Kes Covid-19 yang semakin tinggi saban hari tidak menampakkan PKP bakal dihentikan dalam masa terdekat. Bimbang anak kebosanan sepanjang PKP ini, bermacam ragam aktiviti yang dilakukan mak ayah bagi menceriakan anak yang kebosanan.
Penyanyi, Tasha Manshahar juga tidak terkecuali turut sama mencari pelbagai idea agar anaknya, Muammar tidak bosan berada di rumah. Apa yang dilakukan ibu hamil ini adalah mengemas rumah Muammar bermain agar menjadikannya lebih selesa dan mainan pun lebih senang diuruskan.
Menerusi Instagramnya, Tasha berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan peminatnya. Mungkin ada idea yang boleh kita aplikasikan.
“Maka terhasil lah play area Muammar yang serba sederhana ini. Dimulakan dengan kami suami isteri sort semula mana toys yang masih boleh guna, mana yang dah boleh dihapus kira.
Pastu rak-rak tu guna pakai je apa yang ada. Add on beberapa toys baru yang best. Taktahu lah berapa lama lagi lockdown ni kan. Sian budak-budak bosan, tapi kita takde choice.
Jadi dengan wujudkan area macam ni, tukar sikit susun atur rumah, boleh improve mood kita sekeluarga especially anak-anak yang fitrahnya nak explore tapi keadaan belum mengizinkan.
Sebelum ni, kitorang longgok semua toys dalam satu playpen dalam bilik. Jadi payah nak main sebab banyak toys duduk belah bawah kita tak nampak. Nak membongkarnya malas.
Pastu jadi susah jugak bila Muammar nak pilih toys apa dia nak main. Yes, Muammar dah pandai buat keputusan sekarang. Dia pilih apa dia nak. Jadi bila susun macam ni, kita pun senang nampak mana satu kita nak ajak anak main sama-sama,” kongsi Tasha lagi.
Ads
Ajar anak disiplinkan diri
“And honestly for me macam ni lagi organised sebab kita pun senang nak kemas dekat mana tempat toys tu. Of course la masa main tu sepah. Rumah mana je tak sepah kalau ada budak kan. Kang dah sudah main ajak anak kemas sama.
Slowly boleh ajar dia disiplin walaupun most of the time mommy dedi yang kemaskan sebab Muammar cuma tolong kutip seketul dua je. Of course nak latih anak ni takes time and requires consistency. I believe lama-lama Muammar pun akan tahu mana dia patut susun semula toys tu lepas main. Doakan ya.
Rak-rak tu i beli dekat Shopee je. Boleh check out igstory i skrg i ada share link and i dah letak dekat highlight “Shopee” jugak. I pun dah buat highlight “toys” untuk share toys apa yg Muammar ada in case ada yang nak beli / jadikan rujukan.
Ads
Baru je buat dua highlight ni. Nanti from time to time i update. Semoga anak-anak kita membesar sihat, kuat, gembira dan baik hati! Aamiin,” kata Tasha berkongsi.
Cantik sungguh ruang bermain Muammar ni, nampak selesa dan kita nak kemaskan mainan anak pun rasa seronok.
Ads
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashamanshahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi kemestian buat bakal ibu untuk membeli barangan bayi pada trimester kedua dan ketiga kehamilan. Teruja untuk menyambut kelahiran si kecil, bakal ibu dan ayah mula sibuk membuat persediaan bagi menyambut si manja. Ketika membeli-belah barangan bayi, itulah detik yang menyeronokkan kerana bakal ibu dan ayah teruja dengan pelbagai pilihan produk penjagaan bayi di pasaran.
Jangan sesekali kita membazir kerana bukan semua akan habis digunakan. Sudahnya, terbiar tidak digunakan. Bukan sekadar harga barangan yang perlu diberi perhatian, tetapi kualitinya juga. Sebelum keluar mencari barangan bayi yang mahu dibeli, pastikan anda membuat senarai barangan yang ingin dibeli supaya tidak tertinggal apa-apa barangan yang mahu dicari. Senarai barangan ini juga sebenarnya membantu anda untuk berbelanja mengikut bajet dan mengelakkan pembaziran.
