Nasi Goreng Isi Ketam, Resipi Padu. Terasa Lemak Isi Ketam, Makan Pun Bertambah!

Share

Kebiasaanya nasi goreng ketam hanya menggunakan Fillet ketam dan bukanya isi ketam yang sebenar. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara penyediaan nasi goreng isi ketam yang sebenar.

Baca: Mee Rebus Kelantan Menu Berbuka Dan Sahur, Mudah Je Nak Buat. Makan Pun Sedap!

Bagi penggemar masakan cina muslim anda pasti pernah merasa nasi goreng isi ketam di kedai makan cina muslim. Rasanya yang sangat berlemak (datang dari isi ketam) memang membuatkan anda tak akan lupa setiap suapan yang masuk ke dalam mulut. Senang kata memang akan terbayang-bayang keenakan isi ketam dan nasi goreng tersebut.

Harga di kedai agak mahal, jadi apa kata kita cuba sendiri buat nasi goreng isi ketam. Anak-anak pasti minta nak tambah nasi lagi.

Nasi Goreng Ketam

 

Kredit gambar: Bedit.

Baca: Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah. Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Bahan-Bahan

3 ulas bawang putih di cincang (bahan tumis)
2 cawan nasi sejuk – di peroi
1 biji telur
1 sudu teh kicap sotong
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 cawan isi ketam yang di rebus
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh gula
1 tangkai daun bawang di hiris nipis
Serbuk cili thai (Guna sikit sahaja)
Minyak masak (Untuk menumis)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.

2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.

3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.

4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai.

Kredit gambar: Bedit.

Hiasan (letak di atas nasi)
Potongan cili padi
Potongan limau nipis

Selamat mencuba. Min dah cuba semalam memang sedap sangat-sangat!

Published by
NuFa