Kebiasaannya ibu bapa tak perasan lubang pada gigi anak-anak terutama gigi geraham. Namun selepas anak merengek sakit kerana makanan terlekat pada lubang tersebut, barulah kita akan memeriksanya.
Seperti perkongsian Dr Azila Mohd Kasim, ibu bapa kena peka perubahan pada gigi anak bagi mengelakkan anak rasa trauma yang berpanjangan.
Soalan biasa yang ditanya ibu bapa yang membawa anak yang berusia sekitar 4-5 tahun ke klinik gigi.
Doktor Azila, kenapa gigi anak saya berlubang? Padahal baru beberapa bulan lepas, saya baru bawa anak berjumpa doktor gigi di tempat lain untuk pemeriksaan. Tetapi doktor tu kata tiada lubang.
Nak tahu kenapa?
1. Ini kerana lapisan enamel gigi susu adalah lebih nipis berbanding lapisan enamel gigi kekal.
2. Kaviti “caries” cepat merebak pada gigi susu berbanding gigi kekal, ianya paling cepat merebak dan akan mengenai saraf gigi.
3. Sekiranya gigi geraham susu telah didiagnos ada karies, maka perlu membuat rawatan secepat mungkin.
4. Rawatan tampalan dibuat.
SEKIRANYA LUBANG KARIES SANGAT DALAM DAN MENGENAI PULPA, SEGERALAH MEMBUAT RAWATAN PULPOTOMI.
4. Infeksi cepat merebak dalam mulut kanak-kanak, merebak ke leher, ke otak dan seterusnya menyebabkan abses dan cellulitis ( ini situasi kecemasan).
Oleh itu, jangan ambil remeh sekiranya gigi susu anak berlubang ok!
Kebiasaannya, doktor Azila akan menyarankan ibu bapa terus membuat rawatan PULPOTOMI GIGI SUSU.
APAKAH PULPOTOMI ?
Rawatan pulpotomi adalah pembuangan sebahagian daripada saraf, termasuk kawasan yang terkena infeksi. Ini untuk mengekalkan ‘vitality’ tisu pulpa yag sedia ada.
BAGAIMANA PROSEDUR PULPOTOMI ?
1. Pastikan anak-anak di dalam keadaan yang tenang dan selesa semasa duduk di ‘dental chair’. Sesetengah anak-anak berasa takut dan gelisah. Jadi ibu bapa memainkan peranan untuk memujuk dan menenangkan anak.
2. Doktor akan meletakkan gel ‘Topical Anaesthesia ’ pada bahagian gusi. Ia membuatkan gusi berasa kebas dan tidak sakit apabila doktor memberi suntikan ‘local anaesthetic’.
Gel ‘topical anaesthetic’ boleh bertahan selama 3-5 minit.
3. ‘Local anaesthetic’ diberi secara perlahan-lahan supaya pesakit tidak terasa seperti di suntik.
4. Kaviti pada gigi dibersihkan dengan ‘highspeed” dan “slowspeed handpiece”. Karies di kebuk pulpa di buang dan dibersihkan hingga ke saluran pulpa.
5. Pulpa dibersihkan di mana bahagian ini adalah tempat saraf dan salur darah terletak.
•Prosedur ini TIDAK SAMA seperti rawatan saraf untuk dewasa.
6.Doktor akan meletakkan ubat “Beechwood cresol” pada kapas pellet kecil. Kemudian kapas pellet akan di letak di dalam saluran pulpa untuk berhentikan darah.
7. Gigi di bentuk semua dengan tampalan sementara berwarna putih gigi.
RAWATAN KEDUA :
1. Buang semula tampalan sementara.
2. Jika terdapat tanda – tanda berulang, maka hendaklah di ulang semula rawatan pulpotomi pada gigi itu atau gigi perlu dicabut.
3. Jika tiada tanda – tanda seperti sebelum rawatan, ruang itu ditutup dengan ‘antiseptic paste’.
4.Jika sudah selesai, ia boleh di tutup dengan tampalan tetap berwarna gigi atau “stainless steel crown” .
INDIKASI PULPOTOMI :
1. Proksimal yang besar dgn melibatkan ruang antara gigi yang terlibat.
2. Tiada sejarah sakit yang secara tiba – tiba.
3. Tiada nanah atau fistula.
4. Cabutan adalah kontraindikasi.
5. Gigi dalam keadaan ‘peridontium’ yang sihat.
KONTRAINDIKASI PULPOTOMI :
1. Pernah sakit berulang.
2. Adanya fistula atau bengkak.
3. Sel – sel telah mati ( necrotic pulp ).
4. Pendarahan yang tidak dapat dikawal.
5. Periapical or bifurcation radiolucency.
6. Resorpsi patologi.
7. Tisu mati.
8. Lebih 1/3 akar telah hilang.
Sekian, semoga memberi manfaat. Bantu saya kongsikan ilmu rawatan saraf (pulpotomi) until kanak-kanak ini. Hakikatnya berbeza dengan rawatan saraf gigi kekal.
Kredit: Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)