Ketika kita dapat peluang bersama dan melayan anak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita tak sedar anak-anak petugas barisan hadapan terpaksa menanggung rindu untuk dipeluk kedua ibu bapa mereka.

Mungkin bagi anak yang dah besar mereka faham pengorbanan ibu bapanya tapi bagi anak kecil, mereka seolah merasakan ke mana perginya orang yang disayangi. Lagi pula nak jumpa susah. Hanya suara dan gambar di telefon penghubung buat masa ini.

“Nanti Semua OK, Ibu Ambil Adik.” Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

Perasaan ini turut dikongsi oleh seorang jururawat dan juga seorang ibu di Facebooknya, Nurfathiah Mohamad Mahadi. Dia yang berkongsi foto anaknya memegang kad dengan tulisan menyentuh hatinya.

“Nanti Semua OK, Ibu Ambil Adik.” Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

Ibu jauh dengan saya untuk tolong anda

Melalui apa yang dikongsikan oleh Nurfathiah, foto anak perempuannya yang sedang memegang kad itu dihantar oleh pengasuh dan tertulis mesej meminta orang ramai duduk di rumah.

Ads

“Ibu saya seorang jururawat, dia berjauhan dengan saya untuk menolong anda. Bolehkah anda semua tolong duduk di rumah untuk bantu ibu saya…

Malah melalui kapsyen yang ditulis Nurfathiah, sebagai seorang ibu dia juga sangat rindukan anaknya.

“Bila pengasuh hantar gambar ni terus berjurai air mata 😭😭😭😭😭😭 i miss you sayang ibu.. Nanti semua dah okay ibu amik adik ye.. Stay strong anak ibu.. Ibu sayang anak ibu…”

“Nanti Semua OK, Ibu Ambil Adik.” Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

Ads

Ibu kena kuat 

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, pengasuh anak kecil ini, Nur Ikemah Muhammad Tahir menjelaskan Icha (panggilan manja) okay je duduk di rumahnya.

“Ibu tak boleh sedih.. Ibu kena kuat, sabar ya.. Insha’Allah ni semua sementara je.. Semoga kita semua dapat jalani kehidupan seperti biasa.. kita ramai-ramai doa..

Ads

Daripada air muka anak kecil ini, semestinya dia sedang rindu ibunya. Tapi demi berjuang untuk negara, semua itu terpaksa dipendam. Bukan itu saja perkongsian gambar ini juga buatkan rata-rata netizen sebak.

Anak faham pengorbanan ibu dia

“Nanti Semua OK, Ibu Ambil Adik.” Foto Anak Nurse Rindu Ibunya Undang Sebak

Bila orang kata bosan duduk di rumah lama-lama dan tak tahu nak buat apa dalam tempoh PKP kita kena faham anak-anak barisan hadapan ini terpaksa berkorban masa dan memendam perasaan untuk berjumpa kedua ibu bapa mereka.

Sama-samalah kita memberi kerjasama pada arahan kerajaan agar wabak ini dapat dicegah secepat mungkin dan semua kakitangan yang bertungkus lumus siang dan malam dapat bersama dengan keluarga mereka.

Sumber : Nurfathiah Mohamad Mahadi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI