Ada yang suka nasi air atau bubur nasi? Bagi anda yang suka makan menu ni, boleh cuba resipi Nasi Air Kelate yang sangat sedap. Buat yang biasa menikmati menu ini ketika pergi ke negeri Kelantan pasti akan tahu rasanya.
Memandangkan sekarang tak boleh nak ke mana-mana, resepi yang dikongsikan Nor Shahida Yusoff ini boleh dicuba. Boleh buat untuk suami dan anak. Yang penting minyak bawang putih itu membangkitkan rasa nasi air ini.
Bahan-Bahan
Nasi
1 1/2 pot nasi
1inch halia
Sedikit garam
Kuah Sup
1biji bawang merah *dihiris
2biji bawang putih *dihiris
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Halia
Akar ketumbar
Isi ayam
1 Kiub pati ayam
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Sedikit perasa
Minyak bawang putih
2 biji bawang putih *dicincang
Sedikit minyak
Untuk minyak bawang putih, bawang putih+ minyak kemudian goreng sekejap atas dapur. Bawang tu masuk masa sebelum minyak panas lagi ye, kalau tunggu minyak panas, nanti bawang tu hangus
Sambal kicap
Bawang putih
Cili padi
Kicap
Garam
Gula
Untuk sambal kicap – goreng bawang putih dan lada dengan minyak sampai layu. Kemudian masukkan dalam blender, tambah kicap, gula, garam..
Cara-cara boleh tengok dekat gambar
Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Blender beras + air. Masukkan dalam periuk dan tambah air.. kemudian tambah halia dan sedikit garam.
Goreng ikan bilis sampai garing. Dan garing toskan. Minyak ikan bilis kita guna untuk goreng bawang untuk masak sup
Yang ni bahan-bahan untuk masak sup.
Masukkan bawang merah,bawang putih,kayu manis, bunga lawang kedalam minyak ikan bilis tadi sampai garing.Minyak ni la yang menyedapkan rasa kuahh sup nasi air ni
Then masukkan ayam, air, halia, kiub pati ayam
Masukkan akar daun ketumbar yang dicuci bersih untuk membangkitkan rasa kuah nasi air.
Selepas kuah dah mendidik, bubur nasi dah masak, boleh lah dihidangkan dengan set nasi air dan nikmatinya. Sedar-sedar habis semangkuk.
Sumber : Nor Shahida Yusoff
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)