Biasa makan bubur nasi atau nasi air Kelantan. Kalau anda yang biasa makan, mesti tahu kesedapannya. Cuma bila nak buat sendiri tak tahu macam mana caranya nak bagi hasilkan bubur nasi sedap.
Kali ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Noremah Ahmad ini boleh anda cuba. Langkah demi langkah diajar bermula dengan cara buat sup hinggalah cara nak buat nasi yang sebetulnya supaya tak berbiji-biji. Sekali makan memang tak cukup semangkuk!
NASI AIR PANTAI TIMUR SEDAP TAK CUKUP SEMANGKUK
Bahan SUP/KUAH
-sedikit minyak masak
-10 ulas bawang putih (ketuk)
-3 inci halia muda (ketuk)
-akar daun sup
-kicap (agak2)
-daging/ayam
-meatball
-1 kiub pati ayam
-2 sudu sos ikan
– 1 btg serai (ketuk)
-air secukupnya
RESIPI MENARIK [Kek Marble Basic, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Paling Mudah!]
Cara-cara
-tumis bahan ketuk sampai naik bau, masukkan air,akar daun sup, serai, daging, metball, kiub ayam, sos ikan dan kicap. Daging empuk. Perasakan dengan garam SIAP
AIR CILI (KISAR)
-cili burung merah
-sedikit air
-sedikit cuka
-1 sb garam dan gula
MINYAK BAWANG PUTIH
-10 ulas bwg putih potong dadu, tumis dgn minyak banyak sampai bwg kekuningan. SIAP
LADA JERUK
-hiris cili besar letak air sikit, cuka, gula, garam ikut citarasa
LAIN LAIN
-hirisan limau nipis
-ikan bilis goreng
-sayur yg di celur (kangkung/sawi)
-daun sup
NASI
-kisar sekejap lepastu masak atas dapur macam buat bubur nasi anak
Selamat mencuba
Sumber: Noremah Ahmad