Kalau nak jadi sekelip mata je. Buat ibu bapa tolonglah sentiasa hati-hati. Walaupun di depan rumah sendiri pun belum tentu keselamatan anak-anak kita terjamin. Keadaan sekarang tak sama macam zaman kita dulu-dulu yang bebas bermain dengan riang.
Hari ini, jika terleka sikit, macam-macam kes jenayah berlaku. Perkongsian dari seorang ibu, Puan Rehana Ahmad ini boleh dijadikan peringatan bersama.
Allah.. terima kasih semua keluarga dan kawan-kawan yang tolong doakan. Tak tahu perasaan kami ni macam mana. Masih terkejut, fobia walaupun ramai yang bertanya kejadian sebenar yang berlaku.
Hati-hati, depan rumah pun tak selamat
Tapi Allah lindung keluarga kami lagi. Alhamdulillah cuma nak kongsi pada orang ramai supaya hati-hati. Mungkin modus operandi baru untuk culik budak. Kejadian lebih kurang 6.30- 6.50petang, 21/12/2020.
Pintu grill rumah memang selalu bertutup & bermangga. Tapi petang kejadian itu ada ahli keluarga. Jadi kami memang ramai dalam rumah. Jadi bukan la sengaja buka pagar dan biar anak main dekat luar. Anak pun tak pernah main kat luar kalau tak ada ahli keluarga lain kat luar, dia duduk di pintu je intai orang.
Namun pada hari kejadian itu sekitar jam 6.30 pm tu waktu suami balik kerja. Jadi waktu tu cakap dekat anak, Aryan, papa balik. So Aryan tunggu la dekat pintu grill tu tunggu papanya balik. Kami duduk di meja makan tengah borak. Sambil mata tengok Aryan dekat pintu grill.
Ads
Bagaimanapun, pada hari tersebut, papanya lewat sikit. Allahu masa ni, adik Zaliana Asmida keluar dari tandas dan dia nampak dekat cermin nako tu bayang orang pakai baju pink menarik Aryan.
Mula-mula ingat papanya balik, tapi pelik kenapa seorang, sebab selalunya dengan adik sorang lagi Zahirah Azian. Bila dengar Aryan menangis terus dia menjerit Aryan.
Waktu dia menjerit Aryan nampk orang tu lari. Bila tengok dekat pintu orang tu dah tak ada. Aryan nak nangis pegang pipi. Masa kejadian tu berlaku betul memang tak alert. Sebab first ingat ada orang nak main dengan Aryan, sebab kejiranan sini memang selalu main dengan Aryan. Jadi saya ingat mula-mula tak ada apa-apa sebab kejiranan sini memang tak ada masalah.
Pipi anak bengkak
Ads
Lepas abang ipar dah balik, Mida tak puas hati cerita balik. Dan bila tengok pipi Aryan bengkak, rasa tak sedap hati. Sebab pertama kenapa lari bila Mida jerit nama Aryan. Kedua, kenapa kalau dia nak main dengan Aryan kenapa perlu rentap Aryan sampai muka Aryan luka.
Tak pasti kena cekar atau kena grill. Sebab masa tu tangan kiri Aryan berpaut pada grill. (yang ni memang saya tengok sebab mata tengok ke Aryan sebab tu tak perasan dekat cermin nako ada orang).
Dan sebab ketiga yang menguatkan lagi instint, papanya baru keluar lif masa kejadian, dan nampak ada seorang lelaki pakai baju pink margenta gelap-gelap sikit lari lintang pukang dari balkoni bertentangan rumah kami hampir nak langgar seorang mak cik. Cuma dia tak la tengok muka lelaki tu, sebab fikir lelaki tu mungkin tengah bergurau dengan siapa-siapa main kejar-kejar. Nak-nak pulak letih balik dari kerja.
