Antara usia anak satu hingga enam tahun, ia adalah tempoh mencabar bagi ibu bapa untuk hadap perangai atau ragam anak-anak. Ini antara perkara yang normal dan boleh berlaku bila-bila masa atau di mana-mana saja.
Sharieq buat hal lagi!
Terkini, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong berkongsi satu lagi ‘drama’ dibuat oleh anaknya, Shariq Gabriel kerana tidak mahu berjalan sewaktu mereka berada di salah sebuah pusat membeli-belah di Singapura.
Pun begitu, kali ini Emma dan suami malas melayan lalu terpaksa ‘seret’ Sharieq kerana tidak mahu sering ‘dukung’ dan dimanjakan.
“Bila anak buat perangai tak nak jalan tapi kita tak nak biasakan dukung sebab 24 jam nak dukung, tak nak jalan,”ujar Emma.
Kejap saja, Sharieq menang!
Dalam pada itu, Emma memberitahu dia dan suami akhirnya terpaksa mengaku kalah kerana risau akan keadaan anaknya pada ketika itu.
“Tapi, akhirnya dia menang juga. Haih, kita kalah. Bawa stroller pun dia nak duduk, time tidur kalau tak dia lari. Mesti banyak mak-mak dah lalui benda ni kan,”kongsi Emma di ruangan komen hantaran tersebut.
Nampak macam kejam, tapi yang lalui sahaja faham
Rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Sharieq selain mengatakan ia adalah perkara normal terpaksa dilalui oleh ibu bapa ketika anak-anak sedang meragam.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @emma_maeombongofficial ; OMM
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)