Nampak ‘Montok’, Puas Hati Beli. Rupanya Ayam Suntik, Perhatikan Ciri Ini!

Share

Semua anak sukakan ayam goreng, kalau dapat memang tak mahu lepas! Biasanya ayam goreng ni nampak sedap bila di restoran makanan segera tapi harganya ‘boleh tahan’ juga. Lebih baik sediakan sendiri untuk anak, tapi kena bijak pilih ayam mentah yang berkualiti dan SELAMAT untuk dimakan.

Sumber foto: www.freepik.com

Bila ayam mentah tu selamat dimakan, ia bukan saja perlu datang dari sumber halal dan disembelih dengan kaedah yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tetapi juga bebas suntikan hormon atau suntikan air.

Ayam pun ada yang melalui proses suntikan supaya kelihatan ‘montok’ dan besar. Kaedah suntikan ini dibuat untuk menarik perhatian pembeli bila tengok ayam gemuk-gemuk!

Artikel Lain: [Anak Bawah Setahun Tak Perlu Bagi Garam, Gula. Beri Makan Bukan Nak Sedap Semata-Mata]

Sumber foto: www.freepik.com

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, mereka menyenaraikan ciri-ciri ayam yang disuntik. Bolehlah dijadikan panduan. Posting ini dibuat pada bulan Jun 2020, tetapi infonya tetap boleh diguna pakai sebagai panduan.

TEKNIK ‘PLUMPING’ BUKAN PERKARA BAHARU

Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.

Sumber foto: www.freepik.com

Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

IKUT ‘LAW’, KALAU GUNA TEKNIK NI KENA BERITAHU PELANGGAN

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna.

Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air:

Artikel Lain: [Ibu Ini Kongsi Cara Rangsang Deria Bayi Lebih Cepat Dengan Lihat 3 Warna Ini!]

Ayam suntik adalah ayam yang disuntik tambahan air pada bahagian dada, paha dan punggungnya sehingga ayam bersaiz kecil akan nampak besar.

BANYAK AIR MENITIS, KULIT AYAM LICIN BERKILAT

Perhatikan dengan teliti, ketika anda mahu membeli ayam mentah jika banyak air yang menitis apabila ia digantung atau diangkat. Selain itu, ayam yang disuntik mempunyai kulit yang kelihatan berkilat dan tidak kesat.

Ayam yang disusun atau diletakkan dalam pinggan, akan ada air yang bergenang di sekitarnya. Apabila dimasak pula, anda boleh perhatikan isinya mengecut atau mengeluarkan air yang terlalu banyak.

Bila dah tahu info ni, bolehlah check waktu beli ayam mentah. Ciri-ciri ayam yang disuntik air ini pun tidaklah sukar untuk kita kenal pasti. Lebih baik jika pilih ayam organik atau ayam kampung, tetapi jika sukar didapati periksa dulu jika ada sebarang ciri-ciri seperti yang disenaraikan ini.

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Emy H