Isu membawa anak makan di luar yang tular semakin menarik perhatian orang ramai. Ibu bapa yang tidak terkesan kerana membawa anak keluar makan bukan satu tugas yang mudah.
Emosi anak-anak perlu dijaga namun perlu diambil kita juga keselesaan orang-orang disekeliling yang perlu dijaga agar tidak menggangu orang lain. Biar semua selesa dan jangan pentingkan diri.
Superdaddy, Encik Khairul Abdullah yang mempunyai anak autistik turut berkongsi kisah dan pengalamannya membawa tiga anak makan di luar.
Aku ni jarang makan kat luar dengan anak-anak. Maklumlah, bapa tunggal dengan 3 anak kecil, struggle wehhh. Tapi sesekali anak-anak request nak makan luar. Nak makan kat restoran, boring makan di rumah katanya. Jadi aku tunaikan. Macam biasa, pesan berjela dulu dengan anak-anak.
Makan kena cepat, jangan bergaduh, jangan bermain dengan makanan dan promise to behave, kalau tak kita makan di rumah. Sebabnya, aku tak mahu anak-anak aku ganggu orang lain yang tengah makan.
Dulu waktu diorang masih sangat kecil, pernah juga sekali dua aku bawa ke restoran. Sebab aku sendiri dah rasa burnt out, dah malas nak mampus dah, rasa terkurung, malas order dan rasa nak makan kat luar.
Tetapi bila baru nak order makan, anak dah menangis buat perangai dan nampak orang mula dah toleh dan pandang maka terus rasa give up pula. Terus aku rasa memang tak sesuai bawa budak kecil ke restoran. So aku hadap jelah makan kat rumah.
Bila diorang dah besar sikit dah masing-masing aktif berlari-lari, aku try juga makan di luar sekali dua dalam sebulan. Tetapi bila diluar kawalan, maka aku stop. Bila aku dah jegil depa dengan mata terbuntang dan sambil tunjuk jari tanda amaran pun depa tak peduli, maka aku stop makan kat luar.
Pernah sekali aku kena tegur dengan staff restoran sebab anak aku berlari berkejaran. Aku tengah minum sedutan akhir sambil clear table, nak kemas sikit sebelum beredar dan waktu itulah budak bertiga tu berlari dan staff datang tegur aku.
Aku terus insaf lah, taknak menganggu dan menyusahkan orang. So berbulan-bulan kami tak makan di luar.
Sekarang ni, selagi boleh aku makan jer kat rumah, samada aku masak atau aku order. Depa bertiga ni dah boleh pun behave di meja, tetapi sesekali perangai budak-budak terjadi jugak. Lagipun anak sulung aku tu autistik, so sometimes lain macam sikit perangai dia.
Menarik: “Macam Fasha Junior” Anak Fasha Sandha Tunjuk Minat Berlakon Macam Ibu, Tak Dapat Green Light Dada!
Begini Rupanya Defrost Ayam Cara Betul, Tak Perlu Tunggu Lama Pun, Sekejap Dah Boleh Masak
Jadi, kalau kami ke mall aku pergi selepas makan. Tapi kalau perlu makan aku akan discuss dulu dengan depa bertiga. Possible tak untuk makan jer ringan dulu then balik makan di rumah atau kalau nak makan di restoran, mesti ikut rules yang daddy tetapkan.
Alhamdulillah, terkawal semuanya. Takde orang jegil, jeling atau cebik pada kami anak beranak. Tapi kalau ada korang yang perasan anak-anak aku ada menganggu korang makan sebelum ini, aku minta maaf banyak-banyak.
Makan di restoran ni aku sentiasa ingatkan diri yang ini bukan rumah. Ini tempat awam. Walaupun aku bayar, semua orang yang datang tu pun bayar jugak. Aku bayar bil RM55, orang lain pun bayar bil sama atau lebih dari aku. Tak payah nak bangga dengan duit aku tu.
Semua orang datang nak makan dengan selesa tanpa gangguan hiruk pikuk dan hingar bingar, apatah lagi dengan budak kecil yang berlari, menjerit, meraung dan sebagainya. Begitulah.
Orang ramai faham jer keadaan kita bila depa nampak kita bawa anak kecil. Sometimes orang tak kisah sangat pun kalau anak kita setakat menangis sekejap atau menjerit sekejap asalkan ianya terkawal.
Asalkan nampak effort kita untuk mengawal anak-anak kita tu. Effort kita tu yang orang nak tengok.
Yang orang bengang nak mampus ni bila anak-anak kita biarkan berlari menjerit dan meraung, lepas tu buka Youtube kat phone kat anak dan volume sound dia sampai kedai sebelah pun bleh dengar.
Dan kita syok dok suap nasi sambil bergelak tawa tanpa hirau pun mata yang mula menjeling dan mulut yang mula mencebik ke arah kita. Lepas tu kita suruh pulak orang-orang tu balik makan di rumah kalau taknak bising-bising. Haishhhh. Macam-macam manusia ni nohhh.
Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma