Sejak nama menjadi sebutan, pelakon Wan Sharmila akhirnya berkesempatan bertemu dengan anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahrah.
Sebelum ini, ramai membuat tekaan Wan Sharmila dikatakan wanita misteri yang memeluk mesra Talita dalam sebuah rakaman video yang tular baru-baru ini.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram arwah Siti Sarah, Talita dan Wan Sharmila dilihat meluangkan masa bersama-sama di sebuah pusat membeli belah.
“Harini Dekta (Talita) jumpa Aunty Lala (Wan Sharmila). Pergi makan-makan. Aunty lala belikan buku. Dekta pun bagi hadiah Loveta dekay Aunty Lala. Jumpa lagi Aunty Lala. Terima kasih luangkan masa dengan Dekta.
“Seharian dengan Aunty Lala. Dekta gembira sangat. Jumpa lagi,” tulis pengendali akaun tersebut.
Malah, rata-rata pengikut di ruangan komen turut gembira dan teruja melihat perjumpaan tersebut sehingga ada yang mendoakan agar pelakon 7 Hari Mencintaiku itu berjodohan dengan Shuib.
“Kalau berjodoh Alhamdulillah, doakan saja yang baik-baik. Insya-Allah datang pun yang baik-baik,” komen @miss_nur07.
“Kalau jadi ibu Dekta betul-betul kan baik,” kata @rozinadeit2018.
“Kalau dia (Shuib) nak buat isteri, ramai netizen setuju,” ujar @truecapture_official.
Tidak kurang juga, ada segelintir netizen turut memberi pendapat jika wajah Talita seiras dengan Wan Sharmila.
“Muka Wan Sharmila tu dah ada persamaan dengan Dekta. Tapi jodoh pertemuan di tangan Allah,” kata @norizayusoff.
Perkongsian video tersebut sehingga kini telah menerima lebih daripada 894,000 tontonan dan lebih 107,000 tanda suka.
Baru-baru ini, gelagat mesra Talita memeluk seorang wanita yang tidak didedahkan wajahnya dengan ditutup menggunakan emoji ‘bermata hati’ telah mengundang persoalan netizen.
Netizen mula menyebut nama Wan Sharmila sebagai wanita misteri tersebut kerana mempunyai iras yang sama.
Namun, Wan Sharmila tampil menepis dakwaan tersebut dan menafikan dirinya bukanlah wanita yang memeluk Talita seperti seperti yang diperkatakan.
Pun begitu, sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan identiti sebenar wanita tersebut.
Kredit: Utusan ; IG Siti Sarah Raissuddin & Wan Sharmila
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)