Nasi Cepat Basi, Sesekali Guna Bahan Ini Masa Cuci Periuk. Nasi Tahan Lebih Lama!

Share

Belum sampai separuh hari masak nasi dah basi. Siapa yang mengalami perkara yang sama seperti ini pasti akan merungut di mana silapnya? Adakah sebab periuk nasi atau beras yang digunakan tidak sesuai.

Bukan sekali sekala berlaku, namun banyak kali. Pelbagai cara sudah digunakan untuk mengelakkan nasi basi. Namun, masih tidak menjadi.

BACA JUGA

[Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Guna 3 Bahan Ni. Terus Nampak Baru!]

Gambar Hiasan

Jadi, apa kata kali ini jom cuba gunakan tips hasil perkongsian oleh Ida Shahida di laman sosial Facebook. Diharapkan tips ini berkesan membantu menangani masalah nasi yang cepat basi.

Guna bahan dapur bersihkan periuk nasi

Dah kerap nasi jadi basi? Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.

Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.

Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak. Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.

Gambar Hiasan

Bahan-bahan yang digunakan:

Garam kasar 3 genggam
10 keping asam gelugur atau asam keping
Sedikit air garam

Cara-cara:

Cuci periuk dengan sabun sehingga bersih.

Kemudian masukkan garam kasar 3 genggam penuh, campurkan asam gelugur atau asam keping dalam 10 keping. Tambah sedikit air garam supaya asam dapat bersatu.

Kisarkan periuk dengan tangan selama 3-4 minit. Kemudian biarkan selama 15 minit.
Ulangi 3-4 kali. Buat dekat tudung periuk sekali-sama.

Kemudian cuci dengan sabun.

Terakhir bilas dengan air bersih 2 -3 kali. Kemudian didihkan selama 15 minit dengan air bersih.nasi cepat basi

Nasi pasti tak basi lagi sehinggalah anda membiarkan nasi dalam periuk jadi basi semula 2-3 kali. Masalah akan berulang.

Kalau ada nasi lebih, dicadangkan masuk dalam plastik dan ikat. Masukkan kedalam peti ais bahagian buat ais tu. Bila nak makan nasi stimkan semula. Jimat banyak tau.

Ada satu lagi cara:

Cuci bersih periuk dan tudung sekali. Selepas itu, isikan air sehingga penuh periuk (agak-agak jangan limpah semasa menggelegak.

Kemudian masukkan 4 genggam penuh garam kasar dan secekak asam keping. Biarkan mendidih selama 1 jam. Matikan api.

Biarkan lagi 10 hingga 15 minit, kemudian cuci periuk sehingga bersih.

Macam tu rupanya untuk pastikan nasi tahan lama. Lepas dah tau cara ni, pasti takkan timbul lagi masalah nasi cepat basi. Jom cuba tips ni, gerenti berkesan!

Kredit: Ida Shahida & dailymakan

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Published by
Wan Amy