Berbanding nasi goreng bewarna lain, nasi goreng cili padi antara kesukaan ramai. Bukan sahaja sedap bahkan bahannya juga mudah.
Namun hendak menjadikan nasi goreng jadi lebih mantap dan sedap, tak perlu dikisar atau dipotong halus. Cukup hanya ditumbuk.
Perkongsian resipi simple tapi padu Har Ryea ini mama kena cuba. Memang mantap!
Jom, masak simple-simple jer ni.
Nasi Goreng Cili Padi
Bahan-bahan (tumbuk):
Bawang Merah
Bawang Putih
Cilipadi hijau sikit
Lada hijau 2 btg
Ikan bilis (rendam sekejap je)
Belacan (sikit je)
Telur
Tumis bahan-bahan sampai garing, masukkan garam & ajinomoto.
Pecahkan telur dan ratakan perlahan-lahan (api kecikkan sikit masa ni)
Masuk nasi, gaul rata sampai berwap sikit.
Siap!
Mudah, sedap dan makan brtambah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Sambal Bilis Sedap & Power, Langkah Ni Jangan Terlepas, Confirm Sedap!
Setiap kali hujung minggu, menu sambal bilis dan nasi lemak selalu jadi pilihan kita untuk sarapan di pagi hari. Semuanya untuk hidangan anak-anak dan suami.
Macam mana nak buat sambal ikan bilis yang sedap dan power? Memasak sambal perlukan langkah yang tepat dan paling penting perlu naik minyaknya. Namun tip dan langkah yang dikongsikan oleh Yayar B Awang Noh ini kena ikuti.
Jom lah kita masak sambal nasi lemak untuk mertua.
Resipi sambal nasi lemak(tak pedas)
Bahan-bahan
Ikan bilis kopek setengah kg
Cili kering kisar 1 mangkuk
Bawang putih 10 ulas dan bawang besar 4 labu (dikisar)
Seketul belacan dan segengam ikan bilis (dikisar)
Daun pandan
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 3 sudu besar
Gula melaka -4 keping
2 asam keping
3 labu bawang dipotong bulat
Panaskan minyak. Lebihkan sedikit agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Tumis sampai wangi.
Masukkan belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan, masukkan asam keping.
Lepas tu masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato.
Masukkan terus nise/gula melaka biar mencair dalam sambal.
Perasakan dengan ajinomoto. Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api.
Tip: Baru masukkan garam. Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manis. Siap!
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ada Garam, Gula Dan Perasa, Kerepek Lemak Buat Kudap-Kudapan Anak!
Cuti hujung minggu ini apa agaknya menu istimewa buat anak-anak dan suami? Ketika menyediakan minum petang jangan pula dilupakan si comel yang juga punya citarasanya sendiri dalam memilih makanan. Apa pilihan untuk bayi comel kita? Kerepek lemak manis ini patut mama cuba untuk kudapan si comel anda.
Resipi perkongsian Puan Nurul Hanim Omar menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini paling sihat kerana tidak mengandungi sebarang penambahan garam, gula juga perasa. Hanya gabungan susu dan santan yang menaikkan rasa. Anak 8 bulan pun boleh makan. Sedap!
Kerepek Lemak untuk anak bujang Hakimi & Hakim. Melt dalam mulut ye. Akim 8m 10d takde gigi pun bole makan. Selamat mencuba. In sha Allah sangat sedap lemak manis santan kelapa. Ibu pun suka buat kudap-kudap. No Sugar No Salt No MSG.
Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
125gm unsalted butter
4 sd susu tepung full cream/fresh milk
1/2 cawan santan segar/susu
Air sejuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Daun kari *optional
Satukan tepung jagung, tepung gandum, susu tepung dan buatkan lubang di tengah-tengah.
Cairkan butter dan tuangkan di tengah campuran tepung tadi. Gaulkan guna sudu (jangan guna tangan sebab butter tu panas.)
Masukkan santan dan gaulkan sebati. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli hingga doh tak melekat di tangan.
Panaskan minyak. Sementara itu canaikan doh nipis-nipis dan potong ikut bentuk yang dikehendaki.
Goreng dalam minyak penuh guna api perlahan je sampai golden brown bersama daun kari. Toskan dan simpan dalam bekas.
P/s: Tak letak santan pun bole cuma kurang lemak rasanya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cincau Cream Brulee Homemade Terangkat, Ala-Ala The Alley Bubble, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!
Tak dinafikan, ada waktunya kita begitu craving untuk menikmati air manis mewah seperti di restoran. Sesekali apa kata kita cabar diri untuk cuba hasilkan sendiri rumah untuk anak-anak. Memang mengancam!
Resipi ringkas lagi padu, perkongsian Pn Bella Farhana ini memang awesome!
The Cincau Creme Bruleee. Kot ada orang tak tahu air femese The alley bubble milk creme brulee, saya ada attach sekali gambar last. Bak kata adik saya, cincau pun sedap, inikan pula kalau ada bobba.
Bahan :
Gula perang
Cincau
Susu segar
Ais
Creme brulee
50 gram cream cheese
1 sudu gula ising
1/4 whipping cream
Kacau gula perang dengan air atas dapur, sampai hancur, likat-likat sikit pun boleh tapi nanti keras bila kena ais.
Cream cheese, gula ising, gaul elok, lepas tu masukkan whipping cream. Putar la pakai apa pun sampai gebu cantik.
Dua-dua dah siap, ikut video di bawah ikut aturan isi dalam gelas. Ok sebijik the alley bubble milk creme brulee.
Selamat mencuba ok!
Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI