Dalam kesibukan kerja, urusan rumah tangga dan kehidupan yang tak pernah habis, kadang-kadang kita terlupa anak-anak tak perlukan benda mahal untuk rasa disayangi.
Apa yang mereka perlukan, cuma kehadiran dan perhatian daripada kita. Dan selalunya, yang kecil-kecil itulah paling besar kesannya dalam hati mereka.
1. Pandang Mata Mereka Bila Berborak
Setiap kali anak bercakap, walaupun cerita dia tentang kartun atau mainan, pandang mata dia, beri 100% perhatian.
Anak akan rasa, “Eh, Mama/Papa betul-betul dengar aku.”
Itu buat mereka rasa dihargai tanpa perlu kata-kata.
Ads
2. Peluk Tanpa Sebab
Tak perlu tunggu hari jadi baru nak peluk anak kuat-kuat. Peluklah dia waktu dia tengah main, waktu dia baru bangun tidur, atau bila-bila masa. Pelukan itu macam ‘cas bateri emosi’ mereka.
Setiap pelukan kecil adalah cara kita berkata, “Saya sayang kamu.”
3. Luangkan Masa Walaupun Sekejap
Ads
Bukan tentang berapa jam kita bersama, tapi sejauh mana kita hadir sepenuhnya. Main lima minit sama-sama, baca buku sebelum tidur, atau masak simple sama-sama di dapur semua ni kenangan yang akan melekat dalam hati anak sampai bila-bila.
4. Pujian Ikhlas Atas Usaha Kecil
Bila anak cuba buat sesuatu, walaupun tak sempurna, puji usahanya.
Ads
“Wah, pandainya tolong kemas mainan!” lebih bermakna daripada hanya puji bila dia berjaya besar. Anak akan belajar, usaha dia dihargai, bukan sekadar hasil.
5. Tulis Nota Kecil Atau Bisikkan Kata Sayang
Sesekali, tinggalkan nota comel dekat buku sekolah dia, atau bisikkan, “Mama bangga dengan kamu,” sebelum tidur.
Bunyi macam simple, tapi percayalah, kata-kata ini akan jadi ‘selimut’ yang menenangkan hati anak sepanjang hari.
Anak-anak tak ingat berapa banyak hadiah mahal yang kita bagi. Tapi mereka akan ingat betapa mereka rasa dicintai tanpa syarat. Setiap senyuman, pelukan, pujian, dan masa kecil yang kita curi untuk mereka itulah sebenarnya hadiah terbesar. Mulakan dengan satu cara hari ini. Sebab kasih sayang tak pernah perlukan alasan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ni mama berlumba-lumba nak penuhi permintaan anak. Belikan beg, bekas air, bekas pensil dan pelbagai aksesori berjenama. Tak salah pun jika berkemampuan, namun janganlah didik anak kita untuk bermegah-megah dengan orang lain yang tidak mampu.
Kita sebagai ibu bapalah perlu berperanan untuk mendidik anak kita sejak kecil. Perkongsian wanita bernama Liyana Nazli ini memang menarik. Banyak benar dalam kata-kata dan perkongsiannya beliau.
Smiggle dan At-Takathur
“Hari tu ayah saya bawak saya tidur hotel. Best… ada swimming pool!”
“Jomlah naik kereta saya. Best tau, kereta saya ada TV. Ada video kartun. Kereta ayah awak ada?”
Berdesing telinga, berdarah-darah rasa hati bila dengar ayat tu keluar daripada mulut anak sendiri masa bersembang dengan kawan-kawannya. Eh, ibu tak ajar tau awak eksyen dengan kawan macam ni? Huk!
Nak jegil mata dari jauh pun dia bukannya faham. Sebab dia tak rasa dia sedang buat satu kesalahan pun. Jadi kita yang dewasa inilah perlu tegur dan beritahu. Maka saya biarkan dulu. Saya rancang nanti ada peluang bersendiri dengan dia, saya akan tegur.
