Jika betul tekaan orang ramai mengenai kehamilan kedua Noor Neelofa, ramai yang tumpang gembira dan mendoakan baik-baik untuknya. Cuma setakat ini belum ada lagi apa-apa kenyataan rasmi keluar dari mulut ummi atau abah Muhammad Bilal.
Cuma dari pemerhatian ramai melihatkan bentuk badan Neelofa agak berisi berbanding biasa dan baru-baru ini juga, ketika Neelofa pergi ke Brunei atas urusan kerja, ramai yang agak Neelofa hamil anak kedua kerana berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang.
Bukan itu saja, Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan selepas tular video penampilan dirinya yang kelihatan agak berisi.
Menerusi video di TikTok baru-baru ini, Neelofa bersama suami tercinta, Haris Ismail sedang menjalani penggambaran untuk produk mereka.
Apa yang menjadi perhatian ramai apabila Neelofa, 33, menggayakan dress ikat belakang serta kelihatan sukar untuk duduk ketika mahu memberikan air kepada Haris.
Terkini di instagram Neelofa apa yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian gambar terbarunya ketika pelancaran Jilbab Nunha seolah-olah menguatkan lagi khabar angin yang dirinya hamil.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula mengusik dengan menyatakan Muhammad Bilal bakal menjadi abang tidak lama lagi.
Selain itu, ada segelintir pengikut yang yakin lantas mengucapkan tahniah kepada hos program Next To Neelofa 2.
Sebelum ini, Neelofa merahsiakan mengenai kehamilan bayi pertamanya, Muhammad Bilal sehingga sekitar usia kandungannya mencecah lapan bulan.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Kredit: IG Neelofa
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI