Antara usia anak satu hingga enam tahun, ia adalah tempoh mencabar bagi ibu bapa untuk hadap perangai atau ragam anak-anak. Ini antara perkara yang normal dan boleh berlaku bila-bila masa atau di mana-mana saja.
Sharieq buat hal lagi!
Terkini, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong berkongsi satu lagi ‘drama’ dibuat oleh anaknya, Shariq Gabriel kerana tidak mahu berjalan sewaktu mereka berada di salah sebuah pusat membeli-belah di Singapura.
Pun begitu, kali ini Emma dan suami malas melayan lalu terpaksa ‘seret’ Sharieq kerana tidak mahu sering ‘dukung’ dan dimanjakan.
“Bila anak buat perangai tak nak jalan tapi kita tak nak biasakan dukung sebab 24 jam nak dukung, tak nak jalan,”ujar Emma.
Ads
Kejap saja, Sharieq menang!
Dalam pada itu, Emma memberitahu dia dan suami akhirnya terpaksa mengaku kalah kerana risau akan keadaan anaknya pada ketika itu.
“Tapi, akhirnya dia menang juga. Haih, kita kalah. Bawa stroller pun dia nak duduk, time tidur kalau tak dia lari. Mesti banyak mak-mak dah lalui benda ni kan,”kongsi Emma di ruangan komen hantaran tersebut.
Rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Sharieq selain mengatakan ia adalah perkara normal terpaksa dilalui oleh ibu bapa ketika anak-anak sedang meragam.
Ads
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Kehilangan insan tersayang membuatkan kita hilang punca. Sedih dan sudah tentu rasa ‘kosong’ dalam jiwa. Sebab itulah, kita harus menghargai setiap masa bersama dan abadikan memori indah itu selalu.
Seperti yang dikongsikan oleh isteri ini, Eymma Mohamad Noh, pertama kali selepas lima tahun perkahwinan dia melihat suaminya menangis. Gugur air mata seorang bapa ketika ditanyakan macam mana kalau tiba-tiba anak mereka ‘pergi’?
“Semua benda yang jadi dalam hidup aku, aku suka simpan..”
Aku sejenis memories hoarder. Semua benda yang jadi dalam hidup aku, aku suka simpan. Tak kisah text message, gambar, video atau bunyi suara. Apa sahaja yang boleh aku simpan, aku simpan.
Lepas berita pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, aku jadi terfikir untuk banyakkan lagi koleksi kenangan aku anak beranak. Supaya kalau suatu hari antara kita yang pergi dulu, masih ada gambar buat tatapan. Masih ada ucapan buat kenangan, masih ada suara buat ingatan. Sebab bagi aku, benda yang paling aku takut adalah bila aku lupa bagaimana bunyi nada suara orang yang aku sangat sayang kalau nanti dia dah tak ada.
Aku tanya Halil, adakah dia akan berbuat yang sama. Sebab benda berkait dengan kenangan ni takde peluang kedua. Sekali kau dah buang, kau tak dapat cari balik. Tak sangka suami aku tak rasa benda yang sama.
“Buat apa nak dikenang benda dah takde?”
Bagi dia buat apa nak dikenang benda dah takde. Buat hati jadi sengsara ingat orang yang dah tak ada. Aku terus tanya, “what if kalau Huud yang takde? Takkan you nak buang semua gambar Huud?”
5 tahun aku kenal dan hidup dengan Halil, semalam merupakan saat pertama aku nampak dia menangis. Ya, dia tak menangis masa aku beranakkan Huud, dia tak menangis masa azankan Huud, dia tak menangis masa arwah Papa pergi, dia tak pernah menangis.
Dia tepuk dada dia perlahan, cuba bertenang. Lengan dia angkat tekap ke mata tapi aku nampak air mata dia mengalir perlahan. Aku terdiam, aku tengok anak tidur, aku sembamkan muka dekat bahu dia, aku menangis semahunya.
“I tak tau macam mana I nak hidup kalau Huud tak ada. I rasa I boleh gila dan tak waras nak hidup dalam kenangan kalau Huud tak ada. I tak boleh tengok gambar gambar dia. I rasa I akan pergi jauh dari sini, pergi dekat tempat yang takde kenangan dengan Huud. I takkan duduk rumah ni lagi, baju dia mainan dia, I tak boleh tengok. I akan terdengar dengar dia panggil I – babah babah. I rasa I boleh depress kalau I hidup nampak gambar dia, tengok video dia. I can’t..” – Halil
Apa apa pun, syarat mati adalah hidup. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan usia orang orang yang aku sayang. Kita tak ada waktu yang lama sesama kita. Selagi ada masa, teruskanlah untuk membahagiakan antara satu sama lain. ❤️
Takziah juga buat kita kita yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang. Semoga Tuhan mengurangkan segala duka rindu di hati kita semua.
“We keep this love in a photograph, We made these memories for ourselves, Where our eyes are never closing, Hearts are never broken, And time’s forever frozen still.” – Ed Sheeran, Photograph
With love, Emma Noh ❤️ 19/2/2020, 1940hrs Damansara Perdana.
Sesungguhnya perkongsian isteri dan ibu ini membuatkan kita juga terasa sedihnya. Yalah, sudah terbiasa bersama tiba-tiba, insan kesayangan ‘ditarik’ jauh dari kita. Mampukah kita mengharunginya? Mahu atau tidak, itulah yang perlu kita lalui. Maka, hargai setiap seorang dari mereka selagi masih ada bersama kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 13 Ogos, genap 4 tahun usia buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah. Walaupun sebelum hari lahirnya Ainul diberi sedikit ujian oleh Allah, ternyata anak ini sangat kuat melawan sakitnya.
Disaat dirinya agak kritikal kerana mengalami jangkitan kuman setelah demam panas ditambah pula kena sawan beberapa kali, dapat dilihat semangat dalam diri anak kecil ini begitu tinggi.
Walaupun dua kali ditidurkan dan diberi alat bantuan pernafasan, dengan izin Allah, Ainul boleh bangkit dan memberi kegembiraan buat walid, mama dan orang lain yang sentiasa mendoakannya.
Dalam ucapan walid Ainul di Facebooknya, Ahmad Safiuddin menitipkan ucapan agar anak sulungnya cepat sembuh dan boleh berada dalam pangkuan mereka sekeluarga.
“Happy birthday kakak! Cepat sembuh dan boleh balik semula ke pangkuan kami.”
Sementara ibu, di instagram mama Ainul, Nurul Erwani, sebagai ibu tiada apa yang dipinta melainkan untuk melihat anak tersayang terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada di sisi setiap waktu.
“Selamat Hari Lahir buat anak kesayangan Mama, Ainul Mardhiah. Cukuplah Ainul sentiasa berada di sisi mama setiap waktu. Semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan serta dilindungi dari segala kejahatan di dunia ini❤️
“Mama rindu dengan kakak😢 Nanti kita sambut besday sama-sama ya.”
Sehari sebelum hari lahir Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi kepada umum yang Ainul mula sedar setelah ditidurkan buat kali kedua. Dia dah mula angkat tangan walaupun keadaannya masih lemah.
Selain itu, walidnya juga turut memberitahu keadaan kesihatan Ainul yang tak stabil awal Ogos lalu kerana terdapat kuman yang menyerang otak anaknya.
Doktor telah mengesyaki terdapat kuman yang sedang menyerang otak Ainul. Hal itu telah membuatkan Ainul diserang sawan yang sangat luar biasa.
“Doktor suspected ada virus/kuman menyerang otak Ainul sebab itu dia mengalami sawan yang luar biasa,” tulisnya.
Bagaimanapun, menurutnya mereka sekeluarga kini masih lagi sedang menunggu keputusan sample yang diambil.
Tugas guru bukan setakat mengajar tetapi ada sebahagiannya secara sukarela sanggup membantu anak murid sendiri yang ada masalah. Seperti tindakan seorang guru ini yang tular di media sosial apabila dia bertindak memotong dan membersihkan rambut muridnya yang dipenuhi kutu.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok milik guru itu sendiri iaitu @zeraazzahra dan menunjukkan keadaan rambut murid yang dipenuhi kutu. Wajah anak murid tidak ditunjukkan, hanya bahagian belakangnya sahaja yang ada ditunjukkan.
Menerusi video tersebut, kelihatan guru berkenaan bawa anak muridnya keluar kelas dan kemudiannya mula menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.
Guru bernama Zera itu kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tahu rambutnya dipenuhi kutu.
“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab pelajar itu.
Menurut Cikgu Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak.
Ini juga pengalaman kali pertama Zera mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah banyak kutu di rambutnya.
“Semangat anak cantik, cikgu akan terus pantau sampai kamu bebas kutu,” jelas cikgu berkenaan.
Takdir Allah mendahului segalanya. Seorang pelajar semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, yang bercita-cita menjadi ustazah, pergi menghadap...