Tempoh berpantang lepas bersalin bukan sekadar untuk berehat. Sebenarnya waktu berpantang adalah masa paling penting untuk ibu pulihkan tubuh secara mental dan fizikal untuk kembali sihat dan bertenaga seperti biasa.

“Nampak Kuat Sekarang Tapi..” Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang ‘Cara Lama’ Lepas Bersalin Anak Ketiga

Dalam budaya Melayu, cara berpantang tradisional seperti bertungku, berbengkung, mandi herba dan urutan dah lama terbukti berkesan. Semua amalan ini bukan sahaja membantu rahim untuk cepat kecut, tapi menstabilkan hormon dan elak masalah kesihatan jangka panjang.

Bukan Sekadar Tradisi, Tapi Pelaburan Kesihatan

Amalan ni juga bantu lancarkan darah, kurangkan stres, dan kuatkan semula badan lepas bersalin. Bila jaga elok-elok dari awal, badan lebih cepat cergas dan emosi pun lebih stabil.

Ads

“Nampak Kuat Sekarang Tapi..” Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang ‘Cara Lama’ Lepas Bersalin Anak Ketiga

Yang paling penting, ibu tak mudah rasa lesu atau alami masalah macam sakit sendi bila dah makin berusia. Sebab tu lah makin ramai yang kembali kepada cara lama tapi hasilnya nyata!

Ads
Shasha Pilih Tradisional, Bukan Saja-Saja

Usahawan dan personaliti media sosial, Shasha Abdul Aziz pun pilih untuk berpantang cara tradisional lepas melahirkan anak ketiganya iaitu Idris Harris Liu dengan berat 3.5 kilogram pada 14 Julai yang lalu.

“Nampak Kuat Sekarang Tapi..” Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang ‘Cara Lama’ Lepas Bersalin Anak Ketiga

Ads

“Nampak kuat sekarang, tapi kalau tak jaga nanti, dalam long run badan mula sakit. My life lately has been so good. Alhamdulillah.

Bagi Shasha, ini bukan soal trend. Tapi sebab dia nak jaga badan untuk jangka masa panjang kerana menurut wanita hebat ini, badan mahu dipakai lama maka perlulah dijaga dengan baik semasa berpantang.

“Nampak Kuat Sekarang Tapi..” Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang ‘Cara Lama’ Lepas Bersalin Anak Ketiga

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Shasha juga kongsi, waktu berpantang inilah masa untuk fokus pada penyusuan anak, jaga dalaman, dan turunkan berat badan secara sihat tetapi yang paling penting untuk bahagiakan diri sendiri.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI