Pasti ramai yang teringin untuk mendekorasi rumah. Cuma kekangannya adalah bajet. Sebab tak semua perhiasan dijual pada harga yang mampu milik. Ada yang harganya boleh cecah nilai ratus untuk satu barang.
Mungkin bagi orang berduit tak ada masalah, cuma golongan sederhana anda tak perlu nak risau. Sekarang ni banyak idea untuk mendekorasi rumah dengan bajet minima tetapi hasilnya wow!
Seperti perkongsian video di TikTok @merraco29, idea menggunakan cermin RM2.10 dan lidi seterusnya di spray dengan warna gold memang cantik sangat. Sesuai bagi anda yang nak hias dinding ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur.
Jika dipasaran, harga cermin yang dihias seperti ini agak mahal juga, kini dengan bajet dalam RM10 dah dapat satu. Nak tahu macam mana caranya boleh tengok video ini.
Ads
Video yang dikongsikan ini telah mendapat perhatian orang ramai apabila meraih 2.3 juta tontonan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yusoff Al Qardawi tak maragam semasa ikut serta mamanya, Datin Sri Nur Shahida Abdul Rashid mengerjakan umrah. Ramai yang kagum dengan telatah anak kecil ini yang tidak menangis mahu pun mengamuk. Rupa-rupanya ini yang dilakukan oleh ibunya terlebih dahulu sebagai persediaan.
Sudah tentu ibu Yusoff ingin merebut peluang melakukan solat berjemaah lebih kerap sepanjang berada di tanah suci.
Datin Sri Shahida Abdul Rashid berkongsi tip caranya melatih Yusoff. Sebelum ini, rupa-rupanya dia telah membiasakan Yusoff untuk mengikutnya solat berjemaah di masjid, lama- kelamaan bayi penghias kulit Pa&Ma edisi November ini terbiasa untuk terbaring disisi ibunya sehingga selesai solat.
Selain itu, beliau juga memastikan Yusoff kenyang dan mendapat tidur yang cukup.
shahidadherbs Ramai tanya mcm mana bawa baby @yusoffalqardawi waktu umrah….waktu solat mcm mana dia x nangis ke? . 1-2 bulan sebelum umrah saya biasakan yusoff ikut saya solat di masjid waktu subuh…supaya dia terbiasa……mula2 dia nangis2 juga waktu mula2 ajar tu sbb orang x ambik dia,dari sehari ke sehari dia dah boleh faham time solat dia akan baring kat situ sampai habis solat…..kadang2 dia pula yg sengih2 kat kita time kita tgh solat tu…. . Alhamdulillah kat sini belum lagi sekalipun yusoff meragam time solat…….yg penting sebelum solat bagi dia cukup tidur cukup susu..Insya Allah selamat kita
Para follower memuji Datin Sri Shahida yang bijak melatih Yusoff dari awal. Selain itu, rata-rata memuji betapa baiknya Yusoff yang tidak pernah meragam saat ibunya beribadah.
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak gayanya kehadiran Ney Ney (Mohamed Neqayl Nazri Aziz Mohamed Nedim menambahkan lagi keceriaan keluarga Nora Danish dan suaminya, Nedim.
Kelahiran bayi seberat 2.98 kilogram ini melalui pembedahan caesarean pagi semalam di sebuah hospital swasta menamatkan penantian peminat untuk melihat cahaya mata hasil perkongsian hidup Nora Danish dengan Nedim.
Apabila pengumuman berita gembira ini dibuat oleh Nedim pagi semalam, instagram Nora Danish dan Nedim dipenuhi dengan ucapan tahniah.
Rata-rata peminat mereka cukup teruja dengan kelahiran Ney Ney dan berharap membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.
Tetap cantik dan senyum memanjang
Menariknya juga, walaupun selepas melahirkan bayi, Nora Danish tetap comel dan senyuman tak lekang dibibir.
Dari raut wajahnya tak nampak pun Nora Danish menahan sakit dan seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum itu walaupun bertarung nyawa melahirkan bayi.
Salah seorang netizen turut memberi komen, “Biasanya kalau orang lain mungkin akan lemah buat seketika kesan dari ubat tapi Nora Danish maintain je”.
Sama juga macam Che Ta dulu semasa melahirkan Aaisyah tetap lawa je.
Nedim luah kata romantik
Dalam satu post di instagram Nedim, dia ada berkongsikan gambar pemberian jambangan bunga pada Nora Danish sebagai tanda rasa terima kasih kerana melahirkan cinta hati mereka.
