Nasi Goreng Cili Padi Legend, Sambal Tumbuk, Simple Tapi Confirm Bertambah!

Share

Berbanding nasi goreng bewarna lain, nasi goreng cili padi antara kesukaan ramai. Bukan sahaja sedap bahkan bahannya juga mudah.

Namun hendak menjadikan nasi goreng jadi lebih mantap dan sedap, tak perlu dikisar atau dipotong halus. Cukup hanya ditumbuk.

Perkongsian resipi simple tapi padu Har Ryea ini mama kena cuba. Memang mantap!

Jom, masak simple-simple jer ni.

Nasi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan (tumbuk):
Bawang Merah
Bawang Putih
Cilipadi hijau sikit
Lada hijau 2 btg
Ikan bilis (rendam sekejap je)
Belacan (sikit je)
Telur

Tumis bahan-bahan sampai garing, masukkan garam & ajinomoto.

Pecahkan telur dan ratakan perlahan-lahan (api kecikkan sikit masa ni)

Masuk nasi, gaul rata sampai berwap sikit.

Siap!

Mudah, sedap dan makan brtambah!

Published by
SRM