Cuti sekolah ni apa agaknya aktiviti yang anda pilih untuk anak-anak. Samada bercuti atau menghabiskan masa di rumah sahaja? Di rumah pun tak salah cuma mama kenalah kreatifkan minda supaya anak tak bosan sepanjang hari. Sebaiknya cari aktiviti yang mampu uji minda dan otak anak. Barulah makin berkembang.

Aktiviti yang dikongsikan oleh ibu, Aimi Zafira ni memang menarik. Aktiviti sains seperti ni sebenarnya mampu buat anak berfikir lebih jauh. Bonding mama papa pun makin kuat dengan anak. Yang penting anak happy. Jom cuba.


Aktiviti paling mudah hujung minggu untuk distract anak. Yang penting ada 2 bahan ni yang ade je kat dapur rumah.

Baking soda
Cuka

IKLAN

And less mess! Kehkeh! Aktiviti ni dah beberapa kali buat, and masih mendapat sambutan anak anak. Hihi!

Nampak Simple Je Tapi Aktiviti Ni Buat Otak Anak Berkembang, Bonding Pun Makin Kuat!

Bahan extra lain :
Belon
Corong ( kalau ada )

IKLAN

Nampak Simple Je Tapi Aktiviti Ni Buat Otak Anak Berkembang, Bonding Pun Makin Kuat!

Masukkan baking soda dalam belon sehingga suku atau separuh belon.  Untuk lebih mudah, guna corong untuk masukkan baking soda. Kalau tak ada corong, gulung kertas pun boleh.

IKLAN

Nampak Simple Je Tapi Aktiviti Ni Buat Otak Anak Berkembang, Bonding Pun Makin Kuat!

Masukkan cuka dalam botol. Agak agak je la cukanya. Saya prefer pakai botol kaca sebab lebih stabil. Masukkan mulut belon keliling botol. Pastikan belon yang ada baking soda sentiasa di tepi botol. 
Nampak Simple Je Tapi Aktiviti Ni Buat Otak Anak Berkembang, Bonding Pun Makin Kuat!
Tegakkan belon, perlahan lahan masukkan baking soda dalam botol.
Nampak Simple Je Tapi Aktiviti Ni Buat Otak Anak Berkembang, Bonding Pun Makin Kuat!
Yeyy! Boleh tengok belon makin besar. Biasanya budak budak sangat excited part belon makin besar, sambil tengok buih buih dalam botol tu.

 

Kredit: Aimi Zafira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI