Tempoh PKPB yang panjang ini pastinya membawa anak-anak untuk makan di restoran mamak bukanlah pilihan tepat. Namun tekak terasa ingin mencuba keenakan nasi beriani mamak dengan ayam gorengnya yang bersalut rempah dan rangup. Tak perlu ke restoran sebaliknya anda cuba sendiri resipi ringkas ini.
Resipi set Nasi Beriani dan Ayam Goreng Mamak serta lengkap kuah Dalca yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini memang padu. Jom cuba sendiri di rumah, confirm anak makan bertambah.
Resipi wajib cuba: Resipi Ikan Bilis Masak Asam Sekejap Je Masak Lauk Simple Tambat Selera!
Teringin punya pasal, berperang dengan anak nak siapkan nasi beriani mama korang. Nasi beriani mudah je.
Nasi Beriani
Bahan-bahan:
Beras monghul basmathi (rendam setangah jam dan tos kan)
Rempah beriani mak siti
Bawang besar hiris
Halia hiris
Tomato buang biji dan hiris
Tiga sekawan
Kiub pati ayam
Daun pandan
Susu sejat stgh tin
Majerin
Panaskan majerin tumis 3 sekawan, kemudian masukkan halia, bawang besar dan tomato. Tumis sehingga garing.
Masukkan rempah beriani mak siti dan kemudian daun pandan.
Masukkan kiub dan garam. Tumis sehingga sebati.
Tambah air dan susu dalam tumisan, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan bahan tumis tadi bersama-sama air yang cukup untuk masak nasi seperti biasa.
Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan:
Ayam
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Serbuk cili
Tepung gandum
Garam
Ajinamoto
Daun kari
Halia dan bawang putih (ditumbuk kemudian diperah jus kedalam ayam)
Gaul sebati semua bahan. Bancuhan agak-agak melekat pada ayam.
Tunggu setengah jam dan goreng sehingga masak.
Dalca
Bahan-bahan:
3 sekawan
Dal (direndam sejam dan direbus empuk)
Carrot
Kacang panjang
Kentang
Isi ayam
Rempah kari
Kunyit serbuk
Daun kari
Bawang putih, merah dan halia dihiris
Masukkan serbuk kari dan kunyit serbuk. Tumis sehingga garing.
Masukkan isi ayam dan tunggu sehingga ayam masak.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dal yang telah direbus bersama sayur. Tunggu sehingga kentang empuk.
Letak garam dan serbuk perasa, santan 3 sudu. Rasa lah ye.
Resipi wajib cuba: Apam Mekar Gebu Gebas, Blend Sebati & Kukus Sahaja, Mudahnya!