Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu. Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah. Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging, apa kata buat nasi goreng daging yang sedap untuk menu bekalan pulang ke bandar.
Maklum sahajalah cuti pun tak lama, makan nasi goreng daging dengan anak-anak dalam kereta sambil layan jem pun seronok juga.
Perkongsian Puan Asmida Asman menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) boleh dijadikan panduan untuk mama buat nasi goreng daging yang sedap. Barulah perjalanan yang jauh tak terasa sebab cukup bekalan untuk dinikmati bersama-sama.
Hujan hujan ni…makan apa tu?
Ok taknak citer banyak…saje saje nak kongsi resepi..
Alang alang jalan jem ni..boring dalam kereta
Nasi Goreng Daging je pun..
Siapa suka nasi goreng daging
Masak untuk bekal makan kat rnr
Maklumlah nak raya kan
Ok Resepi di setiap gambar ye
Hiris bawang besar…sebiji
2. Tumbuk kasar,Cili kering
Cili padi merah dan hijau.
Bawang besar
Bawang putih
Bilis
Belacan
Garam dan perasa
Ads
3. Rebus daging empuk dan hiris kecil
4. Kacang panjang kalau ada carrot boleh tambah juga
5. Wajib..
Nasi yg dah sejuk dan digemburkan
6. Gunakan minyak lebihan goreng ikan..
Goreng hirisan bawang tadi sampai agak garing
Ads
7.Ok..masukan bahan tumbuk
8. Masak sampai garing dan masukan sikit kicap manis
9. Masukan daging
10. Gaul sekata dan mesra
~masa ni dah pikir..eh x yahla wat nasi goreng..makan dgn nasi putih je
Ads
11. Ok masuk lah hero dia…nasi!
Aduh sendiri masak..sendiri terliur
12. Belum…belum siap..nampak mcm dah kan😂
Xpe amik sesudu rasa..tak brdosa pun
Sesudu jek
13. Hah! Ni pun hero…
Masukan kcg panjang dan bilis goreng
Kcg panjang tu saya suka goreng dulu dgn minyak yg betol betol panas…sekejap je..kemudian toskan minyak
Nanti warna dia mantain hijau dan rasa dia tetap sdp wlpun dah lama sejuk
14. Tara……dah siap….boleh cedok masuk bekal…😋
Sebelum ke bekal ntah berape kali ngap masuk mulut
Jika anda penggemar masakan berasaskan daging, jangan dilupakan menu daging bakar yang pastinya membuatkan anda teringat-ingat akan kesedapan rasanya. Daging Bakar dengan cicah sos ala Thai ini memang istimewa dan unik. Sedapnya tak terkata.
Resipi yang ringkas dengan bahan perapan yang istimewa yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin ini memang awesome. Nak tahu apa resipi dan rahsia sedapnya? Jom cuba!
Resipi wajib cuba:
Perghhhhh. Puas hati cheyah makan daging bakar semalam. Memang tak makan nasi duk makan lauk gini je. Sorry tak sempat nak snap gambar comel comel sebab sedap terlajak. 🤣 Tapi cheyah tak best kan kalau tak kongsi. Kita pakat merasa sedap belaka kalau ada yang akan cuba.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Salah satu resepi simple yang semua orang boleh cuba.
Perapan Daging
500 g daging lembu
3 sudu besar brown sugar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Sos Ala Thai
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
* Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
2 biji limau nipis
3 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji bawang merah (dimayang halus)
Daun ketumbar (dipotong halus)
Untuk perapan daging, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam.
Kemudian, campurkan dengan sos tiram, sos ikan dan brown sugar. Gaul bagi sebati.
Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan. Nak tips bagi cun masa membakar, tambhkan sedikit minyak masak. Perap dalam 4-5 jam.
Baru dibakar hingga masak.
Untuk sos ala Thai pula satukan sos ikan, sos tiram, brown sugar dengan bahan yang ditumbuk.
Kemudian, perahkan limau nipis.
Last sekali masukkan bawang, cili dan daun ketumbar.
Dah siap untuk dicicah.
Siap!
Tip dia hiris nipis, memang sedap.
Resipi wajib cuba:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi berusia enam bulan sudah sepatutnya diperkenalkan dengan makanan pejal. Sebaiknya ibu masak sendiri makanan bayi daripada bahan yang berkhasiat. Selain menyihatkan kebersihan dan keselamatan makanan lebih terjamin.
Tentu pada peringkat permulaan, ibu pening kepala apa bahan yang patut diperkenalkan terlebih dahulu. Memang ada banyak cadangan bahan makanan yang patut diperkenalkan tetapi senarai makanan berikut adalah yang paling berkhasiat dan mesti diberi kepada bayi dalam bentuk puri.
Kentang
Bagi bayi berusia enam bulan yang baharu mengenal makanan pertama, ibu boleh beri puri kentang. Tekstur kentang yang lembut membantu anak mudah memakannya. Kentang juga kaya dengan karbohidrat, vitamin C dan B kompleks yang membantu penyerapan karbohidrat. Kentang mudah dihadam dan ini dapat mengelakkan bayi menghadapi masalah penghadaman.
Ubi keledek
Ubi juga boleh menjadi makanan pertama bayi kerana mengandungi khasiat yang diperlukan badan seperti vitamin A, beta karoten dan potasium yang tinggi. Bahkan ia juga kaya dengan vitamin E, kalsium, serat yang baik untuk proses penghadaman. Rasanya yang lemak manis juga pasti digemari oleh si comel anda.
Jagung
Jagung juga terkenal sebagai bahan makanan kaya dengan karbohidrat. Ibu boleh membuat bubur jagung manis atau dikisar sebagai puri. Jagung juga mengandungi kalsium dan fosfor yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi, kaya vitamin A dan B1 yang diperlukan oleh badan. Maka sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata bayi bukan hanya diperoleh daripada lobak merah sahaja.
Pisang
Keenakan lemak manis pisang pasti digemari oleh bayi. Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pisang lebih baik dibandingkan dengan buah dan sayur lain. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat dan lima kali lebih banyak vitamin A dan zat besi.
Labu
Labu disarankan diberi sebagai makanan pejal pertama bayi kerana ia kaya dengan serat baik untuk penghadaman dan memiliki tekstur yang lembut. Ia mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, B, C, beta karoten, kalsium, zat besi, folat dan protein.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, kita dah tiba ke penghujung Ramadan. Kalau tak ada aral melintang, kemungkinan esok seluruh umat Islam akan menyambut hari pertama Syawal. Selepas sebulan berpuasa, pada hari raya inilah kita akan ‘all out’ memasak hidangan teristimewa untuk keluarga. Selain rendang atau masak lodeh, menu lain yang menjadi kegemaran ramai adalah daging dendeng.
Sedap berlemak, kalau diletakkan cili akan terasa pedasnya. Dipadankan dengan lemang, ketupat ataupun nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi beriani memang mengena sungguh! Mungkin ramai yang fikir susah nak masak daging dendeng ni, tapi sebenarnya tak rumit pun. Bahan-bahan pun mudah nak cari.
Menerusi posting di laman Facebook Share Masakan Beraneka Resepi, Sarah Aleya berkongsi resipi daging dendeng yang mudah untuk dibuat sendiri yang dikreditkan ke akaun Cik Puan Julieta. Semua bahan rencah tidak perlu dikisar, cukup dihiris sahaja.
RESEPI DAGING DENDENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – potong nipis
BAHAN A:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN B:
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar
1/2 cawan kicap kipas udang
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging
CARA MEMASAK:
1. Sediakan semua bahan-bahan dan bahan A dimayang halus. Ketepikan.
2. Daging dipotong nipis kemudian direbus hingga lembut.
3. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk kepingan daging satu persatu.
4. Panaskan minyak masak dan goreng kepingan daging yang ditumbuk tadi. Jangan goreng terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Setelah siap digoreng, ketepikan.
5. Seterusnya tumis bahan A sampai kekuningan atau hingga garing kemudian angkat.
6. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B pula. Pertama sekali masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
7. Bila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.
8. Kemudian barulah dimasukkan kicap, air asam jawa, kepingan daging, gula & garam secukup rasa.
9. Akhir sekali masukkan bahan-bahan A yang digoreng tadi. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...