Nasi Ayam Thai Ekspress, Penyediaannya Tak Sampai 30 Minit. Campur Semua, Siap!

Share

Teringin nak makan nasi ayam, tapi bila memikirkan banyaknya langkah nak kena buat, terus berubah fikiran. Jadi perancangan tu terpaksalah di tukar pada hari cuti atau hujung minggu.

Bagaimanapun untuk resipi nasi ayam ini, mama tak perlu nak fikir banyak kali untuk masak kerana bahannya sangat ringkas dan cara buatnya pun cukup-cukup mudah. Jika semua bahan ada, tak sampai 30 minit dah siap.

Ini juga resipi ‘urgent’ jika ada tetamu datang dan sangat mengenyangkan. Bila cuba sekali mesti akan ada permintaan lagi dari suami dan anak-anak. Tak percaya mama kena buat sendiri! Berbaloi dan puas hati.

Cumanya untuk resipi nasi ayam Thai ini, tak ada sup seperti nasi ayam biasa tu. Tetapi jika anda nak buat sup pun tiada masalah. Terpulang pada selera masing-masing. Yang penting dijamin sedap!

Nasi Ayam Thai

Resipi nasi

+ ayam
+ halia
+ bawang putih
+ kiub ayam
+ akar ketumbar
+ marjerin
+ kiub pati ayam

Cara masak nasi:

– Basuh beras sehingga bersih. Masukkan semua bahan-bahan tadi mengikut sukatan beras yang anda gunakan. Boleh anggarkan sendiri bahan-bahannya.

– Sukatan air lebih kurang sama seperti anak memasak nasi biasa. Cuma jika nak lebihkan air untuk nasi yang lembut terpulang. Bila dah masukkan semua dalam periuk nasi, tekan dan biarkan je masak. Dah siap!

Bahan sos

Cincang
+ daun ketumbar
+ cili merah
+ bawang putih

Selepas semua bahan dicincang, boleh masukkan

+ gula melaka
+ sos thai
+ sos ikan
+ limau kasturi ( perah )

** campurkan semua bahan tu dalam satu mangkuk, tambah air panas sikit, kacau bagi sebati dan dah siap.

Kredit: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy