“Nampak Jelas Kaki Anak Bengkok!” Aksi Mengundang Padah, Tak Perlu Tunjuk Sado!

Share

Sering kita lihat gambar-gambar ataupun video yang tular di sosial media apabila ada selebriti yang mengimbangi anak mereka dengan melakukan aksi merbahaya semata-mata ingin menunjukkan betapa sadonya mereka. Awas!!!! Aksi tersebut hanya akan mengundang padah buat si kecil.

Baca Selanjutnya: Steam Egg With Vege, Buatkan Saiz Kecil & Comel Macam Ni, Anak Teruja Nak Makan!

Pelbagai risiko yang boleh terjadi antaranya, kemungkinan si kecil terjatuh ke bawah dengan cederaan kepala, risiko tulang kaki membengkok dan sebagainya.

Menurut perkongsian daripada Public Health Malaysia, jika anda sayangkan anak anda hentikan aksi mengundang padah ini.

Jika anda sayangkan anak, hentikan membuat aksi mengundang padah ini. Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya telah kuat.

Melakukan aksi sebegini mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok.

Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.

Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak.

Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi video mendirikan anak perempuannya, Alisa yang baharu sahaja berusia empat bulan di telapak tangannya di Instagramnya telah menarik perhatian di kalangan netizen.

Namun, video yang berdurasi 20 saat itu juga menarik perhatian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menegur tindakan Hairul yang mengimbangi anaknya disebabkan bayi tersebut belum cukup kuat untuk berdiri sendiri.

Dr Sheikh Muszaphar di ruangan komen telah menasihati pelakon tersebut agar tidak melakukan hal sedemikian kerana tulang bayi masih belum kuat menampung fizikalnya memandangkan dia belum lagi boleh berdiri sendiri.

Namun komen daripada angkasawan negara itu dilihat sudah tiada di ruangan komen Hairul yang dipercayai sudah dipadam olehnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon tersebut jelas menunjukkan kaki anaknya seakan bengkok kerana tidak mampu menampung berat badannya setelah dipaksa berdiri di atas tangan Hairul.

Perkongsian video tersebut oleh Hairul telah tular di media sosial dan kini telah meraih sehingga 473,970 tontonan dan rata-rata netizen menyukai video tersebut yang selalu memuat naik gambar-gambar yang dimuat naik bersama teman-teman serta ahli keluarga tercinta.

 

Sumber:  Public Health Malaysia , Hairul Azreen 

Baca: ‘Bawa’ Perut Ke Sana Sini Tak Mudah, Suami Tolonglah Jangan Buat Selamba. Jaga Isteri Tu!
Baca: Jus Oren Dua Bahan Kurangkan Mual, Muntah & Perut Tak Selesa Sepanjang Hamil

Published by
NuFa