Hujung minggu pastinya menjadi kewajipan untuk menyediakan sajian yang cukup lengkap buat keluarga. Apa kata hujung minggu ini mama sediakan menu special, Nasi Briyani Ayam Sorok yang cukup istimewa ini kepada anak-anak dan suami.
Mudah kerana tanpa lauk pauk lain, semuanya disediakan dalam sepinggan nasi yang cukup lengkap. Mudahkan kerja dan masa mama di dapur. Istimewanya Nasi Briyani Ayam Sorok ini menggunakan bahan perapan ringkas tetapi buat rasa ayam lebih umphh. Cukup sedap! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Noryusra Ibrahim Kutty ini.
Bahan untuk perapan:
1 ekor ayam
2 sb serbuk kunyit
2 sb serbuk cili
2 sb serbuk kari ayam
4 sb yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas
Bahan untuk menumis:
4 sb minyak sapi
4 sb butter/planta
4 sb rempah briyani
5 biji bawang besar(hiris)
4 ulas bawang putih(tumbuk)
2 inci halia(tumbuk)
2 cili hijau
6 cili padi (optional)
4 biji tomato
10-20 biji gajus & kismis
3 helai daun salam
Kayu manis/cengkih/pelaga/bunga lawang
Daun pandan/Daun ketumbar/Daun pudina
Garam secukupnya
4 pot beras basmathi-6pot air (1:1 1/2)
*Rendam beras selama 20-30min.
Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis. Kacau seketika.
Kemudian masukkan tomato, cili hijau, cili padi dan garam secukupnya.
Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata.
Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Selamat mencuba.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Menarik: Marah Anak Jangan Berlebih Emosi Anak Terkesan Pakar Otak Kongsikan Caranya!