Siapa sangka anak yang kelihatan normal pada luaran rupanya menyimpan seribu derita. Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam, 4 tahun dilahirkan tanpa dubur atau Cloacal Exstrophy iaitu ketiadaan tempat pembuangan air besar yang sempurna dan pelbagai masalah kesihatan lain dari pusat ke bawah.
Memetik laporan dari Harian Metro, Aqil yang tidak mempunyai alat sulit sempurna sejak dilahirkan menyebabkan anak kecil ini terpaksa menggunakan bag stoma yang dilekatkan pada lubang ditebuk di bahagian badan untuk memudahkannya membuang najis.
Selain itu, Aqil yang berstatus orang kurang upaya (OKU) terpaksa memakai lampin pakai buang dengan saiz lebih besar daripada sepatutnya dan dipakaikan kasut khas bagi menyokong pergerakannya yang tidak stabil disebabkan masalah kaki kanan terpelecok semasa di dalam rahim lagi.
Doktor Tak Kesan sebarang masalah ketika kehamilan isteri
Berkongsi kisah di sebalik penderitaan Aqil yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik, Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman, 41 bapa Aqil berkata doktor tidak mengesan sebarang masalah dan komplikasi sewaktu Aqil di dalam kandungan isterinya, Mardiana Supartak, 39. Katanya, perkara itu hanya diketahui sebaik Aqil dilahirkan dan mereka reda walaupun agak berat menerima kenyataan itu.
“Saya dan isteri tidak menjangkakan Aqil dilahirkan begini kerana sewaktu pemeriksaan kandungan, doktor memberitahu bayi dalam keadaan normal.
“Pada mulanya kami memang sedih, tetapi cuba menerima hakikat selepas memikirkan amanah dan tanggungjawab untuk membesarkan Aqil.
“Kami perlu akur apabila doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 16 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.
Ads
Aqil pernah jalani 3 pembedahan
Mohamad Hairul Nizam berkata, sejak dilahirkan, Aqil pernah menjalani tiga pembedahan dan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama enam bulan bagi tujuan rawatan serta pemantauan.
Katanya, kesempatan menjaga Aqil di ICU itu digunakan untuk mempelajari kaedah penjagaan betul daripada doktor dan jururawat termasuk cara menukar ganti bag stoma.
“Saya dan isteri memang tiada asas penjagaan kanak-kanak berpenyakit kronik kerana tiada pengalaman sebegitu sewaktu membesarkan tiga anak lain.
“Namun, doktor dan jururawat banyak membantu malah saya belajar dengan memerhatikan cara mereka melakukannya sewaktu di wad.
“Mulanya memang agak kekok untuk mempraktikkannya di rumah, tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan kini, anak sulung saya turut membantu menukar beg stoma Aqil sekiranya sudah penuh atau sudah tiba masa untuk diganti dengan yang baru,” katanya.
Ads
Tak mampu nak belikan susu formula khas untuk Aqil kerana tiada pekerjaan tetap
Mohamad Hairul Nizam berkata, buat masa ini, dia tidak mampu membelikan susu formula khas seperti disyorkan doktor kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap. Menurutnya, dia hanya hanya mampu memberi vitamin kepada Aqil untuk meningkatkan ketahanan antibodinya supaya tidak mudah demam dan selsema yang meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Katanya, dia pernah pernah bekerja di dekat kilang elektronik di Hulu Klang, tetapi berhenti lima tahun lalu kerana mahu menceburi perniagaan sate.
“Namun, perniagaan hanya bertahan setahun saja iaitu dari 2015 hingga 2016 sebelum mengambil keputusan berhenti kerana pekerjaan itu membuatkan saya terdedah kepada kuman sewaktu membeli barangan keperluan di pasar.
“Jadi, saya risaukan Aqil terkena jangkitan kerana pada waktu itu, dia kerap keluar masuk hospital akibat batuk serta selsema yang berlarutan selama tiga bulan.
Ads
“Sejak itu, saya menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah dengan pendapatan RM50 sehari. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta,” katanya.
Jauh di sudut hati, Mohamad Hairul Nizam dan isteri sentiasa berdoa dan berharap ada peluang untuk anaknya membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Hairul Nizam di 012-292 4629 atau menyumbang ke akaun CIMB Bank bernombor 7603947775.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu Sharifah Shahira dan Ijoy, Adeena baru saja disahkan Influenza B dan kini dalam tempoh kuarantin.
Menerusi instagramnya, Shiera menasihatkan ibu bapa agar terus berhati-hati dengan virus influenza ini yang mudah menjangkiti anak-anak terutama yang sentiasa terdedah pada persekitaran orang ramai.
Dalam postingnya itu, Shiera berpesan agar individu yang rasa dirinya tak sihat lebih baik pakai mask kerana kanak-kanak cepat kena dan sebaiknya lebih banyak berehat di rumah untuk mengelakkan virus ini terus merebak kepada orang ramai.
“Kanak-kanak antibodinya belum kuat, jadi mereka lebih mudah dijangkiti,” kongsinya.
Di ruangan komennya juga, Shiera mengesyorkan lebih baik ibu bapa dapatkan suntikan bagi mengelakkan masalah ini pada anak-anak.
Ada juga peminat yang turut berkongsi simptom bagi anak yang kena virus tersebut supaya ibu lebih berhati-hati seperti mula-mula demam, bagi makan ubat pun suhu naik turun dan selesema. Ada juga yang kena cirit-birit sedikit bergantung pada keadaan anak.
Selain itu, ada yang mencadangkan minum air putih banyak dan bila dah tahu anak tak sihat rehat dirumah dan elak keluar. Walaupun mengambil masa seminggu untuk sembuh sekurang-kurangnya virus ini tak merebak pada orang lain.
Sumber: ig shieraijoy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tatkala melihat keadaan anak yang dilahirkan tak sama seperti kanak-kanak lain, hati ibu mana yang tak sedih. Lagi-lagi diuji dengan penyakit yang belum dapat dikenal pasti lagi. Tiada seorang ibu pun yang nak lihat anak sakit tapi jika dah ketentuan Allah, hati perlu reda menerima takdir ini.
Melalui perkongsian di FB Nor Siti, kisah adik Abdul Hanifah yang mengalami masalah abnirmal tongue ini mendapat perhatian orang ramai. Malah kisah si comel ini turut menarik perhatian bapa kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin.
Keadaan yang dilalui Abdul Hanifah ini seakan sama dengan apa yang dilalui oleh Ainul ketika bayi dan mungkin selepas pemeriksaan secara terperinci doktor boleh menjelaskan keadaan sebenar.
Lahir normal, seberat 3.01kg
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kenalan kami. Ini anak kami Abdul Hanifah bin Muhammad Afiq, baru berusia 11minggu. Alhamdulillah dia dilahirkan secara normal dengan berat 3.01kg tetapi menghadapi masalah abnormal tongue (penyakit belum dikenalpasti).
Perlu jalani pembedahan secepat mungkin
Dia mengalami penyukaran menyusu melalui mulut dan kini dia bergantung menggunakan ricetube sahaja. Dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur secepat mungkin dan masih menerima rawatan di HPSF dan HKL.
Terima kasih yang tak putus bagi kata semangat
Kami menyusun 10 jari meminta maaf kerana tidak memberitahu hal ini kepada adik beradik, saudara mara dan rakan handai. Kekangan dalam menguruskan hal-hal harian, keluar masuk hospital menyebabkan keadaan tidak mengizinkan untuk kami berkongsi hal ini. Diharapkan janganlah ada yang berkecil hati dan faham akan situasi kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi memberi dan mengumpulkan sumbangan kepada anak kami terutamanya staff-staff nurse KD Sungai Rambai dan guru- guru Sekolah Kebangsaan Sebatu.
Serta berterima kasih juga atas kunjungan dalam mengambil berat hal ini. Dalam musim covid yang melanda ini, kami perlu mengehadkan kedatangan kepada sesiapa yang ingin mengunjungi anak kami.
Sekiranya sesiapa yang ingin memberi sumbangan di atas kos keperluan dan rawatan dia, boleh menyalurkan sumbangan tersebut di akaun ibu Abu Hanifah 154053489623 -Maybank (Norliza Binti Jamain)
Terima kasih sekali lagi diatas pemberian sumbangan anda yang kami hargai. Akhir kata dari kami, doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami di hospital dan kami tabah dalam mengharungi dugaan /ujian ini.
** Teringin nak dapatkan keperluan anak pada harga berbaloi, lihat di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila isteri mula merasai kontraksi, suami harus ingat bahawa emosi si isteri mula tidak stabil, mudah marah dan bertukar menjadi cerewet.
Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan anda, suaminya. Jadi, sentiasalah berada di sisi isteri. Berikan isteri kata-kata semangat dan luahkan perasaan kasih sayang tanda anda menghargai pengorbanannya melahirkan zuriat anda.
Panduan yang dinyatakan ini boleh anda guna pakai semasa di dalam bilik bersalin bagi membantu isteri bersalin dengan mudah dan lancar.
1. Beri makan dan minum
Galakkan isteri minum dan makan (jika doktor masih membenarkan) bagi membolehkannya mempunyai tenaga semasa proses meneran bayi nanti.
2. Urutan muka
Urutan di muka akan membuatkan isteri berasa lebih relaks. Semasa isteri mengalami kontraksi, usap muka dan leher isteri dengan air ataupun tuala lembap.
3. Urutan belakang badan
Urut belakang isteri perlahan-lahan atau jika dia mahukan urutan yang lebih kuat, anda perlu mengikut permintaan isteri.
4. Tuam bahagian belakang
Tuam bahagian belakang pinggang dan ke bawah tubuh isteri dengan menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam ataupun botol berisi air suam.
5. Beri kata perangsang
Sentiasa berada di samping isteri dan jangan jemu membisikkan kata-kata perangsang walaupun mungkin dia tidak suka disentuh waktu itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.