Nak makan nasi ayam Hainan sekarang tak perlu beli dekat kedai dah. Boleh buat sendiri je. Mudah rupanya nak buat nasi ayam Hainan ni. Orang lelaki yang kurang mahir memasak pun boleh masak tau. Menu ni pun disediakan oleh superdaddy tau.
Nasi ayam Hainan ni sesuai juga untuk dijamu untuk kanak- kanak kerana tidak menggunakan bahan- bahan yang tinggi kalori. Sekaligus, menjadikan nasi ayam ini berkhasiat untuk dimakan anak- anak. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Khairul Abdullah.
RESEPI NASI AYAM HAINAN RANGUP
Ayam tu lepas keluarkan dari periuk nasi, goreng pula satu round dengan api yang kuat. Nak bagi dia garing dan rangup kat luar namun kat dalam masih lembut dan juicy.
Haa gitu nak buat dia Nasi Ayam Hainan Rangup Ala- Ala Superdaddy.
Macam biasa, kita buat dia so modified sesuka hati. Anak- anak suka sebab ayam rangup. Nasi pula just nice ada perisa.
Aku suka one pot meal, campak terus ayam dalam periuk nasik tu so depa masak together-gether. Kalau nak ayam rangup je kena goreng atau masuk dalam oven atau paling senang masuk air fryer.
Resipi? Mudah sangat aihhh.
Bahan- bahan:
– ½ ekor ayam dibersihkan, dipotong dan letak garam sikit
– 2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan
– 1 sudu lemak/ kulit ayam
– 2 sudu minyak bijan
– 2 sudu minyak masak
– 3 ulas bawang putih dipotong
– 1 inci halia dipotong
– 1 helai daun pandan disimpul. Takde pun takpe
Cara- cara:
1. Panaskan minyak masak campur minyak bijan tu dalam periuk dan tumiskan bawang putih dan halia serta kulit/ lemak ayamtu sampai wangi. Kemudian masukkan daun pandan dan kacau sekejap. Tutup api dan pindahkan ke dalam periuk elektrik.
2. Masukkan beras dan kacau sebati dan tambah air ikut sukatan beras macam masak nai biasa. Leoastu boleh tambah 1 kiub ayam yang dah dihancurkan. Kalau taknak, boleh tambah sedikit garam. Kacau sebati.
3. Masukkan ayam dn susun di bahagian atas. Tekan on.
Siapp.
Baca Juga:
Nasi Impit Goreng, Hidangan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga!
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!
Ayam tu kalau nak garing boleh keluarkan dan goreng dengan api yang kuat sekejap je.
Sos tu nak buat sos thai. Guna sos cili thai dalam botol tu, campur dengan sedikit kicap, sikit je pastu potong daun ketumbar dan cili dan gaul sebati. Lepastu dah perah limau sikit. Haish masam manis pedas dan harum dia tu tak boleh blah weh.
Sup tu pula aku rebus je bahagian tulang dan kaki, lepastu campak kiub ayam seketul. Siapp.
Kicap dia tu pun senang yakmat, tuang kicap dan campurkan dengan sedikit sup tadi dan tambah sedikit minyak bijan. Siapp.
Haa mudah yakmat kan?
Cubalah kalau berani.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. superdaddy yang lain pun boleh cuba resepi ni tau. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!