Permainan playdough sememangnya baik untuk kanak-kanak. Lebih-lebih sebagai persiapan untuk anak memegang pensil dan seterusnya menulis. Jadi bila anak begitu suka dengan permainan yang satu ini, biarkan sahaja.
Tidak perlu menggunakan pensil sebagai latihan tetapi hanya gunakan daya rangsangan dengan alatan mainan lain. Salah satunya adalah aktiviti bermain playdough. Ada banyak aktiviti santai lain yang diboleh diterapkan pada anak. Ini yang dikongsikan oleh, Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Nurul Sheriena Musa.
5 aktiviti santai bantu sediakan anak menulis & membaca
Kadangkala kita sebagai ibu dan ayah bukanlah tak nak spend masa cuma bula dah seharian bekerja, tak larat juga nak fikir nak buat apa kan.
Tak perlu akviti yang sarat dan mencabar, hanya buatkan akvitivi ringkas dan santai ini untuk rangsang kekuatan tangan anak sebagai persediaan untuk menulis dan membaca.
Cuba 5 Aktiviti santai ni sambil sambil anak main tu untuk bantu anak tulis dan baca.
Cubit Playdough
Boleh juga bantu kekuatan pinching strength anak anak.
Roll Guna Jari
Ini pula bantu isolasi jari jemari anak.
Guna Dua Tangan Serentak
Bilateral Integration ini penting tau kalau nak anak sedia tulis dan baca.
Tampal Stickers
Bagus untuk In Hand Manipulation dan visual tracking anak anak.
Susun Ikut Garisan
Ajaklah anak main susun-susun ikut garisan bersambung. Mudah dan simple je.
Ibu ayah perlu create #bondingtime perlu cari masa untuk anak. Bukanlah kuantiti yang anak mahukan. Kita nak anak anak rasa kualiti masa yang kita spend time sama sama.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI