Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan semakin langsing selepas hampir dua bulan berpantang anak pertama, Siti Aafiyah.
Siti berkongsi foto terbaru di laman Instagram miliknya dan rata-rata peminat begitu teruja dengan penampilannya yang nampak perubahan mendadak berbanding semasa dia mengandungkan Aafiyah.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi positif dan pujian diberikan oleh peminat dan rata-ratanya meminta Siti berkongsi tip yang diamalkannya sehingga boleh mendapat bentuk badan yang langsing walaupun tak sampai dua bulan bersalin.
Apa yang kelakar, peminat siap memuji bentuk muka Siti dan komen dagunya dah kembali runcing.
Tak kurang juga yang cemburu kerana Siti dah seperti anak dara walaupun baru bersalin Mac lalu.
“#ootd blouse dari butik saya @creacionbysitinurhaliza dan instant shawl dari @galeriariani.
“Nampak kurus ke? Saya tak edit tau.. Baju ni yang buat saya nampak kurus.. Cepat pergi beli kalau nak nampak kurus (Eh tak! Yang terer ni tukang ambil gambar ni) @cteafairuz,” seloroh Siti.
Siti melahirkan puteri sulungnya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.
Menerusi kemas kini Instagram Siti juga, penyanyi lagu Di Kayangan Kita itu mendedahkan dia kembali ke studio rakaman menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Ada recording tapi mengantuk.. #simptomibuanakkecil #takcukuptidoq #kugagahi
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
“Ada recording tapi mengantuk,” tulis Siti ringkas.
Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #simptomibuanakkecil #takcukuptidoq #kugagahi.
Selain memuji penampilan terbaru Siti, nampaknya peminat juga dah tak sabar menunggu buah tangan terbaru Siti selepas lagu Ting Ting Tang Ting yang dinyanyikannya sebelum ini.
Sumber: ig ctdk & rozisangdewi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Tidur Lasak, Ada Risiko Nak Jatuh Katil. Ibu Ayah Jangan Panik, Buat 5 Perkara Ni Dulu!
Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar. kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku.
Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan. Tak tahu apa nak buat risau ada kecederaan yang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan panik dan ikut lima langkah penjagaan ini.
Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku.
Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.
Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.
Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.
Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.
Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.
Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
- Sukar dibangunkan selepas tidur
- Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga
- Muntah-muntah
- Menangis dengan kerapdan nyaring
- Kekejangan pada wajah
- Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka
- Pengsan
Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.
Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.
Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Tingkatkan langkah pencegahan
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan.
Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan.
Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil.
Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
sumber: Hello Doktor
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bantu Anak Makin Kreatif, DIY Bahan Bantu Anak Belajar, Idea Kreatif Ibu Ni Memang Superb!
PKP sebenarnya memberi kita lebih waktu untuk bersama anak-anak. Jika dahulu kita hanya berjumpa anak-anak sebaik pulang kerja. Kini PKP memberi kita lebih masa untuk melihat perkembangan anak kecil kita.
Bagi mengelakkan anak bermain gajet, apa kata kita cuba idea kreatif ibu, Pn Madihah Mohamad ini untuk anak-anak kita. Bukan ketika PKP sahaja bahkan rupanya, idea kreatif dan melakukan pelbagai aktiviti ini rupanya telah lama dilakukan beliau.
Saya kongsikan bersama ibubapa di luar sana tentang altenatif lain yang ibubapa boleh buat selain memberi gadget dan tv kepada anak-anak di sepanjang musim PKP berjalan di negara kita ini. Cara ini insyaAllah akan dapat membantu ibubapa dari tekanan menguruskan anak-anak di musim stay at home.
Sejujurnya saya telah mulakan DIY bahan belajar anak-anak sejak anak-anak saya umur 2 tahun sehinggalah ketika PKP 1. Saya terbaca salah satu group di mukabuku “Anak sepah ape arini”.
Rata-rata setiap hari ibubapa meluahkan karenah anak-anak yang kebosanan di rumah sehingga perbuatan mereka memberi tekanan kepada ibubapa yang bekerja dari rumah Ketika musim PKP, stay at home.
Ketika itulah saya meminta izin suami saya untuk publickan post di muka buku saya supaya orang lain dapat mengambil idea, dan membuat aktiviti bersama anak-anak di rumah supaya dapat mengurangkan resah ibubapa di luar sana tertekan dengan anak-anak di rumah.
Semua idea aktiviti yang saya buat bersama anak-anak saya hasil dari bacaan, telitian, DIY saya sendiri mengikut keperluan anak-anak saya sahaja mengikut umur mereka.
Setiap hari saya menyediakan 4 hingga 5 bahan baru (Montessori learning) samada menggunakan bahan yang sama tapi cara yang berbeza untuk anak-anak, selebihnya mereka yang menggunakan bahan yang sebelumnya untuk belajar sendiri.
Kita sebagai ibubapa tidak perlu memberi tekanan kepada anak kecil untuk memenuhi keinginan kita, bagi saya ibubapa hanya perlu memantau ape keperluan anak untuk setiap peringkat umur mereka kerana setiap anak kerana anak-anak yang lahir berbeza tahap kemampuan , tahap IQ.
Rangsang motor halus anak
Jadi jenis aktiviti, tahap aktiviti haruslah berdasarkan kemampuan dan keperluan anak kita. Apa yang anak kita lemah, perbanyakkan aktiviti untuk hilangkan kelemahan tersebut. kelebihan anak, raikan bersama. Ibubapa perlu sentiasa mendedahkan anak-anak dengan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan motor halus yang lebih optimum.
Ibubapa perlu meransang motor-motor halus anak terlebih dahulu sebelum belajar membaca di buku secara fizikal. Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan.
Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Jadinya kebanyakan aktiviti seharian anak kecil memang melibatkan kemahiran motor halus.
Ketangkasan (dexterity) ialah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam melakukan aktiviti. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak.
Ibubapa perlu meransang motor halus :
Kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek
Koordinasi – bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak
Sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak. Kemahiran motor halus ini bukan sahaja untuk membantu anak belajar memegang dan menyentuh sesuatu objek malah kemahiran ini sangat penting dalam persediaan mereka untuk menulis kelak.
Aktiviti yang merangsang perkembangan motor halus melibatkan kemahiran meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguli, memicit, merenyuk, melipat, menguntai, menjentik, dan merenjis.
Anak yang kurang menguasai kemahiran motor halus akan ketinggalan untuk menguasai kemahiran peringkat seterusnya. Seperti anak yang masuk sekolah tapi masih belum mahir mengawal pensel, dia akan lambat belajar menulis berbanding rakan-rakannya.
Kelebihan aktiviti yang saya buat untuk anak-anak:
1. Tiup
Aktiviti ini sangat berkesan bagi anak-anak yang ada masalah pelat bercakap, lambat bercakap. Samada tiup belon, tiup visel, tiup straw dll. Ibubapa perlu kratif untuk pelbagaikan aktiviti meniup tersebut supaya menarik minat anak-anak.
2. Penyepit , Gunting
Aktiviti ini adalah untuk melatih kawalan tangan dan jari anak-anak supaya anak-anak boleh mengawal pensil dengan baik Ketika menulis. Aktiviti menggunakan penyepit ibu boleh dipelbagaikan dengan menggunakan bola pom pom atau playdoh.
3. Batang Aiskrim
Aktiviti ini paling mudah dan seronok untuk anak-anak. Mereka akan leka memasukkan setiap batang aiskrim tersebut dalam bekas yang disediakan. Anak juga secara tidak langsung boleh belajar mengira sambil memasukkan batang aiskrim satu demi satu. Atau ibubapa boleh melekatkan abc untuk anak-anak samakan padanan.
Kos beli barang banyak tak?
Saya hanya berbelanja RM50 di Ecoshop setiap bulan untuk tambah bahan-bahan bantu mengajar di rumah. Itu adalah peraturan yang saya telah tetapkan.
Saya banyak berbelanja untuk bahan belajar anak dari barang-barang viral. Plan nak belajar apa hari ini adalah bergantung pada silibus cikgu mereka yang belajar secara online dan Latihan virtual.
Saya akan menyediakan bahan untuk anak-anak buat balik apa yang mereka belajar secara dalam talian kerana anak-anak saya tidak gemar bermain games di handphone @belajar di dalam telefon. Dan sebenarnya kaedah tersebut tidak memberi kesan kepada anak-anak kecil dengan hanya 5 minit buat latihan online.
Jadi saya sebagai ibu perlu mengambil altenatif lain untuk anak merasa dengan deria mereka ketika membuat aktiviti.
Pada sebelah petang saya buat apa-apa aktiviti untuk mengukuhkan apa yang anak-anak saya lemah sebagai contoh, anak bongsu saya lemah dalam keseimbangan badan, saya akan banyakkan aktiviti untuk dia mahir dalam seimbangkan badan dengan aktiviti yang sesuai. Seperti aktiviti menggunakan metal balance beam.
Nak shopping barang anak, jom ke SINI.
Alhamdulillah mereka terbiasa dari kecil dan juga persekitaran rumah saya yang mesra anak-anak untuk belajar membuatkan mereka sentiasa dalam keadaan bermain sambil belajar.
Setiap pagi mereka bangun, mereka mandi, sarapan, mereka akan pergi belajar dengan sendiri, yang kakak 4y selalu bantu adiknya membaca.
Saya latih mereka berdisplin sejak kecil, bebas bermain tapi perlu kemas, kerana orang yang berjaya adalah orang yang berdisisplin.
Kini saya tenang menguruskan mereka, mengurus kerja rumah, mengurus kerja saya. Bagi saya menyediakan bahan-bahan untuk anak-anak belajar adalah satu tanggungjawab ibubapa, dan ibubapa jangan cepat melatah jika anak membuat sepah, jangan cepat putus asa jika anak tidak mahu belajar, berusaha cari cara dan kaedah lain.
Menarik: Risau Sangat Nak Bagi Anak Pegang Gunting, Biar Saja, Lama-Lama Anak Pandai
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Ada Anak Kecil Tetap Boleh Kemas. Disiplin & Praktis Je Cara Ni Setiap Hari!
Rumah bersih, tersusun kemas buatkan hati pun rasa tenang. Namun ada yang memberi alasan jika ada anak kecil ni, nak mengemas rumah pun tak sempat kerana anak asyik buat sepah je.
Tapi jika anda seorang yang tak boleh tengok rumah bersepah, nak tak nak rumah mesti ada akan tetap kemas juga kan. Bagaimana nak mengemas tu terpulang. Ada yang selesa kemas hari-hari, ada juga yang suka buat dua hari dalam seminggu dan bagi ibu bekerjaya ada yang akan betul-betul pulun kemas waktu hujung minggu.
Ada juga sesetengah orang, mereka akan terus kemas sebelum nak tidur dan siap-siap bersihkan dapur dan pinggan mangkuk dalam sinki.
Namun bagi anda yang masih lagi tercari-cari alternatif untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas, ini tip dari Salini Md-Jam
5 CARA MUDAH UNTUK RUMAH BERSIH & KEMAS
Susah betul nak jaga rumah bagi kemas & bersih terutama bila ada anak2 kecil kat rumah.. Pulak tu..bila kita ni sibuk bekerja.
Mami ni jenis suka berletiaq kalau rumah tak bersih & kemas. Anak2 sampai dah faham perangai mami..
Jom cuba tip ni..
ARTIKEL MENARIK [Saat Lafaz “Äku Terima Nikahnya…”, Bukan Nak Hidup Senang Je. Tapi Kongsi Susah Bersama]
KEMAS KATIL
– kemas katil & bilik tidur sebaik saja bangun tidur.
– celik mata saja HARUS lipat selimut. Selimut benda yg paling penting utk katil kelihatan kemas.
– bilik tidur sebenarnya adalah tempat pertama utk menentukan sikap kita. JIKA BILIK TIDUR BERSIH & KEMAS..INI MELAMBANGKAN SIKAP KITA…SAMA ADA KITA INI ADALAH SEORANG YG RAJIN ATAU PEMALAS!
SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
– jgn biar baju kotor bertimbun.
– jgn biar baju yg sudah dibasuh & kering menimbun dlm bakul. Tetapkan masa utk lipat baju.
JANGAN BIAR SINGKI PENUH
– haa…..yg ni mami paling pantang!
– basuh pinggan setiap kali selepas makan.
– singki yg penuh & kotoq akan buat dapuq tak bersih.
PASTIKAN KAUNTER DAPUR SELALU BERSIH
– cuci dapur selepas masak.
– cuci &susun pinggan mangkuk di tempatnya.
– simpan baki lauk pauk dgn kemas.
– buang sampah setiap kali bakul sampah penuh. JANGAN BIAR SAMPAI BUSUK & BERULAT!!
KEMAS RUANG TAMU SELALU
– ruang tamu tempat santai di rumah. HARUS sentiasa bersih & kemas.
TIPS EKSTRA….
– sambil mandi…basuh la bilik air & mangkuk tandas.
– mop lantai paling kurang sekali seminggu.
JOM SAMA-SAMA AMALKAN.
Sibuk bukan bermakna kita blh abaikan kebersihan rumahtangga.
Buat rumah sentiasa bersih & tenang. BARU LA SUAMI & ANAK2 MELEKAT JA KAT RUMAH! Betul tak??
Sumber: Salini Md-Jam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI