Cara uruskan duit dengan cekap amat membantu. Tidak sekadar mengelakkan perbelanjaan tersasar, ia juga melatih diri untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan perbelanjaan.

Baru-baru ini golongan pekerja pelbagai sektor menerima bayaran wang imbuhan (bonus) dan gaji. Hati-hati uruskannya, bimbang tak sampai sebulan dompet menipis dan ‘kering’ kerana terlebih berbelanja. Perkongsian daripada bapa ini menggunakan teknik sampul ini boleh anda praktikkan. Old school tapi berkesan.

Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.

Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.

Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.

 

Ok baik.

Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.

Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.

Nampak Old School Tapi Cara Urus Duit Gaji Ni Berkesan. Elak ‘Kering’ Tengah Bulan

Ads

Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.

Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?

Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha

Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.

 

Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu.

Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.

Ads

Nampak Old School Tapi Cara Urus Duit Gaji Ni Berkesan. Elak ‘Kering’ Tengah Bulan

Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?

JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN

Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?

Nampak Old School Tapi Cara Urus Duit Gaji Ni Berkesan. Elak ‘Kering’ Tengah Bulan

Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.

Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha.

Ads

Nampak Old School Tapi Cara Urus Duit Gaji Ni Berkesan. Elak ‘Kering’ Tengah Bulan

Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis!

Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.

Nampak Old School Tapi Cara Urus Duit Gaji Ni Berkesan. Elak ‘Kering’ Tengah Bulan

Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.

Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?

Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe

Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.

Nampak Old School Tapi Cara Urus Duit Gaji Ni Berkesan. Elak ‘Kering’ Tengah Bulan

Sumber: Hilmi Jailani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI