang-jarang marah anak punya kesan yang lebih besar pada anak.
Menurut Mohd Fhais, yang sering berkongsi tip keibubapaan, ayah berperanan besar untuk membentuk adab anak kecil. Lebih-lebih lagi bila berbuat tidak baik pada ibu. Biar anak tahu ibu perlu dihormati!
Ada sekali tu saya ternampak anak saya lepuk kepala isteri. Terus saya datang dan pegang tangan anak saya. Istighfar panjang masa tu.
Puncanya dia meragam teruk sebab baru bangun tidur je. Bukan serius sangat pun. Tapi dengan anak anak memang saya ambil serius bab menghormati ibu ni.
Lepas saya pegang tangan dia, terus saya letakkan tangan dia di dadanya. Itu antara teknik grounding untuk tenangkan diri.
Bila anak dah tenang akan saya cakap benda yang sama, “Tak boleh pukul mama!”
Saya tak jelak untuk “remind” benda ni berulang ulang kali pada anak.
Masa anak usia bawah 7 tahun ni la peluang kita nak didik adab ‘hormat’ pada ibu.
Fitrah kanak-kanak ni mereka lebih,
– dengar cakap ayah
– takut cakap ayah
– hormat pada ayah
Sebab itu la untuk mendidik anak anak tentang adab memang tugas ayah.
Kalau sejak kecil kita tak ambil berat soal adab ni, nescaya menjelang usia 7 tahun ke atas bukan sahaja ibu tapi dengan ayah sekali anak akan senang hilang hormat.
Artikel berkaitan: Elak Pasang Video Viral, Bahasa Tak Beradab Depan Anak, Otak Kanak-Kanak Macam Span, Cepat Serap
Dekatkan Diri Dengan Anak Perempuan, Didik Adab & Jaga Maruah Diri, Barulah Anak Makin ‘Bersih’
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)