Selain senarai barangan, anda juga harus bijak mencari tempat untuk mendapatkan semua keperluan barangan bayi anda. Seeloknya, pergilah ke kedai atau pasar raya yang menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan bayi dengan harga berpatutan. Menjadi ibu untuk pertama kali mungkin membuatkan anda sedikit keliru tentang barangan yang perlu anda beli untuk si manja. Jika masih buntu, mungkin senarai barangan paling penting ini dapat membantu anda:
Lampin Pakai Buang
Inilah yang paling utama. Untuk bayi yang baharu lahir, carilah lampin pakai buang yang diperbuat daripada material berkualiti dan selesa. Bayi baharu lahir kerap kencing dan membuang air besar, jadi belilah lampin pakai buang yang tidak terlalu mahal. Paling penting, dapatkan lampin pakai buang yang selesa dengan harga berpatutan.
Tisu Basah
Carilah tisu basah yang tidak mempunyai paraben, alkohol dan pewangi. Tisu basah yang berkualiti tidak akan menyebabkan alahan pada kulit bayi.
Alat Mandian Bayi
Dapatkan alat mandian bayi yang tidak mempunyai paraben, alkohol, pewangi atau sodium laureth sulfate (SLS).
Pakaian Bayi
Terdapat banyak pilihan pakaian bayi di pasaran tetapi pilihlah yang diperbuat daripada kain kapas berkualiti. Cari pakaian yang tidak terlalu tebal supaya bayi tidak berpeluh dan menyebabkan si manja naik ruam.
Banyak Pilihan Produk Di Tesco’s Baby Fair
Selain daripada senarai yang dinyatakan di atas, banyak lagi barangan keperluan bayi yang perlu bakal ibu dan ayah dapatkan untuk menyambut kedatangan ‘orang baru’, tetapi inilah yang paling utama dan harus diberikan perhatian yang lebih. Untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa, anda harus berbelanja di pasar raya yang diyakini seperti Tesco.
Pasar raya Tesco mengadakan Tesco’s Baby Fair setiap tiga bulan dengan pelbagai promosi hebat. Ia merupakan acara tahunan untuk pasar raya ini bagi memberi peluang kepada para pelanggan untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan bayi dan kanak-kanak dengan harga istimewa.
Bagi anda yang mahu membeli pakaian untuk si manja, jangan ketinggalan untuk mendapatkan F&F Baby Boy & Girl Collection dengan tawaran diskaun sehingga 50%!
Tesco’s Baby Fair akan bermula pada 25 Julai – 7 Ogos 2019. Anda boleh berkunjung ke semua stor Tesco di Semenanjung Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman berbelanja cara bijak di sana.
Rimas rasanya bila melihat taburan tahi cicak yang banyak di rumah. Masalah cicak yang semakin banyak di rumah buat kita mula rasa tak selesa.
Apa nak buat? Perkongsian idea dari Encik Mohd Sanusi ini anda boleh cuba untuk mengurangkan kehadiran cicak-cicak ini.
Paling menarik kosnya paling jimat, tidak sampai RM3 cicak berjaya ditangkap. Macam mana nak buat? Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Memang menjadi!
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.
Tindakan segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam mungkin ada sebab tertentu. Ada yang berpendapat anak perlu diajar terus agar mereka dapat ingat sampai bila-bila dan tak akan mengulanginya lagi.
Namun sebagai ibu bapa adakah anda terfikir tindakan itu menyebabkan anak akan hilang keyakinan dalam diri mereka? Ingat ya walaupun anak kecil dan tak mampu buat apa-apa mereka sebenarnya ada sikap malu.
Kalau diikutkan biasalah anak-anak kecil ni akan berlari ke hulur hilir, tapi ada cara menasihatinya supaya anak faham apa yang boleh dan tak boleh. Berikut perkongsian dari Certified Parental Coach, Zaid Mohamad apa yang sepatutnya ibu bapa buat tanpa memalukan anak dikhalayak ramai.
Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah “taman permainan” yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih “excited” tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah)
Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian. Beritahu awal-awal beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).
Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia! Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di tengah-tengah shopping mall. Kita perlu bijak berunding dengan mereka – elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan buat perjanjian awal-awal.
Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya. Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah) akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah….ciptalah kenangan terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.