Ads
Masa related semua tu rasa macam tak jejak tanah kaki ni. Kalau la orang tu berjaya tarik Aryan.. Allahu..tak tahu la macam mana. Bila inform pada blok supaya hati-hati dengan anak masing-masing, mereka suruh report polis. Dan akan periksa CCTV.
Blok ni memang budak lepas je bermain. Kadang boleh tengok budak kecil-kecil turun pergi beli jajan, beli aiskrim. Macam anak saya memang saya tak lepas keluar. Duduk la dalam rumah kalau mama tak keluar. Mungkin sebelum ni parents sini rasa selamat. Sebab dia orang pun cakap ni kes pertama la dalam sejarah kawasan rumah kami.
Sebelum ni selalunya cubaan culik depan rumah, rumah taman atau rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja. Rumah kami lot tepi pulak tu. Sekarang terjadi dekat diri sendiri. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap macam mana.
Jadi anda perlu hati-hatilah. Keep alert anak masing-masing. Walaupun depan rumah, belum tentu selamat. Orang sekarang macam-macam. Bukan macam kita kecil-kecil dulu bebas ke mana-mana. Main dalam semak, hutan rileks je. Pergi kayuh basikal pergi kedai rileks je. Sekarang dah tak selamat guys. Beringatla.. Bukan dengan penyakit je risau, dengan manusia pun risau.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular di media sosial apabila bayi perempuan dirempuh kenderaan di rumah pengasuhnya di Taman KESEDAR Putra, Gua Musang, semalam.
Terima Panggilan Daripada Pengasuh
“BANG, Aamina dah tak ada”
itulah kata-kata yang diterima seorang bapa daripada pengasuh bayinya yang maut dirempuh kereta, di Taman KESEDAR Putra, Gua Musang, semalam.
Dalam keadaan terkejut, Mohd Hafezul Abdullah, 35, bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum mengesahkan anak perempuannya, Aamina Inayah yang berusia 17 bulan meninggal dunia.
Hubungi Isteri Di Arab Saudi
Dia mengakui sangat sedih atas pemergian anak kedua kerana bayinya itu dapat menghilangkan kesunyian di rumah berikutan isterinya kini berada di Arab Saudi kerana bekerja sebagai jururawat.
“Saya sudah hubungi isteri saya, Kharina Sharing, 33, di Arab Saudi bagi memaklumkan berita sedih ini dan dia akan pulang segera serta dijangka tiba ke Gua Musang, hari ini.
“Jenazah bayi saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman KESEDAR Putra selepas solat Asar petang ini,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HGM, hari ini.
Tak Sedar Bayi Hilang Sebelum Dilanggar
Dalam kejadian pada jam 5 petang semalam, Aamina Inayah dilanggar kereta Toyota Fortuner yang dipandu ibu pengasuh, Che Jah Yaacob, 54.
Che Jah ketika itu sedang mengalih keretanya yang berada di luar rumah ke dalam garaj.
Ketika kejadian, pengasuh Nor Syamimi Ibrahim, 20, berada di dalam rumah dan tidak menyedari kehilangan Aamina yang baru pandai berjalan sejak tiga bulan lalu.
Nor Syamimi bergegas mencarinya dan terdengar bunyi suara bayi menangis sebelum menemui mangsa terbaring di atas lantai di depan rumah rumahnya.
Bayi Disahkan Meninggal Dunia
Pengasuh bersama ibunya segera membawa bayi itu ke HGM sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam selepas kejadian.
Mohd Hafezul yang bekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, berkata anak keduanya itu baru sahaja ditinggalkan di rumah pengasuh sejak seminggu lalu.
Katanya, anak pertama yang berusia lapan tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2.
“Saya selalu menghantar anak jam 7 pagi sebelum mengambilnya semula jam 6 petang setiap hari selepas pulang bekerja dan saya tinggal di perumahan Bandar Utama.
Terima Takdir
“Apapun, saya terima takdir Allah kerana sudah sampai ajal anak saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufi Maidin ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada pengasuh dan ibunya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa boleh menarik nafas apabila kerajaan menetapkan semua agensi kerajaan perlu menyediakan taska bermula 2019.
Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) mensasarkan 1 Januari tahun hadapan untuk semua agensi kerajaan menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) di premis mereka.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu antara lain bagi memberikan kemudahan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil terutamanya kepada staf yang bekerja mengikut syif.
Beliau berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan taska di sekolah-sekolah kebangsaan bagi kemudahan guru-guru wanita.
Selain itu, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan pusat taska di seluruh negara.
Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga timbalan perdana menteri berkata jawatankuasa khas itu akan mempunyai peranan yang spesifik dalam usaha mengurangkan insiden berkaitan, termasuk mengkaji tahap keberkesanan pusat taska itu.
“Jawatankuasa ini akan mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk sebarang kes salah laku berkaitan, serta mengkaji kos terlibat dalam pengurusan pusat asuhan kanak-kanak,” katanya di sidang Dewan Rakyat semalam.
Dr Wan Azizah berkata kementerian juga akan melihat keperluan menyediakan aplikasi bagi memudahkan pengasuh atau masyarakat untuk mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku kejadian melibatkan kanak-kanak.
Berhubung cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), beliau berkata kementerian akan melihat mekanisme sesuai sebelum dikemukakan kepada perdana menteri dan kabinet.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena ulang tahun Vie Zaalia yang ke-8, Datin Vie Shantie Khan menerusi laman instagramnya memuat naik sebuah ucapan yang sangat istimewa buat anak ketiganya ini.
Datin Vie mendedahkan bagaimana sikap anak ketiganya itu dan menyifatkan Vie Zaalia sebagai anak yang sangat matang dan pandai berdikari walaupun usianya masih kecil.
Ini membuatkan Datin Vie berasa sebak dan bersyukur dikurnikan anak yang sangat prihatin dan penyayang.
Walaupun sentiasa dimanjakan kerana jarak umur yang agak jauh daripada anak pertama dan anak kedua, Vie Zaalia lebih pandai berdikari berbanding abang dan kakaknya itu.
Saya tak tahu jika anak ketiga lebih manja dan lebih pandai berdikari berbanding kakak dan abangnya. Kerana begitulah sikap dan sifat @viezaalia dari kecil. Berbeza umur 5 tahun dari kakak pertamanya @viezaarakhan dan 3 tahun dari abangnya @zareefyusofofficial membuatkan @viezaalia lebih suka berdikari walaupun dimanjakan sepenuhnya oleh sesiapapun dirumah. Hanya dia sahaja yang ‘masih baby’ dalam keluarga saya ketika itu ❤
Tambah Datin Vie, anak ketiganya itu tidak mempunyai rasa iri hati dengan kehadiran adik barunya walaupun dia sudah lama menjadi anak yang paling kecil di dalam rumah tersebut.
Bila sahaja saya mengandungakan @vieraissa2020 dialah yang paling excited dengan berita itu 💛 Sedikit pun dia tidak rasa tersaing kerana bakal mendapat dan berbahagi kasih dengan bakal adiknya yang lahir. Infact, selama saya mengandung dialah yang menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh 🤍
Saya bersyukur Allah SWT memberikan mereka sebagai rezeki amal ibadah saya didunia dan ketika sudah kembali ke akhirat kelak. Inshaa Allah saya akan menjaga amanah ini sampai keakhir hayat dikandung badan.
Terima kasih @viezaalia kerana menjadi anak, adik, kakak dan cucu yang baik kepada keluarga Mumy. I love you with all my heart and soul
Rata-rata wargamaya mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran dan mendoakan agar Vie Zaalia semoga menjadi anak yang solehah buat ibu bapanya.
Datin Vie Shantie Khan pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan pelakon popular, Datuk Seri Eizlan Yusof sebelum mengambil keputusan berpisah dan mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusuf dan Vie Zaalia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.