Suka tengok pasangan ini dan Nora cukup bertuah kerana Nedim begitu menghargainya.
Apa-apa pun tahniah diucapkan pada Nora Danish dan Nedim. Semoga kelahiran cahaya mata ini memberi rahmat dan kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga.
Sumber: Ig Nora Danish & Boss Ned
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak-anak. Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan, “Jangan”, “Tak Boleh”, atau “No”. Sebagai ibu atau ayah, kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin. Apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan supaya anak-anak lebih mendengar kata. Kita sebagai ibu bapa pun tidak sakit hati.
Terlalu banyak mengatakan Tidak! kepada anak-anak akan membuatkan mereka memberontak. Apa kata anda cuba sepuluh ayat ringkas tetapi tepat untuk menggantikan perkataan Tidak! :-
1. Anak dan makanan manis tidak dapat dielakkan. Marah-marah pun tak guna, kerana anak tetap mahu juga. “Mama tahu awak suka aiskrim (sebagai contoh), tapi kalau makan banyak sangat pun tak elok tahu?”.
Sambil itu, terangkan mengapa ia tidak baik untuk mereka.
2. Biasalah kalau anak bermain dengan makanan. Sama ada dia sedang belajar tentang makanan itu atau ia sebenarnya tidak balas normal kerana mereka pernah ‘terkena’ dengan makanan yang kurang merka suka. “Makanan tu rezeki. Untuk dimakan, bukan untuk dibuat main Sayang.”
Kemudian anda boleh ceritakan keburukan membazir atau tunjukkan foto kanak-kanak yang kebuluran kepada mereka.
3. Anak gemar hancurkan permainan yang telah disusun cantik. Sebelum marah, lebih baik anda gunakan pendekatan yang lebih lembut. “Janganlah jatuhkan lego yang Mama dah susun ni. Jom, Mama ajar macam mana nak main benda ni.”
Luangkan masa untuk susun permainan ini bersama-sama. Anak anda akan menghargai momen ini dan ia dapat merangsang kreativiti mereka.
4. Jika anak anda dilihat sedang menarik ekor haiwan atau memetik daun atau bunga dengan kasar, terangkan kepada mereka akibatnya. “Semua benda hidup nak membesar. Tak bolehlah kita kasar-kasar dengannya.”
5. Biasalah anak-anak bergaduh sesama sendiri. Ii pendekatan paling sesuai. “Kita guna mulut, cakap elok-elok. Bukannya guna tangan.”
Bila anda berselisih faham, mereka cenderung untuk memukul antara satu sama lain. Jangan anda tambah pula, eloklah terangkan kepada mereka mengapa lebih elok bercakap dengan baik daripada berkasar.
6. Bila mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mengamuk perkara biasa. Jangan anda menjerit sekali. “Papa tak faham kalau awak menjerit macam tu. Cuba cakap macam biasa.”
Sebagai ibu bapa, kita harus bersabar dan kekalkan intonasi tenang ketika memujuk anak-anak.
7. Dari marah dan menengking, baik anda gunakan kata-kata humor untuk ‘marahkan’ anak anda. “Jagalah dia. Mama datang ni nak tangkap dia!”.
Walaupun nampak seperti anda berlawak, terangkan kepada mereka. Jika sudah keluar ayat begitu, bermakna anda sedang marah walaupun ia diucapkan sambil anda ketawa. Biar mereka tahu, itu adalah ayat penegasan.
8. Perkara biasa anak minta untuk bermain telefon bimbit. Bila dah diberi, tak tahu nak pulang. “Boleh tak kalau Papa nak handphone Papa semula? Adik main toy ni ya?”.
Anda boleh terangkan kepada mereka keburukan melihat telefon bimbit terlalu lama.
9. Anak-anak suka tanggalkan kasut bila di luar rumah. Itu normal. “Eh, pakailah kasut. Di rumah boleh buka. Dekat luar kena pakai kasut sebab takut nanti cacing masuk dalam kaki Abang.”
Jangan terus dimarahi, terangkan kepada anak-anak mengapa penting untuk mengenakan kasut ketika di luar rumah.
10. Anak-anak sukakan perkara baharu. Habis semua benda mereka nak buat main walaupun ia berbahaya. “Berhenti.” “Bahaya.” atau “Panas.”
Anda boleh gunakan penegasan begini jika mereka dilihat bermain sesuatu yang berbahaya atau tidak patut diusik.
Semoga tip kali ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!