Nasi Goreng Cili Padi Resipi Mak-Mak, Simple Sangat Tapi Sedap!

Share

Sebut sahaja nasi goreng, pasti tak terbanding rasanya dengan nasi goreng yang dimasak oleh mak-mak kita di waktu kita masih kecil. Walau hanya dengan bahan yang ringkas tetapi rasa nasi goreng yang disediakan teramatlah sedap.

Resipi nasi goreng yang dikongsikan oleh Pn Noratiqah Nordin ini juga merupakan resipi legend, resipi air tangan ibu tercinta. Simple tapi sedap. Jom cuba!

Resepi nasi goreng cili padi. Gerenti sedap dan menambah pinggan. Tak percaya. Try la buat. Esok suami suruh masak lagi. Ika pernah masak nasi goreng versi lain.

Suami kata, kena masak nasi goreng resepi mak juga. Baru sedap. Akhirnya Ika mengalah. Tak nak dah try try nasi goreng lain. Kalau masak nasi goreng. Mesti pakai resepi mak. Kebanyakkan resepi Ika share.

Resepi dari mak ika, Kartini Shoib. Doakan mak ika diberi kesihatan yang baik. Sebab memang sedap pun. Antara nasi goreng paling sedap ika makan sebab ada bahan sebab ada bahan istimewa dia, ikan bilis tebal, kiub ikan bilis dan juga ikan goreng (kalau ada la)

Bahan-bahannya :-
Nasi sepinggan penuh
Cili ikut kepedasan yang nak
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan
1/2 kiub ikan bilis
1/4 cwn ikan bilis tebal
Ikan goreng (jika ada)
Garam

Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi.

Letak isi ikan. Jangan letak tulang sekali ye. Gaul hingga bahan tumis dah masak.

Letak kiub ikan bilis dan garam.

Masukkan telur. Kacau rata. Gaul-gaul hingga telur dah masak.

Masukkan nasi.

Gaul sebati dan rasa. Kalau dah sedap. Tutup api.

Siap!

Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM