Nasi Goreng Daging Marvelous! Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan. Kenyang Satu Keluarga!

Share

Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu. Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah. Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging, apa kata buat nasi goreng daging yang sedap untuk menu bekalan pulang ke bandar.

Maklum sahajalah cuti pun tak lama, makan nasi goreng daging dengan anak-anak dalam kereta sambil layan jem pun seronok juga.

Perkongsian Puan Asmida Asman menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) boleh dijadikan panduan untuk mama buat nasi goreng daging yang sedap. Barulah perjalanan yang jauh tak terasa sebab cukup bekalan untuk dinikmati bersama-sama.

Hujan hujan ni…makan apa tu?

Ok taknak citer banyak…saje saje nak kongsi resepi..

Alang alang jalan jem ni..boring dalam kereta

Nasi Goreng Daging je pun..

Siapa suka nasi goreng daging 

Masak untuk bekal makan kat rnr


Maklumlah nak raya kan

Ok Resepi di setiap gambar ye

  1. Hiris bawang besar…sebiji

2. Tumbuk kasar,Cili kering
Cili padi merah dan hijau.
Bawang besar
Bawang putih
Bilis
Belacan
Garam dan perasa

3. Rebus daging empuk dan hiris kecil

4. Kacang panjang kalau ada carrot boleh tambah juga

5. Wajib..
Nasi yg dah sejuk dan digemburkan

6. Gunakan minyak lebihan goreng ikan..
Goreng hirisan bawang tadi sampai agak garing

7.Ok..masukan bahan tumbuk

8. Masak sampai garing dan masukan sikit kicap manis

9. Masukan daging

10. Gaul sekata dan mesra
~masa ni dah pikir..eh x yahla wat nasi goreng..makan dgn nasi putih je

11. Ok masuk lah hero dia…nasi!
Aduh sendiri masak..sendiri terliur

12. Belum…belum siap..nampak mcm dah kan😂
Xpe amik sesudu rasa..tak brdosa pun
Sesudu jek

13. Hah! Ni pun hero…
Masukan kcg panjang dan bilis goreng
Kcg panjang tu saya suka goreng dulu dgn minyak yg betol betol panas…sekejap je..kemudian toskan minyak
Nanti warna dia mantain hijau dan rasa dia tetap sdp wlpun dah lama sejuk

14. Tara……dah siap….boleh cedok masuk bekal…😋
Sebelum ke bekal ntah berape kali ngap masuk mulut

Selamat mencuba!

Sumber: Asmida Asman

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

 

Published by
SAHR