Nasi Ala Kak Wook. Kuah Pekat, Ayam Goreng Panas. Makan Sepinggan Tak Cukup!

Share

Nasi Ala Kak Wook! Antara menu yang menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi kuah karinya, ayam goreng cincang, sambal belacan dan ulam timun. Makan pula dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah. Menu yang asalnya dari negeri Kelantan ini dikembangkan hingga ke seluruh negeri.

Bagi anda yang habis idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak boleh cuba buat menu ini. Tak susah pun..

Reseipi Nasi Ala Kak Wook yang dikongsikan di FB Jom Kongsi Resipi Masakan via Suraya Cheeszif ini patut anda cuba. Memang tak menyesal lah! Mesti anak dan suami puji.

**Nasi putih yang dimasak boleh letak daun pandan simpul. Barulah aroma nasi tu wangi. Kalau tak mahu pun tak apa, masak je nasi putih

Gulai Ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan (1 keping gula melaka)

Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

RESIPI MENARIK [Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!]

Ayam Goreng Harum:

~1 ekor Ayam – potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit – 1 sudu kecik
~serbuk cili – 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai

#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

Cara-caranya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa

Cara-caranya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.

Resepi asal by Rosmaliza Omar. Mida olah cara masak je sikit.

Sumber: FB Jom Kongsi Resipi Masakan via Suraya Cheeszif

Published by
Wan Amalia Mohd Daud