Jika perkara lain mungkin masih boleh ditimbang tara namun memberikan susu badan kepada anak orang lain tanpa keizinan ibunya sendiri seakan sukar diterima akal.
Inilah halnya yang berlaku kepada seorang ibu muda, Afieqah Hasanah yang meluahkan rasa kesalnya bila diduga dengan ujian semacam ini.
Ketika dia sedang sibuk menguruskan majlis Aqiqah anaknya, anaknya yang menangis sempat disusukan dua kali orang lain tanpa keizinannya. Ibu mana yang sanggup menerimanya kerana ia menjadi darah daging.
Melalui akaun Tik Toknya, @afieqahhasanah ibu ini meluahkan rasa kecewanya.
Mengimbau kisah yang terjadi dua minggu lalu, katanya dia yang ketika itu sibuk menguruskan pelbagai hal mula curiga dengan tindakan seorang individu yang berpaling ke belakang seperti melakukan sesuatu.
“Benda ni jadi di hari aqiqah Hayder minggu lalu, tapi sampai hari ni stress bila teringat. Sampai rasa nak nangis.
“Sebelum ini kita tak nak orang cium anak kita sebab takut macam-macam penyakit tapi saya kena orang direct breastfeeding anak saya tanpa izin saya.
“Örang tu pulak orang yang terdekat dengan saya. Sampai sekarang saya tak ada rasa kepercayaan dengan orang.
“Masa tu saya tengah busy urus majlis, bila saya sampai dia terus minta pegangkan Hayder. Saya tak jangka pula dia boleh buat macam tu.
“Saya nampak dia buat sesuatu ke belakang. Alasannya dia kata anak saya menangis. Saya rasa macam dihantui perkara ini,” luahnya kesal.
Menarik: Satu Tangan Tak Jadi Hal, Inisiatif Cikgu Bantu Anak Musim Panas, Sediakan Bekas Air Dalam Kelas!
Rupanya bukan sekali bahkan hal itu berlaku sebanyak dua kali dan pernah dilihat oleh ibu Afieqah sendiri.
Jelas ia bukan sahaja membabitkan hukum malahan kerisauan tentang tahap kesihatan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan bayi itu sendiri.
@afieqahhasanahmak mana je yang boleh terima 😌 tak tahu lah nak cakap macam mana . doakan saya boleh lupakan semua ni .♬ original sound – afieqahhasanah
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI