‘Doktor, saya tak berus gigi anak saya sebab dia mengamuk-ngamuk tiap kali nak berus gigi.’ Ibu Bapa semua, jika anak menangis/mengamuk tak nak berus gigi, kita tak boleh putus asa dan terus tak berus gigi mereka.
Anak kecil dalam proses belajar, jika mereka menangis tak nak berus gigi dan kita pun tak berus gigi mereka maka mereka akan belajar bahawa jika mereka menangis mereka tak perlu berus gigi. Jadi rutin ini akan sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.
Cara bagaimana memberus gigi anak jika mereka menangis/mengamuk teruk?
1. Teknik Dua Orang (gambar pertama)
Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tangan anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.
2. Teknik seorang (gambar kedua dan ketiga)
Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka.
Ataupun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.
‘Hari-hari perlu buat macam ni ke?’
Bukan perlu buat hari2 begini, hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat. Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka xsuka/xmahu.
‘Nampak KEJAM la Dr paksa n biar anak menangis teruk macam ni…kesian..’
Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis..Jika kita membiarkan gigi anak-anak kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam tak tido sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.
Setiap ibu mempunyai pengalaman melahirkan anak yang berbeza. Masing-masing ada ujian dan sakitnya tersendiri. Biarpun begitu, insan bergelar ibu tidak pernah takut untuk bersalin. Apa yang penting, bayinya selamat dilahirkan.
Gambar hiasan
Berkongsi pengalamannya mengendalikan sebuah proses kelahiran dahulu, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menceritakan bagaimana seorang ibu melahirkan bayi dalam kedudukan songsang secara normal.
Ni kisah masa saya berkhidmat di salah sebuah hospital daerah dahulu. Lama sangat dah.
Hospital ni dulu-dulu ada kalanya tkde pakar O&G yang cover, jadi apa-apa kes yang memerlukan caesar atau instrumental delivery – forceps atau vacumm akan dipindahkan ke hospital besar yang mempunyai pakar, kelengkapan dewan bedah dan ada doktor bius.
Al kisahnya datang la seorang ibu ni, berkerut menahan sakit. Perutnya macam dah cukup bulan
“Meh puan baring sini, saya periksa. Mcm nak beranak je tu”
“Ha ah dah kerap pulak sakit ni Dr, semalam tak sekerap macam ni. Lain macam sakitnya. Tu saya datang hospital”
Check macam biasa. Pegang perut dulu
“Emmm keras kat bahagian atas ni. Macam kepala budak”
Gambar hiasan
Bergegas capai mesin scan..
“Ok memang confirm, songsang ni. Uri kat atas (normal) . Kepala mendongak sikit. Berat anggaran dalam 2.5kg. Bila periksa jalan bawah (VE) dah 3cm , memang rasa bontot baby kat bawah tu”
“Puan last makan dan minum jam berapa?”
“Dari semalam saya tak makan pape, memang takde selera dok menahan sakit”
“Ok. Bagus. Nampaknya puan ni kena caesar. Baby songsang ni. Nak beranak pula. Jalan bawah dah buka 3cm. Kat sini takboleh nak buat caesar, nak kena pindahkan puan ke hospital besar”
“Staffnurse, prepare patient nak transfer! Bawak delivery set sekali. Sterile (bebas kuman) glove size 7 bawak lebih sikit”
Setelah inform pakar oncall hospital besar, kes diterima. So bergegas la semua transfer mak tu.
Hospital daerah ni ke hospital besar dalam 20-30 minit kalau jalan tak jem. Tapi tu lah, sebelum ada hiway, terpaksa guna jalan lama ibarat ular kena palu, berbukit bukau. Kalau sesapa yg naik ambulans yg macam ribut lalu plak jalan tu, kompem akan memuntahkan segala isi perutnya. Tak tipu !
Gambar hiasan
“Doktor, saya rasa macam nak berak, sakit sangat ni”
Ahhh sudahhhhh! jangan cakap dah fully
Dalam ambulans yang bergerak mcm ribut tu, sempat buat pemeriksaan jalan bawah (VE) sekali lagi
Ya Allah dah 10cm ! Bontot baby kat situ je, Tunggu masa nak kluar
“Hello Dr.xxxx, saya yang call tadi nak transfer 1 breech in labour. Skang patient dah fully dalam ambulance. Saya nak inform nak buat vaginal breech delivery. Saya rasa dah tak sempat nak patah balik ataupun sampai kat sana”
“Ok proceed”
Ambulans pun diberhentikan. Ibu ditarik ke hujung ambulans. Nurse guna pelbagai kain dan selimut pesakit yg ada buat sebagai tirai. Pesakit perlu berada pada hujung ambulans supaya tarikan graviti dapat bantu bayi songsang itu dilahirkan. Pantangnya, takboleh tarik baby tu. Kalau tak sabar dan tarik-tarik baby tu, tersilap langkah – kepala baby akan mendongak, seterusnya tersangkut. Perkara yg AMAT AMAT ditakuti. Nauzubillah
Baby songsang akan perlahan-lahan keluar sendiri. Hands off technique. Memula kluar punggung, pinggul, kemudian bantu keluarkan kaki, kemudian luruskan badan bayi, bahu, bantu keluarkan kedua-dua belah lengan, kemudian nampak rambut dan leher. Bantu proses kelahiran kepala dengan teknik khas
Alhamdulilah. Bayi songsang selamat dilahirkan dalam ambulans, di tepi jalan !
Berlecaknya ketiak masa tu, dengan dahi yang berpeluh mencurah-curah, hanya Allah sahaja yang tahu.
Pengorbanan seorang ibu tidak boleh dinafikan. Salute ibu! Pun begitu, usaha serta kepakaran kakitangan kesihatan seperti doktor dan juru rawat juga perlu diberikan kredit kerana sehabis daya mereka akan berusaha untuk memastikan si ibu dan anak selamat kedua-duanya pada setiap kali proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi perempuan enam bulan yang baru selesai menjalani pembedahan jantung disahkan positif Covid-19.
Eric Bates yang dilahirkan dengan berat 2.3 kilogram bertarung nyawa sejak lahir akibat komplikasi jantung sehingga mengalami kesukaran bernafas dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Dijangkiti Covid-19
Bagaimanapun dia selamat menjalani pembedahan dengan selamat.Namun, kelegaan ibu bapannya tidak lama selepas bayi itu disahkan positif jangakitan Covid-19.
Ibu bapanya berkongsi gambar anaknya yang kini bertarung nyawa akibat positif Covid-19. Bayi itu kini terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan (ventilator) di Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool.
Bayi itu kini hanya ditemani ibunya Emma Bates, 29, manakala bapanya dinasihati untuk kuarantin diri di rumah di Great Manchester kerana beliau merupakan kontak rapat dengan anaknya berusia 6 bulan itu.
Kesal Ramai Tak Ambil Serius Perintah Berkurung
Pasangan ibu bapa berkenaan menasihatkan orang ramai supaya memandang serius arahan perintah berkurung Covid-19 oleh kerajaan.
Bate yang hanya bekerja sebagai mekanik Toyota kesal ramai yang tidak mengambil serius pandemik Covid-19 yang mengakibatkan puluhan ribu maut di England.
“Sebelum perintah berkurung dilaksanakan, kami bimbang pergi ke pasar raya kerana risau akan risiko yang akan dihadapi bayi kami yang mudah dijangkiti virus.
“Namun masyarakat masih tidak mengambil serius, masih ada orang yang berada tepi pantai, beratur panjang membeli aiskrim dan berpusu-pusu seperti hari biasa tanpa ada rasa bimbang pada jangkitan Covid-19,” keluhnya.
Tiada rezeki meneruskan kehamilan 10 minggunya, pengacara Hana Ismail reda dengan ketentuan Allah buatnya dan suami, Dai Syed.
Hana yang kini sedang berpantang turut meluahkan penghargaan buat suami yang banyak memberinya sokongan ketika berdepan detik duka itu dalam hidupnya.
Pengalaman baru buatnya, namun dia bersyukur kerana suami adalah insan yang paling banyak membantunya sepanjang berpantang.
“Alhamdulillah, my surgery went really well berkat doa semua. InsyaAllah akan menjalani proses pantang & recovery di rumah.
“I would not have make it physically, mentally & financially kalau tak kerana insan bernama Syed Shah Iqmal. Wallahi dialah sumber kekuatan terbesar Hana sepanjang tempoh ujian ni,” luahnya yang begitu menghargai pengorbanan suami.
Bukan itu sahaja bahkan kata Hana, Dai Syed langsung tidak kekok membantu menguruskan dirinya. Malah beberapa perkongsian Hana melalui Insta Storynya juga memperlihatkan sikap penyayang Dai Syed.
“He was with me the whole time hatta urusan di bilik air sekalipun!
“Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah & kasih sayangmu dunia akhirat. Tak lupa kepada keluarga dan semua yang mendoakan & ambil berat tentang Hana. Semoga Allah membalas kebaikan kalian,” luahnya berkongsi.
Melalui beberapa perkongsian Hana di Insta Storynya jelas Dai Syed begitu ringan tulang menyediakan air mandian herba buatnya serta memakaikan stokin sepanjang berpantang.
Terdahulu, Hana dan Dai Syed Shah Iqmal yang mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu diuji dengan keguguran Hana pada usia kandungannya 10 minggu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.