“Nampaknya Lama Kena Masuk Wad.” Anzalna Mohon Doakan Anak Cepat Sihat

Share

Bila anak sakit, pastinya ibu antara orang yang paling risau. Tambah pula dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum reda. Itu yang sedang dirasai pelakon jelita, Anzalna Nasir apabila anak lelakinya, Mohamad Eidrees terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta.

Musim anak kecil sakit

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Anzalna, 34, berkongsi keadaan kesihatan Eidrees yang kini sedang menerima rawatan.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, anak lelakinya itu tiba-tiba jatuh sakit dan mereka sekeluarga terpaksa bermalam di hospital sejak hari Selasa.

Dugaan kecil buat kami sempena cuti Tahun Baru Cina. Eidrees secara tiba-tiba tak sihat.

Doktor cakap sekarang ini banyak kes yang serupa macam Eidrees. Keluar rumah atau duduk rumah kalau nak kena, kena juga!

Dia seorang anak lelaki yang kuat walaupun tak sihat tetap gembira. Nampaknya kena berkampung lama juga di hospital. Tolong doakan Eidrees cepat sembuh.

Bagaimanapun, pelakon drama Memori Cinta Suraya tidak mendedahkan jenis penyakit yang sedang dialami Eidrees.

Moga Eidrees kuat dan cepat sembuh

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Eidrees cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.

Di samping itu, ada juga segelintir ibu bapa yang berkongsi pengalaman selepas anak mereka turut sama sakit.

Terdahulu, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram @anzalnanasir88

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy