Infant baby boy sleeping peacefully with pacifier

Nampak tak berbahaya kan benda ni? Tapi percaya tak, pacifier ni meningkatkan risiko berlakunya jangkitan dalam telinga pada bayi kurang 2 tahun?

Jom fahami kisah disebaliknya.

Bayi yang kerap menghisap puting ni, terutama sewaktu berbaring lebih berisiko mendapat jangkitan pada salur telinga.

Ini berlaku kerana sewaktu berbaring, bayi yang menghisap puting atau botol susu, bukan sahaja terdedah kepada risiko tersedak susu, namun juga mengganggu fungsi Eustachian tube.

Eustachian tube ini berfungsi menghubungkan telinga tengah dan rongga mulut, memastikan tekanan di dalam telinga sama. Eustachian tube ini masih tidak berkembang dengan sempurna pada bayi dan cecair dari mulut mudah untuk mengalir ke dalam telinga tengah melalui Eustachian tube ini.

Cecair di dalam mulut mengandungi pelbagai jenis bakteria yang biasanya tidak menyebabkan jangkitan jika didalam mulut, namun boleh menyebabkan jangkitan jika bakteria tersebut berpindah ke tempat lain, dalam kes ini ke telinga tengah.

Kajian yang dijalan masih tidak dapat menentukan sama ada pacifier ini menjadi penyebab jangkitan ini berlaku, namun kajian menunjukkan kumpulan bayi yang kerap menggunakan pacifier mempunyai lebih 29% lebih berisiko mendapat jangkitan telinga.

IKLAN

Kajian ini mencadangkan agar penggunaan puting dikurangkan hanya untuk tidur pada waktu malam, ini terbukti mengurangkan risiko berlakunya jangkitan kuman pada telinga.

Selain itu, pacifier ini juga berisiko mengganggu pertumbuhan gigi yang normal.

Nampak Tak Bahaya Kan? Tapi Bayi Yang Menghisap Puting Boleh Terdedah Jangkitan Dalam Telinga

Selain puting ini, ada beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko berlakunya jangkitan telinga iaitu :

IKLAN

1.Bayi yang pernah mendapat jangkitan telinga sebelum umur 6 bulan
2. Bayi yang mempunyai struktur mulut abnormal seperti Down Syndrome dan Cleft Palate
3. Tidak diberi susu badan
4. Terdedah kepada asap rokok
5.Terdedah kepada allergens, bagi baby yang allergik
6. Dijaga di pusat jagaan baby yang sesak/ramai kanak-kanak lain.
7. Tidur dengan susu botol.

P/S – Jangan tanya brand mana yang sesuai, kajian dijalankan secara menyeluruh dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana sponsor syarikat.

Untuk bacaan lanjut

IKLAN

https://www.webmd.com/…/continuous-pacifier-use-linked-to-e…

http://www.drpaul.com/l…/pacifier-use-and-ear-infections.php

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11979200

Sumber: Poliklinik Az-Zaara
Taman Dato’ Ahmad Razali Ampang

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI