Nasi ayam semua orang boleh buat sendiri. Cuma nak kena ada kerajinan lebih sikit je untuk siapkannya. Bukan apa sebab ada banyak langkah sebelum dapat dimakan. Tapi bagi anda yang teringin nak makan tetapi cara penyediaannya cepat, boleh cuba Nasi Ayam Thai.
Nasi ayam ni lebih kurang je seperti nasi ayam biasa atau nasi ayam hainan. Cumannya ayam tu dimasak sekali dengan nasi dan dimakan dengan kicap yang istimewa. Anak-anak pun mesti suka sebab aroma nasinya memang wangi.
Nak cuba buat Nasi Ayam Thai Viral ini, berikut resipi yang dikongsikan oleh Queena Lilie.
Nasi Ayam Thai
Patut la viral memang senang juga nak sediakan. Sebenarnya lebih kurang sama dengan nasi ayam biasa / nasi ayam hainan juga. Beza mungkin pada sos & juga penggunaan daun ketumbar untuk keseluruhannya.
Jangan kecam mommy okeh, ni resepi campur aduk nama nya. Bahan pun tak berapa nak cukup sbb last minute baru rasa nak buat
#nasiayamthaiviral
Bahan-bahan:
Ads
1) Ayam. Lilie pakai peha + kepak.
2) 4 batang bhgian akar daun ketumbar (bersihkn betul2)
3) Halia hiris2 besar ibu jari +- hiris2
4) 3 ulas Bawang putih chopped
5) Air
6) Garam & blh add on kiub ayam
First step.
Lps dah bersihkan ayam. Lilie pakai periuk nasi je terus msk. Masukkan air, masuk ayam, masuk btg daun ketumbar, bawang putih, halia & garam serta kiub.. Rebus semua bahan2 tu smpai ayam masak. Then, keluarkan ayam. Letak tepi sat. Air rebusan ayam tu. Kita buat sup skit dan utk masak nasi nnti. Utk yg sup tu blh la add bunga lawang n kayu manis skit utk lbh sdap + bwg grg. Lpstu ready utk masak nasi.
Masak nasi :
Lilie masak 3pot kecil beras. Kalau acik2 nak byk, bahan2 lain pn tmbah la ye. Adjust2. Tumis bwg putih n bwg kecil skit pakai butter..then masukkan beras yg dh basuh lpstu masukkan air rebusan ayam tadi, masuk je sekali btg ketmbar dgn halia tu sekali.. Dh ready masukkan ayam tadi balik letak molek2 atas beras.. Ni pic masa nk mendidih nasi.
Kira ayam tu msk 2x… First tdi masa rebus then ni letak atas beras.. Gitcheww
Ads
Rupa kejadiannya bila nasi dh masak.
Sambal ni lilie buat ikut resepi sane skit sane skit.. Sbb resepi sebenar mcm pakai taucu thai.. Opkos lilie x de mende tu..
Sambal Merah utk nasi Ayam saya buat mcm ni
5 btg cili merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil gula @ secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam kalau x ada boleh letak air dan stock ayam kiub tu.
Sos tomato sikittt
Blend semua & masak seketika atas api slow. Siap
•Bawang goreng sendiri (bkn beli siap tau nnti keras kejung x de rse)
•cili padi 4-5 ikut nk pedas tahap mana.
•sos thai
•brown sugar sikitttttt je
•bwg putih seulas
•dark + light soy sauce
•limau nipis
•daun ketumbar hiris halus
Dlm lesung batu ,tumbuk / chopped bwg putih. Masuk semua bahan2 di atas gaul n tumbuk2 manja.. Siapp!!
Adik Ammar dah tambah 3 kali, mangkuk comel tu.. Ammar dgn Sofia mmg makan nasi nya je. X nak ayam jauh lagi smbal.. Sup ok lagi.. Sejenis memilih masing2..
Tapi sbb mereka dh bertambah2.. Mommy kira ni successful. Senang je kan..haha..mak2 gini la.. Kalau ank2 cerewet mcm ni.. Bertmbah mkn, mmg kira kejayaan..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu tak mama bahawa 100 gram ayam mengandungi 15 mg kalsium dan 182 mg phosphorus. Ternyata, dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan anak kita! Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.
Itu sebahagian khasiat ayam yang baik untuk perkembangan anak kita. Jadi seawal usianya 6 bulan, perlahan-lahan campurkan sedikit ayam yang dikisar bersama bubur nasi supaya anak menerima khasiatnya untuk perkembangan otaknya.
Itu ceritanya khasiat untuk bayi, untuk kakak dan abang yang semakin membesar, mama bolehlah sediakan ayam goreng singgit yang cukup terkenal ni. Tak perlulah beli kerana kosnya agak mahal, jadi mama buatkan sahaja untuk anak-anak. Berebut anak-anak makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ni. Superb!
Resepi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ni masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.
Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?
Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.
Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.
Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit. Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja.
Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?
Resepi untuk seekor ayam. Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
Perap ayam selama lima jam.
Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah: – 500 gram tepung bestari asli – 100 gram tepung gandum – 100 gram tepung beras
Gaul rata.
Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.bNampak sedap kan? Jimat pun jimat.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puri dan bubur boleh dijadikan sajian awal kepada bayi selepas pertama kali diperkenalkan kepada makanan pelengkap. Semestinya tanpa garam & gula!
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menyediakan sendiri sajian untuk bayi boleh memastikan ia lebih sihat kerana ibu tahu bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan yang bersih. Ibu boleh menggunakan 15 resepi ini sebagai panduan.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan brokoli, dipotong kecil
1/2 cawan oat
1 biji pir, dikupas dan dipotong dadu
CARA-CARA
1.Masukkan brokoli dan pir bersama air ke dalam periuk.
2.Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
BAHAN-BAHAN
1 cawan bunga brokoli, bersihkan
2 cawan bayam, bersihkan
CARA-CARA
1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus selama air mendidih. Kukuskan selama dua minit.
2. Tambah bayam dan kukus lagi selama dua hingga dua minit atau sehingga brokoli lembut.
3. Angkat dan masukkan ke dalam dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
TIP: Semasa mengisar puri,pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.
BAHAN-BAHAN
2 biji pisang, dikupas dan didadu
1/2 cawan beras perang, cuci
1 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan beras ke dalam periuk dan masak seperti memasak bubur.
2. Apabila mendidih, masukkan pisang dan biarkan sehingga bubur masak.
3. Kemudian campurkan semua bahan dan kisar. Sedia untuk dihidang.
BAHAN-BAHAN
1 biji pisang saiz sederhana, kupas dan dipotong
1 biji pir yang masak, cuci bersih, kupas dan potong dadu
1/4 cawan oat masak segera
1/2 cawan air
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Stimkan pir sehingga lembut.
2. Kemudian masakkan oat dengan air sehingga masak.
3. Selepas itu, kisarkan semua bahan sehingga mendapat tekstur yang sesuai dengan si manja.
BAHAN-BAHAN
1 cawan labu yang dipotong dadu
1 sudu besar oatmil segera, dikisar halus
50gram isi ikan tenggiri
Sedikit halia
Air panas secukupnya
CARA-CARA
1.Labu dipotong dadu, oatmil dikisar manakala isi tenggiri dicuci bersih dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu bersama isi ikan tenggiri dan halia sehingga masak.
3.Apabila kedua-duanya masak, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
4.Kisarkan dengan sedikit air panas sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air panas sekiranya mahukan tekstur lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
Labu penuh dengan dan kebaikan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam labu sesuai untuk perkembangan bayi. Sebagai contoh, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang lebih kuat, fosforus dalam fungsi otak, pencernaan, keseimbangan hormon, dan sebagainya.
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1/2 cawan bunga brokoli
1 ulas bawang putih
50gram isi ayam
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala brokoli dipotong kecil dan cuci bersih. 2.Kukuskan labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli yang sehingga masak.
3.Kemudian kisar halus sebelum disajikan kepada anak.
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
2 biji kurma
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala kurma dibuang biji dan potong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan isi kurma.
4. Sajian sedia untuk dinikmati.
Elakkan mengisar terlalu halus untuk bayi yang berumur lapan bulan ke atas kerana pada usia ini bayi lebih berminat kepada sajian yang bertekstur lebih kasar.
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji ubi kentang
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dan ubi kentang dikupas dan dipotong dadu
2.Kukuskan kedua-duanya sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan sedikit air.
4.Sajikan kepada si kecil.
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji pisang
Secubit serbuk kayu manis (opsyenal)
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dikupas dan dipotong dadu manakala pisang dikupas dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan pisang dan sedikit air.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum disuapkan kepada bayi anda.
Oat mengandungi dengan sebatian vitamin, mineral dan sebatian anti oksidan. Terkandung zat seperti mangan, fosforus, magnesium, kuprum, besi, zink, folat, vitamin B1, vitamin B5, kalsium, potassium, vitamin B6 dan vitamin B3.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/2 biji lobak merah, dipotong dadu
50gm isi ayam, dipotong dadu
1 ulas bawang putih
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit halia dan kulit kayu manis (pilihan)
CARA-CARA
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih,halia dan kulit kayu manis.
2.Apabila garing, masukkan isi ayam dan lobak merah. Biarkan sehingga isi ayam masak dan lobak merah lembut.
3.Selepas isi ayam masak, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
4.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali kulit kayu manis.
4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/3 batang saderi, dipotong dadu
1 sudu besar ikan bilis, dibelah dan bersihkan
1 ulas bawang putih, hiris
1/4 cawan brokoli, potong kecil
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Masukkan saderi, ikan bilis, bawang putih dan brokoli bersama air ke dalam periuk. Jerangkan sehingga mendidih.
2.Apabila sayur empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
Segenggam baby spinach
¼ cawan cous cous
Sedikit mentega tanpa garam
Cara memasak:
1. Bersihkan epal dan potong dadu.
2. Kukus epal yang sudah dipotong dengan segenggam baby spinach.
3. Kukus cous cous secara berasingan.
4. Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit mentega. Tambah sedikit susu ibu jika puri terlalu pekat.
Info: Puri ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Cous cous agak berat dan memberi rasa kenyang kepada bayi kerana ia seperti pasta.
Bahan-bahan:
1biji keledek
2sudu besar kacang kuda yang sudah direbus
4 batang asparagus
Cara memasak:
1. Basuh keledek, kemudian bakar tanpa membuang kulit. Bila sudah empuk, kupas kulitnya.
2. Potong hujung batang asparagus dan kukus lebih kurang 20 minit.
3. Bila semua bahan sudah siap, kisar halus hingga menjadi puri, tambah sedikit minyak zaitun.
4. Tambah susu ibu jika suka untuk menjadikan puri lebih berkrim dan tidak terlalu pekat.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Campuran asparagus, keledek dan kacang kuda sangat baik kepada bayi dan mengenyangkan.
Bahan-bahan:
Segenggam kacang peas beku
4 helai daun bayam
Cara memasak:
1. Nyah bekukan kacang peas. Kemudian kukus bersama daun bayam.
2. Buangkan kulit kacang peas.
3. Kisar kedua bahan bersama dengan susu ibu atau air.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Bayam mengandung vitamin A (dalam bentuk beta karotena) yang tinggi, iaitu1872 mikrogram/100 gram. Selain itu, bayam juga kaya vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosfor, dan zat besi. Bayam juga sangat penting untuk pembentukan otak bayi.
Bahan-bahan:
1 biji pisang
½ cawan oat (rolled oat organic)
3 biji kurma (dibuang biji)
Cara memasak:
1. Masak oat di dalam air atau susu sehingga kembang.
2. Kisar kesemua bahan sekali gus.
3. Tambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Info: Sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Rolled oat organic lebih berkhasiat berbanding dengan oat segera. Ia harus dimasak sebelum dijadikan puri.
Bila anak demam kebiasaannya seleranya pun akan turut terjejas. Tak perlu macam-macam hidangan, bubur ringkas saja dah cukup untuk anak.
Nak bubur ala Mc Donald? Tak perlu beli, buatkan saja seperti resipi ringkas yang dikongsikan superdaddy, Khairul Abdullah ini. Mudah!
Anak bongsu aku demam. Macam biasa aku buat bubur ayam ala Mekdi, sebijik rasa dia. Anak-anak yang tekak dia tak berapa best sebab batuk pun boleh makan habis semangkuk.
Nak buat pun mudah yakmat. Hanya perlukan beberapa bahan jer:
1 ½ cawan beras dibasuh dan biar rendam.
1-2 ketul dada ayam.
1 inci halia, diketuk atau diracik halus.
1 kiub pati ayam atau 2 sudu serbuk pati ayam.
Dan garam jika perlu.
1. Rebus ayam dengan air yang banyak sampai masak atau empuk dan keluarkan ayam tu dari periuk. Biarkan air rebusan yang tengah mendidih tu, tak payah tutup api, terus masukkan beras tadi.
2. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak. Ayam yang dah dikeluarkan tadi tu, bila dah sejuk bolehlah siat-siat isi dia tu. Sambil-sambil tu kacaulah bubur, takut hangit dibahagian bawah pulak. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak.
3. Dah masak, ejas lah nak pekat macamana bubur tu. Nak cair tambah air, kalau nak pekat biarkanlah seketika. Dah dapat tekstur atau kepekatan yang kita nak tu kemudian masukkan halia dan kiub atau pati ayam tadi.
4. Kacau sekejap, dan masukkan garam jika perlu. Rasa dulu sebelum masukkan garam tu. Biasanya masin dari pati ayam tadi sudah memadai.
Tutup api dan hidangkanlah. Tabur isi ayam, bawang goreng, daun bawang, daun sup dan potongan cili jika mahu. Pastu titiskan sesudu minyak bijan. Bau dia umphh itu.
Pastu nak letak kicap pun boleh, nak letak telur masin boleh, nak letak ikan bilis, nak letak chilli oil boleh, nak tambah cili padi boleh nak tabur kacang pun boleh. Suka hatilah.
Anak cemerlang matematik bukan ditentukan oleh genetik semata-mata. Ketahui bagaimana aktiviti harian, sokongan ibu bapa dan rangsangan awal sejak usia 3 tahun membantu membina asas matematik yang kukuh.