Suatu malam saya sedang tasmi’ hafazan surah lazimnya. Malam itu giliran Surah At-Takathur. Lepas dia habis tasmi’ saya ajak dia baca maksud surah itu. Saya hulur terjemahan Al-Quran dan minta dia bacakan sendiri maksudnya.
‘Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.’
Ayat pertama dan kedua surah tersebut. Saya tanya dia apa maksudnya bermegah-megah. Dia cakap tak tahu. Saya terangkan bermegah-megah itu sifat menunjuk-nunjuk kelebihan diri, sentiasa mahu lebih daripada orang lain dengan niat berlumba-lumba. Tak kiralah lebih dari segi harta ke, kepandaian ke, keturunan ke… Saya bagi contoh dengan meniru semula ayatnya kepada kawan sebelum itu. Dia tunduk. Mungkin mula rasa bersalah.
“Ayyash rasa, kenapa bermegah-megah tu melalaikan? Angkat bahu. Tak tahu.
“Sebab bila kita duk sibuk hitung kelebihan harta kita, kehebatan diri kita, kita tak kisah dah pasal orang sekeliling kita kan? Mereka mungkin tak mampu pun nak ada apa yang kita ada. Mereka mungkin nak makan pun tak cukup, apa lagi nak pergi tidur hotel macam Ayyash. Ayyash tahu tak balasan orang yang suka bermegah-megah?”
Dalam ayat seterusnya Allah cerita, balasan untuk orang yang bermegah-megah dengan dunia sehingga lalai untuk kejar akhirat ni, tempatnya di neraka Jahiim. Saya hanya sebut sepintas lalu sahaja ayat itu kepada anak. Tidak terlalu ditekankan. Belum sesuai lagi. Cukuplah dia tahu perbuatan bermegah-megah itu suatu perbuatan yang Allah tegah. Yang saya tekankan ialah ayat terakhir. Yang lebih dekat dan sesuai dengan jiwanya yang masih amat muda.
‘Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).’
“Nanti kat akhirat Allah tanya, Ayyash buat apa dengan kelebihan yang Allah bagi pada Ayyash. Allah bagi Ayyash hidup senang, Ayyash ada tolong orang tak? Allah bagi Ayyash pandai, Ayyash ada guna untuk Islam tak?”
Makin tunduk kepalanya. Aduh! Rasa bersalahlah pulak! Maaflah, tapi ibu perlu tegur awak masa awak masih kecil ni. Nanti dah besar, dah jadi buluh lagi susah nak dibetulkan. Tak mahulah ada mindset ‘alah… budak memang macam itu. Kecik lagi, tak apa.’ Sedar tak sedar yang kita duk pandang kecil itu tadi, tiba-tiba dah besar dah.
Musim-musim orang duk bincang pasal patut dak beli Smiggle yang mahal kat anak-anak ni mengingatkan saya kepada perbualan di atas dengan Ayyash.
Saya rasa masalahnya bukan pada barang mewah tu. But how you carry yourself when you have something that others don’t have. Do you carry yourself with pride or you stay humble? You’ll stay humble no matter how valuable your possessions, as long as the world is only in your hand. Not your heart. Anda akan gunakan kelebihan yang ada untuk bantu orang lain yang kekurangan.
Dan dalam keadaan anda tak memiliki apa yang orang lain ada, bagaimana anda menanggapi kelebihan yang ada pada orang lain. Will you be happy for them? Or do you envy them? Ada hasad tak? Hasad ni ialah dia tak suka orang ada lebih, tapi dia tak mahu pun kelebihan orang tu. Lebih teruk, dia akan cuba hilangkan kelebihan yang ada pada orang tu. Bahaya orang yang ada hasad dalam hati ni. Allah sebut dalam surah Al-Falaq untuk kita berlindung daripada mereka yang hasad ni.
Kita nak anak kita tahu yang harta kemewahan ni tak memberi nilai pada diri seseorang sebab Allah tak pandang pun semua tu. Jadi soalannya, macam mana kita nak ajar anak yang dunia itu hanya di tangan, jangan sampai masuk ke dalam hati?
Sebab kita yang dewasa ni pun kadang-kadang confuse dengan perkara ni. Kita sendiri pun tanpa sedar nilai orang lain dengan neraca dunia. Dia kerja bagus dak, dia ada banyak duit dak, rumah dia besar dak….dan macam-macam lagi. Huuu…
Anak kita ialah cerminan diri kita. Dalam duk besarkan anak-anak ni banyak sebenarnya muhasabah diri sendiri. Sobs!
Kredit: Liyana Nazli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tingkah laku agresif atau melawan anak lelaki seringkali disimplistikkan sebagai ‘Boys will be boys’ atau ‘anak lelaki memang macam itu’.
Ungkapan sebegini tidak membantu untuk mengenalpasti punca sebenar seorang anak bertindak agresif. Ia juga menjadikan orang dewasa lebih bersikap ‘tidak apa’ dan biarkan sahaja sifat agresif kerana disangkakan itu adalah sifat semulajadi seorang anak lelaki. Ungkapan ‘Boys wil be boys’ mengakibatkan sifat ganas berterusan sehingga membawa kepada keganasan rumahtangga dan juga penderaan.
Melalui ‘Gentlemen’s Club’ di Thomas E. Kerns Elementary, South Carolina, kanak-kanak lelaki yang datang dari keluarga yang berisiko tinggi (youth at-risk) dibimbing supaya menjadi seorang individu yang berhemah tinggi.
Kanak-kanak ini diajar untuk menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu diri mereka dihormati.
Mereka juga diterapkan dengan rasa percaya diri atau ‘self esteem’ supaya mereka sedar bahawa diri mereka juga berharga dan memiliki skil untuk disumbangkan kepada masyarakat sekeliling.
Kanak-kanak yang agresif dan membuli adalah mereka yang memiliki ‘self esteem’ yang rendah dan merasakan diri mereka tidak bernilai.
Mereka juga dilatih dengan sifat bertanggungjawab agar mereka berupaya untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri dan memiliki ‘self control’ supaya dapat mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Mereka juga diajar dengan etika dan adab dalam bermasyarakat mengikut budaya mereka.
Bukankah nilai yang sebegini perlu untuk anak-anak lelaki kita juga walaupun anak kita bukan dari kalangan mereka yang berisiko tinggi?
Anak lelaki atau anak perempuan dilahirkan sama sahaja. Anak lelaki yang agresif mempunyai masalah dan perlu dibantu sebagaimana anak perempuan yang agresif juga mempunyai masalah dan perlu dibantu. Kedua-duanya mempunyai kecenderungan yang sama.
Jika anak perempuan dinasihatkan supaya berlemah lembut, anak lelaki juga perlu dinasihatkan supaya berlemah lembut dalam bicara dan tindakan.
Jika anak perempuan diharapkan supaya pandai memasak di dapur dan mengemas, tidak ada salahnya anak lelaki memiliki skil yang sama. Ini tidak akan mengurangkan kelelakian mereka walau sedikit.
Jika anak perempuan diminta untuk berpakaian sopan, anak lelaki juga seharusnya diajar supaya memiliki sifat malu agar tidak bercelana ketat apabila remaja atau dewasa sehingga menyakitkan mata yang terpandang.
Kita bukan sahaja membesarkan seorang anak lelaki, kita juga membentuk seorang lelaki dewasa, seorang suami dan seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab satu hari nanti.
Insya Allah.
Gelagat anak Tomok, Arrian Shah Akid yang secara sengaja memotong rambut ibunya, Rahayu Abbas, dengan memberi alasan nak bagi pendek macamnya buatkan netizen terhibur.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok berkongsi video gelagat Arian apabila ditanya kenapa memotong rambut ibunya.
“Bertuah punya anak di potongnya rambut dibu. Nasib baik ayah tak ada rambut.
“Video Arrian kena marah tak diluluskan untuk masuk ke instagram,” tulisnya.