Jangan sangka anak yang masih kecil tidak faham apa yang anda katakan padanya. Si kecil lebih mudah dididik sekiranya dilakukan sejak awal lagi.
BOLEH DIMULAKAN DARI USIA 6 BULAN
Disiplinkan anak pada usia bayi, adakah terlalu awal? Jawapannya ialah tidak. Mungkin ramai yang akan berkata terlalu awal mendisiplin anak daripada usia bayi. Bak kata pepatah, melentur buluh daripada rebungnya. Usia 15 bulan pertama boleh anda manfaatkan sebagai penekanan kepada disiplin.
Mama papa perlu tahu yang disiplin bukan dengan cara menengking, memukul atau mendenda. Disiplin ialah kebolehan diri si kecil untuk mengawal kelakuan diri dan memikirkan tentang orang lain.
Ia sangat baik untuk perkembangan dirinya dan pembentukan sahsiah diri. Lebih baik dimulakan lebih awal daripada anda membiarkan lama sehingga terpaksa mendisiplinkan anak yang sudah besar dengan cara yang keras!
Anda tidak boleh mengatakan bayi nakal pada usia enam bulan pertamanya kerana dia masih belum boleh memahami. Situasi akan berubah apabila bayi pada usia 6 hingga 12 bulan. Dia akan mula untuk memahami perkataan ‘tidak’ pada reaksi negatifnya.
Ingat bahawa ia bukan memaksa, tetapi menngajarnya. Jadi tidak perlu mengugut untuk mendisiplinkan anak pada usia ini. Perkataan asal disiplin daripada bahasa Latin discipline yang bermaksud learning atau belajar. Jadi, ia bermaksud anak perlu belajar melalui disiplin. Dia sepatutnya takut. Terangkan kepadanya dan tunjukkan cara yang betul.
Ads
Cuba cipta suasana di rumah yang membantunya mengikuti peraturan anda seperti menyediakan bakul mainan untuknya mengemas mainan, memastikan dia mendapat tidur, makan dan rehat yang cukup untuk mengelakkan amukan tantrum dan sebagainya. Ini akan membantunya untuk berkelakuan baik.
Mama papa perlu sentiasa tenang bila anak mula buat perangai tidak seperti apa yang anda tetapkan. Jika anda marah kepadanya, dia akan rasa sedih dan tidak akan belajar sesuatu daripada kesilapannya tadi. Cuba bertegas tetapi elakkan memarahi.
Ads
#2 TERANGKAN PERATURAN
Anda tahu bayi anda sebagai contohnya, berusia 9 bulan dan tidak memahami sepenuhnya apa yang anda terangkan tentang dia perlu ikut peraturan dan kenapa. Tapi mama papa teruskan sahaja, terangkan kepadanya berulang kali. Lama kelamaan dia akan memahaminya.
#3 ELAKKAN DENDA & MEMUKUL
Memukul tidak akan mendisiplin sebaliknya akan memberikan kesan jangka pendek sahaja. Memukul juga hanya akan menyebabkan anak takut kepada anda, keras hati dan sukar dibentuk.
#4 GUNAKAN PENGUATKUASAAN POSITIF
Ads
Salah satu cara berkesan yang boleh mendisiplinkan anak ialah dengan memujinya apabila dia mengikuti peraturan anda. Peluk dan ciumnya dan beritahu ia adalah kerana anda suka dia ikut peraturan dan berkelakuan baik.
#5 TEGAS TAPI FLEKSIBEL
Setiap peraturan perlu dilaksanakan dengan ketegasan. Mama dan papa jangan kena kentalkan hati. Tapi pastikan ada budi bicara dan pemerhatian. Tengok sekiranya si kecil mencebikkan muka kepada sepupunya, mungkin ia kerana dia terlalu seronok bermain atau bergurau.
MAMA PAPA KENA SIAP SEDIA
Corak didikan demokrasi yang lebih fleksibel disarankan. Selain itu, bersiap sedia menjadikan diri model tingkah laku kepada anak kerana mereka sering memerhatikan anda. Fahami keadaan semasa anak, perkembangan semasanya dan elakkan melabel!
Si kecil dalam proses belajar untuk mengikuti peraturan anda dan sedang membesar. Berikannya masa. Bayi ialah individu yang berlainan. Apa yang anda lakukan pada anak pertama mungkin kesannya tidak sama kepada anak kedua. Tapi mama dan papa jangan putus asa!
Sejak kehadiran Adam Fateh Lee dalam hidup Adam Corrie Lee dan Fazema Mohd Fuad tahun lalu, kehidupan pasangan suami isteri ini makin lengkap.
Mana tidaknya setiap keletah Fateh pasti ditunggu-tunggu kedua ibu bapanya. Dah masuk 7 bulan usia Fateh, si comel ini sentiasa jadi perhatian. Ini kerana wajahnya yang mix Melayu dan Cina sangat cute dengan senyuman manis.
Menerusi perkongsian Corrie baru-baru ini, dia ada memuat naik gambar keluarganya dengan kapsyen yang menarik.
“Muka Abah + Muka Mak @puan_fazi_fuad : Fateh @adamfatehlee. Allah itu Maha Adil.. Maha Penyayang.. Alhamdulillah,” tulisnya yang bersyukur dengan kurniaan cahaya mata itu.
Lagi satu yang menariknya, sejak Fateh mula makan nampaknya Corrie rajin melayan dan menyuap. Mungkin ini pengalaman pertama buatnya dan ditunggu sejak sekian lama.
Dalam satu video yang dimuat naiknya, Corrie sedang menyuap Fateh sambil bercakap bahasa Hokkien.
Panik kan kalau baby tersedak susu atau tercekik sesuatu objek. Sebagai ibu bapa anda kena tahu ilmu rawatan kecemasan supaya tindakan awal yang diambil boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kemudaratan lebih teruk.
Ingat ya, rawatan kecemasan awal ini mesti dipelajari oleh semua ibu ayah! Video rawatan kecemasan yang dikongsi oleh Nurul Jaa di laman facebooknya mendapat perkongsian tinggi hingga menjadi tular.
Jelas menunjukkan yang semua ibu ayah sangat prihatin dan mestilah sayang anak masing-masing. Usaha untuk mempelajari teknik rawatan kecemasan sekiranya anak tersedak susu atau tercekik itu salah satu buktinya. Rasanya ia juga patut dipelajari oleh semua pengasuh yang menjaga bayi. Mungkin boleh mengurangkan kejadian bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Wallahualam.
Jom kita pelajari langkah demi langkah caranya seperti dalam video ini.
Pegang kepala baby dari bawah, support leher dan kakinya. Baby mungkin akan begerak. Pegang kuat-kuat.
2. Tangan sebelah support rahang baby dan pusingkan baby ke arah bawah.
3. Paling penting mesti lawan graviti. Kepala pusingkan ke arah bawah.
4. Bagi lima kali back slap dari alur punggung ke arahh atas. Tekan dan slide.
5. Support balik kepala dan pusingkan balik baby.
6. Tekan center of the chest, tempat buat CPR. Kemudian tekan lima kali menggunakan jari.
7. Bila tekan paru-paru akan buat kerja keluarkan segala benda yang ada.
8. Ulang lagi buat langkah back slap sebanyak 5 kali.
9. Boleh periksa mulut baby takut-takut ada objek yang dia tercekik tapi jangan korek mulut baby takut nanti luka.
10. Buat langkah rawatan ini sehingga baby menangis atau objek keluar. Bila dah menangis maksudnya baby dah ok.
Nak balik kampung, wajibkan anak duduk dalam kerusi keselamatan (carseat) tau. Biarlah anak mengamuk dan menangis asalkan selamat kerana malang tidak berbau!
Mama & papa perlu elakkan memangku anak di riba ketika kereta sedang dipandu/ bergerak kerana ia meningkatkan risiko bayi terlepas daripada pangkuan atau pelukan sekiranya berlaku kemalangan. Biarlah mereka menangis hari ini daripada kita menangisi pemergian mereka di kemudian hari.
Lebih-lebih lagi dalam perjalanan jauh seperti pulang ke kampung dengan trafik yang mencabar, jangan abaikan keselamatan si kecil. Pemakaian carseat mengurangkan risiko kecederaan kepada si manja sekiranya berlaku kemalangan. Ia mengurangkan gegaran otak dan melindungi dua bahagian penting iaitu otak dan tulang belakang sekiranya berlaku kemalangan.
8 TIP LATIH ANAK DUDUK DI CARSEAT
Latih anak lebih awal daripada tarikh perjalanan jauh bermula. Beritahu anak tujuan meletakkannya dicarseat ialah bertujuan untuk memastikan dia selamat.
Pastikan mereka berada dalam keadaan selesa, tidak terlalu sejuk atau panas.
Sediakan mainan yang boleh dicapai bayi semasa di dalam
Jika anda dalam perjalanan jauh, pertimbangkan untuk berhenti setiap dua jam sekali untuk bermain dengan bayi.
Sekiranya boleh, pastikan ada seseorang menemani bayi ketika duduk di bahagian belakang kereta.
Mainan yang berbunyi atau bermuzik boleh membantu menenangkan bayi.
Bila letakkan bayi di carseat,pastikan anda kuatkan hati. Walau pun bayi menangis untuk menarik perhatian anda, jangan berhentikan kenderaan. Teruskan memandu kecuali tangisannya kuat dan dia membiru.
Pastikan anak kenyang, mood baik dan lampinnya ditukar sebelum memulakan perjalanan.
Pastikan carseat yang digunakan selesa dan sesuai dengan peringkat usia dan perkembangan fizikalnya.
JENIS-JENIS CARSEAT
Bagi yang sedang berkira-kira untuk membeli carseat untuk si manja, bolehlah mengambil kira jenis-jenis carseat ini agar ia bersesuaian dengan usia dan perkembangan si manja.
JENIS MENGHADAP BELAKANG
Kerusi keselamatan jenis menghadap ke belakang (rear facing seat) depan biasanya disarankan untuk si manja yang berusia sekurang-kurangnya dua tahun dan ke atas. Mereka perlu mencapai tinggi dan berat badan yang telah ditentukan oleh pihak pengeluar bagi memastikan bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum.
1- Kerusi keselamatanbayi (infant seat)
PRO: Bersaiz kecil kerana hanya boleh memuatkan si manja yang baru lahir. Mempunyai pemegang untuk memudahkan ia dibawa dan tapak untuk memastikan kedudukannya kukuh semasa pemanduan. Selesa untuk di kecil dan dilengkapi dengan abah-abah.
KONTRA: Boleh digunakan pada masa yang singkat sahaja. Berat bayi terhad kepada 10 hingga 12 kg sahaja. Selain itu, apabila si manja membesar, pemegangnya menjadi kurang praktikal.
2- Kerusi keselamatan convertible
PRO: Kerusi keselamatan convertible boleh digunakan secara menghadap depan dan boleh dipusing menghadap ke belakang. Juga mempunyai had berat si manja iaitu kira-kira sehingga 20 kg.
KONTRA:Saiznya agak besar untuk si kecil yang baru lahir. Tiada mempunyai pemegang dan tapak. Anda perlu menambah kusyen dan pelapik tambahan di atas kerusi untuk menyokong dan memberi keselesaan kepada si manja.
3- Kerusi keselamatan 3 dalam 1
PRO: Kerusi keselamatan ini mempunyai tiga fungsi iaitu ia boleh digunakan secara menghadap belakang, hadapan dan diceraikan sebagai booster seat.
KONTRA: Kerusi jenis ini selalunya mempunyai saiz yang besar dan tinggi. tidak sesuai bagi anda yang memiliki kereta kecil.
JENIS PANDANGAN HADAPAN
Lazimnya dicadangkan kegunaan untuk si manja yang berusia dua hingga empat tahun atau mencapai berat badan 40 kg. Kerusi ini dilengkapi dengan abah-abah untuk memastikan si manja sentiasa tetap di kedudukannya.
1-Tempat duduk kanak-kanak
PRO: Anda boleh memasang tempat duduk kanak-kanak supaya kedudukannya dan mengubah kedudukan tali pinggang keledar untuk memastikan keselamatan si manja.
KONTRA: Ia kekal di situ dan tidak boleh tidak sesuai bagi anda yang mempunyai penumpang dewasa kerana kerusi kanak-kanak bersaiz kecil dan agak kecil.
2- Kerusi keselamatan kombinasi
PRO: Kerusi keselamatan ini merupakan kombinasi kerusi dan booster seat. Ia dilengkapi dengan abah-abah dan tali pinggang. Belian yang berbaloi kerana boleh digunakan lama.
3- Booster seat
PRO:Untuk si manja berusia enam tahun atau berat 40 kg ke atas. Ada dua pilihan iaitu dengan penyandar dan tanpa penyandar. Lebih kecil dan mudah ditanggalkan apabila tidak mahu digunakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!